01 Ogos 2009

Sekatan jalan menjelang demo ISA esok

Polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan utama di sekitar Lembang Klang yang menuju ke Kuala Lumpur menjelang dua perhimpunan ISA yang dirancang diadakan esok.

Lalulintas bergerak perlahan di beberapa lokasi apabila jalan-jalan utama kini menjadi satu laluan.

Terdapat dua sekatan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan di PJ dan satu lagi di Jalan Tun Razak, berhampiran Hospital Kuala Lumpur.

Dua kumpulan - pro-ISA dan anti-ISA - bertegas untuk meneruskan rancangan mereka mengadakan perhimpunan tersebut, walaupun polis mengarahkan mereka supaya membatalkannya.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan anti-ISA manakala Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan perhimpunan pro-ISA.

MalaysiaKini/-



2 ulasan:

john berkata...

polis & FRU yg bt kecoh esok..tgklah...
pastu tduh rakyat yg bt huru-hara..

negara luar bt demontrasi xda kecoh pun,aman je..
MALAYSIA ni je negara jakun..bak kata mat sabu..

Baba Siam berkata...

sekarang ni satu bandar KL ni kecoh, kerana PDRM sudah mula beroperasi buat sekatan jalan merata tempat di KL hingga trafik jam berjam2 di jalan.

Apa kata jika PDRM biar saja perhimpunan mansul ISA ni di jalankan, saya yakin masaalah ni tak timbul langsung......mungkin kawasan tertentu saje yg terjejas, tapi kini lihat apa sudah terjadi...

menyusahkan org2 di KL saje....PDRM ni....
Polis Raja Di Malaysia betul-lah.

PDRM tak ada kerja lain kah? sedangkan kes2 jenayah di Malaysia makin melonjat sampai tak terkawal......