02 Ogos 2009

Siam Ramadhan

Sirajuddin Abbas

"For Muslims, Ramadan is a time for inner reflection and devotion to God. The Siam Ramadan, or fasting, is intended to teach patience and self-control as well as to remind one of the less fortunate. In Saudi Arabia in previous years, housing units and furnishings were given away to the poor and some prisoners, whose cases were unrelated to crimes of terrorism or drug trafficking, received Royal clemency."

Kalau siam di zaman dahulu itu beragama Buddha, seperti tanggapan ramai, kenapakah berpuasa itu dikenali sebagai Siam Ramadhan di Arab Saudi? Jelas kepada kita bahawa bangsa Siam digelar oleh mereka di timur tengah sebagai Sumur-ul-Amir, satu bangsa keturunan raja, darjat yang tinggi. Raja manakah itu, tak lain tak bukan adalah Raja Iskandar Zulkarnain ya saudara pembaca yang dihormati sekalian.

Untuk keratan diatas sila baca di sini,

http://www.saudi-us-relations.org/articles/2007/nid/070913-ramadan-begins.html

Semakin jelas kepada kita bahawa bangsa Siam bukanlah bangsa thai yang mana hari ini memerintah di Thailand. Bagi kami bangsa Thai adalah penjajah negeri Siam islam bermula dalam tahun 1767 melalui Raja Thai Buddha, Rama I Yotfa Chulalok. Pada mulanya, mereka memerentah tanpa menukar nama negara Siam kepada Thailand secara resmi. Oleh itu kita menyangka bahawa Siam itu beragama Buddha dan bertindak menyerang Patani, Kedah sekitar tahun 1800an dahulu. BUKAN SIAM YANG MENYERANG KITA, TETAPI PUAK SUKHOTHAI PENJAJAH NEGERI SIAM ISLAM ! Dengan bantuan penjajah Inggeris mereka memusnahkan tinggalan sejarah kita yang mana kini sudah mula ditemui semula di Lembah Bujang.

Berasal dari puak Sukhothai, mereka kemudiannya menukar nama negara Siam Islam kepada Thailand sempena nama bangsa mereka. Hari ini setelah rakyat mereka mengetahui sejarah sebenar, mereka membuat demonstrasi jalanan, ahli politik mereka turut mengetahui sejarah realiti, mulalah mereka sibuk ingin menukar nama Thailand kepada Siam.

Semua ini dulunya dilakukan dengan pertolongan penjajah Inggeris yang sememangnya ingin menjatuhkan Empayar Islam Benua Siam Kedah. Di peringkat dalaman penjajah Inggeris mendapat sokongan raja-raja Melayu yang di lantik oleh mereka. Kami katakan disini bahawa Raja-raja Melayu telah engkar kepada Yang Di Pertuan Kedah (hari ini Yang Di Pertuan Agong kiranya) ketika itu, demi tamakkan kuasa dan harta.

Penjajah Inggeris pula menamakan tanah jajahan ini sebagai Tanah Melayu pada hal peta Portugis dan Belanda (sebelum kedatangan Inggeris) jelas menunjukkan nama semenanjung ini sebagai Semenanjung Siam Melaka. Elok sangat la begitu pada pandangan mereka setelah dikerat dua, satu diberi nama thaiLAND dan satu lagi di namakan TANAH Melayu.

Terdahulu mereka telah menjatuhkan Empayar Monggol Islam di India dan sudah tiada halangan bagi mereka mencaturkan semula sejarah negara kita. Queen mereka di nobatkan sebagai Ratu India. Adakah semua ini tohmahan kosong saja dari kami. Ingin tahu konspirasi mereka dengan lebih lanjut dan teliti, sila singgah di mistisfiles di url berikut...(excellan t reading materials !),

http://mistisfiles.blogspot.com/

Ps : Genggam bara api biar sampai jadi arang. Kita pakat dedahkan semua komplot mereka di masa lalu. Jangan jadi sejarawan pak turut sahaja !

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Tiada ulasan: