07 Ogos 2009

Isu minuman keras dijelaskan Jumaat ini

SHAH ALAM, 5 Ogos : Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan kakitangan kerajaan Selangor tidak dibenarkan bercakap atau membuat komen tentang isu penjualan minuman keras di Selangor sehingga satu penyelesaian diputuskan pada Jumaat ini.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat MMKN hari ini setelah beberapa orang ahli MMKN membangkitkan isu penjualan minuman keras khususnya di kawasan penduduknya majoriti Muslim.

Langkah ini penting bagi mengelakkan kekeliruan yang boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat yang majmuk di Selangor.

Kerajaan Negeri telah mengadakan dialog umum dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, persatuan penduduk dan sektor perniagaan berhubung dengan isu ini.

"Dengan ini kami yakin akan dapat mencapai satupenyelesaian yang munasabah bagi semua kaum di Selangor," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

SiasahDaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat keseluruhan nya perlu menilai semula perkara ini, UmNo telah melakukan banyak kesalahan dan kesilapan. Tak kan kita mahu meneruskan kerja yang kita telah ketahui tidak betul (minum arak). UmNo buat kerja ini untuk memenuhi poket dan kantong mereka, tapi rakyat menanggung derita dan musibahnya (kesan dan akibat). Bagi orang Islam seharusnya rujuk lah kepada Al Quran dan bagi bukan Islam perlu kaji serta nilaikan kebaikan dan keburukan nya. Jangan lah tabiat buruk ini dibiarkan berleluasa dan berterusan kerana ianya memberikan implikasi yang besar terhadap masyarakat. Janganlah terikut-ikut cara dan budaya UmNo mentadbir. Bagi UmNo 'DADAH MUSUH NO SATU NEGARA' bagaimana dengan arak? tanyalah Tok Mufti UmNo apa jawapan nya HARUSS, makruh atau haram.