10 Ogos 2009

Kemajlis Kawin: Tutup Telinga, Sumbat Mulut, Balik

Oleh : hamdy

salam,

Entah apa hebatnya org kita, bulan bulan terakhir menjelangnya Ramadhan, ramai pula kerja membuat majlis kawin. Kadang kadang saya membuat kelakar kepada rakan2 agar jgn disiksa pengantin baru kerana menikahkan mereka pada bulan2 akhir sebelum Ramadhan. Melainkanlah pengantin itu pengantin tua yg sedang menghadapi perjuangan hidup, itu tidak menjadi masalah. Tetapi apabila pengantin itu adalah pengantin muda yang masih dalam pandangan hidup, maka menikahkan mereka pada bulan bulan akhir sebelum ramadhan adalah satu perbuatan yg menyiksakan.

Pergi menghadiri majlis kawin adalah satu yg menyeronokkan. Bagi saya disitu saya mempunyai peluang untuk berjumpa kawan kawan dalam majlis yang santai. Hajat dimasa itu adalah untuk bertanya kabar. Berbual sedikit sedikit dan kemungkin bergerak dari satu meja kemeja menegur orang. Kalau pada hari itu saya berasa malas, saya akan duduk makan tanpa mengangkat kepala. Kerana kalau kepala diangkat maka senyuman senyuman panjang perlu diberikan.

Tetapi hajat baik untuk berbual itu selalunya tidak kesampaian kerana kegilaan setengah setengah orang muda dalam membuka bunyi nyanyian yang di salurkan melalui speaker yang besar besar. Dimasa itu kalau kita mahu berbual kita perlu menjerit jerit atau perlu hampir dgn telinga kawan kita. Ada masanya kita yang nak makan pun tidak selesa. Mungkin itulah bunyi bunyi yg ada dalam disko disko di ibukota.

Bagaikan tidak ada timbang rasa dari mereka yg control PA sistem tersebut. Ditambah lagi , orang tua atau ibu bapa kepada pengantin juga tidak mengambil kisah. Terlalu sedikit keluarga pengantin yang akan mengingatkan kepada penjaga pa sistem supaya memperlahankan suara speaker supaya keadaan tenang dan selesa. Mungkin semua merasa rugi utk melakukan demikian kerana mereka telah membayar kepada penjaga PA sistem tersebut.


Yang peliknya perkara ini berlaku kepada semua org tidak kira status pendidikan, agama. Malah mereka yang telah didik dgn apa yg saya terma sbg tarbiyyah bersila juga terperangkap dgn suasana begini.

Maka kita yg datang utk meraikan bapa pengantin (kerana kita tak kenal pengantin) hanya perlu tutup telinga, makan dan balik.

Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.blogspot. com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sungguh! pernah sekali jiran baru yang membawa budaya baru ke kampung kami berkenduri semacam itulah. Ibu kami yang sedang sakit dan tidak biasa dengan kenduri yang melalak-lalak macam tu terpinga-pinga sepanjang hari. Nak ditegur pun... maklumlah...