06 Julai 2009

Kemelut PAS-DAP Kedah diselesai di peringkat negeri - Kit Siang

ALOR SETAR: Ketegangan yang timbul antara DAP Kedah dengan kepimpinan kerajaan negeri itu akan cuba diselesaikan di peringkat negeri.

Sehubungan itu, Penasihat parti berkenaan, Lim Kit Siang berkata beliau sendiri akan berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk membincangkan tentang perkara itu secepat mungkin.

"Saya akan berjumpa dengan menteri besar dan merangka (penyelesaian) untuk mengatasi masalah ini supaya kerajaan pakatan dapat diperkukuhkan.

"Kalau tak dapat selesai di peringkat negeri, seluruh Malaysia pun akan bertanya adakah pakatan boleh jadi pilihan yang kredibel," katanya dalam sidang media di sini Sabtu.

Katanya, selepas berbincang dengan DAP Kedah, beliau kini lebih memahami dan mendapati bahawa DAP negeri mempunyai alasan tersendiri untuk keluar dari pakatan pembangkang di negeri itu.

"Isu penutupan tempat penyembelihan babi itu cuma salah satu sebab. Selain itu mereka juga mendakwa pandangan atau pendapat DAP di Kedah tidak diambil kira...apa saja masalah yang dihadapi seeloknya diselesaikan di peringkat negeri," katanya.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan DAP Kedah untuk keluar dari Pakatan Pembangkang, Lim berkata "Sama ada saya setuju atau tidak, itu perkara lain".

Katanya, apa sahaja masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan baik kerana ia bukan hanya melibatkan DAP dan Pas sebaliknya semua parti dalam Pakatan.

5 ulasan:

Hj Mat berkata...

Harap Lim Penasehat DAP dapat menyesaikan perkara tersebut dengan bijak sana seperti tarik rambut didalam tepung.demi kebaikan Pakatan Rakyat

ibnukaduk berkata...

Lagi satu bukti bahawa Pas mampu menerajui Pakatan. Ternyata DAP dan PKR sering menjuarai perbalahan melaui media. Mulanya adun lompat di Perak, kini masalah DAP Kedah pula. (renugkan...)
*Apa kata Penasihat Pakatan, DSAI?

Dewan Ulama PAS Kedah berkata...

Moga Lim Kit Siang dapat bincang ngan MB Kedah dengan cara yang baik.

Tanpa Nama berkata...

saya yakin masalah ini dpt diselesaikan dengan baik secara permuafakatan dalam pakatan rakyat.

ubatkuat berkata...

betul tu,,tapi sama2 teguhkan perjuangan PR