02 Ogos 2009

Pemimpin PKR, aktivis GMI ditahan di Sogo

Naib Presiden PKR Sivara Rasiah ditahan polis bersama beberapa penentang ISA dekat kompleks membeli-belah Sogo kira-kira jam 3.15 petang.

Sementara beberapa penggerak utama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ditahan menjelang pukul 1 tengah hari dekat Sogo dalam percubaan mereka berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara mulai 2 petang.

Norlaila Othman, ahli jawatankuasa GMI, dan seorang aktivis bersama NGO itu Narshita Mohd Nor ditahan bersama pemimpin Muslimat PAS Aiman Athirah al-Jundi.

Mereka dibawa di dalam sebuah trak dari kompleks membeli-belah itu menuju suatu tempat yang tidak dapat dipastikan.

Menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 orang sudah ditahan di beberapa tempat di tengah bandar dalam percubaan menganjurkan demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri.




MalaysiaKini/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada Nda yang berada kat demonstrasi, esp yang di tangkap seperti Puspa, YB Siva dan wanita wanita comel di atas anda adalah wira dan wirawati negara
Yang haprak, yang pakai uniform di belakang tu.

Tanpa Nama berkata...

perjuangan anda untuk semua termasuk orang umno