01 Ogos 2009

Umno bertanding di Permatang Pasir

Umno Pulau Pinang bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir ekoran kematian penyandangnya daripada PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman hari ini.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham, pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno akan menggerakkan jenteranya pada bila-bila masa.

Umno akan berusaha untuk merebut kerusi tersebut yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh dapat direbut daripada parti pembangkang, katanya selepas majlis penghargaan kepada pahlawan tanahair di Kementerian Pertahanan hari ini.

Ini merupakan kali pertama Ahmad Zahid berdepan dengan pilihanraya di negeri itu, selepas dilantik menerajui Umno Pulau Pinang, lapor Bernama

Mengulas lanjut mengenainya, Ahmad Zahid menganggap "ini sebagai ujian Allah kepada saya dan untuk melihat sejauh mana kekuatan sebenar Umno."

Mohd Hamdan, 63, meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN) di ibunegara kerana sakit jantung.

Allahyarham merupakan wakil rakyat tunggal PAS di Pulau Pinang, dan menyandang kerusi tersebut selama tiga penggal, sejak pilihanraya umum 1999.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menolak dakwaan kononnya terdapat masalah dalaman jentera Umno di Permatang Pauh dan menyifatkannya sebagai "khabar angin."

Naib presiden Umno itu juga berkata beliau akan turun padang untuk memantau keadaan dan memastikan sebarang masalah yang timbul akan dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Beliau percaya masalah yang didakwa wujud itu sengaja ditimbulkan dengan didalangi pihak membangkang bertujuan untuk mengacau-bilaukan Umno bahagian berkenaan.

MalaysiaKini/-

9 ulasan:

mediasps berkata...

tak bazir ke?

ZAMRI kecik's berkata...

tak bazir ke?

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya ia tak bazir. Setidak-tidaknya penduduk di kawasan mengundi mendapat apa-apa peruntukan pembangunan yang ketinggalam selama ini.Mungkin pucuk kepimpinan PR berharap agar tiada pertandingan. Tapi malangnya pengundi Permatang Pasir tidak akan mendapat apa-apa.Kalau saya sebagai pengundi P.Pasir saya pasti mahukan pertandingan antara BN dan PR.Siapa yang menolak pembangunan dia bukan umat Islam yang mahukan kemajuan.

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib berkata...

hari tu kat penanti cakap membazir.ni kat jiran dia, permatang pasir tak membazir.x pa lah Allah tahu setiap apa yang di dalam hati hamba-hamba-Nya. Mudah-mudahan kemenangan bersama Islam.Wahai orang melayu bersatulah atas nama Islam.bersatu atas nama melayu hanya membawa kehancuran seperti mana hancurnya kesatuan bangsa arab kerana bersatu atas nama kabilah.kesannya israel yang 5 juta tu pon x mampu dikalahkan oleh bangsa arab yang lebih kurang 300 juta orang.Ingatlah wahai orang melayu, kemenangan pasti bersama Islam.ayuh tolak kepimpinan sekular

david ahmad muniandy berkata...

bn masuk calon di permatang pasir adalah tengah mencari maut sahaja, kami ni penduduk permatang pasir yang berhampiran dengan Bandar Bharu Kedah, Ampang Jajah dan USM mereka tak tau lagi penduduk P.Pasir adalah orang PR.

yes berkata...

Dah dapat semangat kat Manik Urai, itu sebab nak bertanding. PR jangan lemah semangat. Kasi lipat sama dia , bila dah lipat senang nak bungkus.

Selipar Putuih berkata...

Abang Mat Sabu.

Tanpa Nama berkata...

eh ke abang mat sapu !!!

Tanpa Nama berkata...

MOGA USAHA UMNO/BN AKAN LUMPUH DAN MAUT DALAM MENGACAU BILAUKAN PERJUANGAN ISLAM.ALLAH MAHA BIJAKSANA.INGATLAH,SETIAP DARI KITA TIDAK AKAN TERLEPAS DI PADANG MASYAR KELAK.