31 Ogos 2009

Catatan Perjalanan 4 : Air Zam-zam Tanda Kebesaran Allah

Salam dari Tanah Suci semoga semua pembaca berada dalam keadaaan yang baik.

Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai kehebatan air zam-zam, satu punca air yang terhebat dalam sejarah manusia, Subhanallah...

Bayangkan sekiranya punca air biasa yang ada di negara kita contohnya pada satu ketika ia akan kering jua. Teringat saya semasa di kampung kesayangan di Bachok, Kelantan. Kami yang tinggal berhampiran dengan sungai setiap rumah memiliki, sebuah perigi. Dengan mudah perigi itu dapat di keringkan terutamanya untuk mencuci pinggir perigi yang berlumut. Biasanya, beberapa bulan sekali...

Air zam-zam bukannya di pinggir sungai, ianya satu-satunya telaga atau punca air yang ada di padang pasir yang tandus sejak ribuan tahun lepas. Sejak kisah bermula dari tendangan kaki Nabi Ismail semasa ibunya Siti Hajar berlari dari Safar ke Marwah di padang pasir yang tandus, lalu terpancutlah air zam-zam. Asalnya dari ucapan Siti Hajar "zam-zam" bermaksud buat takungan untuk mengumpul, air tersebut...

Bayangkan sejak itu punca air ini diguna pakai, zaman dan masa silih berganti, dikira dari zaman Nabi Muhammad sudah 1400 tahun lebih sudah, punca air ini tidak pernah kering. Malah semacam sifat air zam-zam, makin ramai yang meminum makin banyak air mengalir keluar...

Kecanggihan yang ada pada zaman sekarang menyaksikan air zam-zam yang berada di serata tingkat dan sudut Masjidil Haram keluar dalam keadaan separuh sejuk, cukup selesa diminum atau digunakan untuk membasahi badan dek kepanasan dan keletihan Tawaf dan Sai...

24jam terus menerus diguna pakai untuk minum dan berwuduk oleh jutaan manusia. Tidak cukup dengan itu setiap orang dengan sekecilnya botol mineral dan sampai kepada bekas yang memuat 10 liter membawa balik ke tempat penginapan masing-masing selepas solat..

Selain itu di Masjid Nabawi juga bekalan air zam-zam disalurkan kesana secukupnya..

Subhanallah, sebanyak itu diguna manusia, tidak pernah kering. Apa lagi ingin berbicara khasiatnya tidak boleh ditandingi, zam-zam adalah air yang terbaik dan penyembuh pelbagai jenis penyakit...

Itulah tanda kebesaran Allah yang meyakinkan Allah Maha Berkuasa kepada sesuatu yang lain.

Tiada ulasan: