26 September 2009

KENYATAAN MEDIA : ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir sidang yang dipanggil Speaker Haram.

Sebagaimana yang telah disahkan oleh YAB. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Mohamaad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Negeri, Dato' Ngeh Khoo Ham bahawa semua 28 orang ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Haram,Ganesan.

Dengan ini saya sebagai Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dengan ini juga mengesahkan semua ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam sidang yang dipanggil oleh Ganesan dengan alasan seperti berikut :-

1. Ganesan adalah Speaker yang dilantik secara tidak sah mengikut undang-undang , malah perlantikannya dalam keadaan yang saya anggap menghina Pemangku Raja Perak dan DUN Perak pada 7 Mei yang lepas. Semua sudah maklum beliau dilantik dalam keadaan Dewan belum di rasmikan lagi oleh Pemangku Raja Perak, dengan kata lain dalam keadaan sidang belum bermula dan semasa Speaker Dewan Perak, V.Sivakumar menduduki kerusi Speaker dalam keadaan menjalankan tugasan awal mengatur kedudukan dewan sebelum mendapat dan memohon perkenan Raja Nazrin masuk ke dewan bagi memulai majlis perasmian.

2. Sehubungan dengan itu saya ingin tegaskan tidak ada Speaker yang lain yang sah di Perak melainkan V.Sivakumar, seterusnya tidak ada panggilann sidang yang sah melainkan oleh beliau dan saya tegaskan Persidangan DUN yang dilakukan di bawah pokok pada 3 Mac, Sidang dalam Dewan pada 7 Mei dan Sidang di hotel pada 2 Sep. semuanya sah dan dihadiri oleh ADUN pakatan Rakyat kerana dipanggil oleh Speaker yang sah.

3. Ganesan adalah "perasit" baru yang menambah kusutkan masalah di Perak. Sebenarnya beliau perlu sedar bahawa dia diperkudakan demi mencapai hasrat BN walaupun ianya jelas melanggar undang-undang yang sedia ada. jauh sekali dari menunjukkan taring tumpulnya untuk memaksa kami hadir dalam sidang yang akan dipanggilnya.

4. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN :-

Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.
1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Sivakumar cuma gagal untuk mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Ganesan menjalankan tugas sebagai Speaker, dan saya ingin tegaskan bahawa dia tidak mendapat penghakiman mahkamah bahawa dia adalah Speaker yang sah, dan tidak ada juga penghakiman V. Sivakumar adalah Speaker yang tidak sah.

5. Berarti secara kenyataannya Sivakumarlah Speaker yang sah kerana kedudukannya sebagai speaker yang dilantik lebih awal dan mematuhi undang-unadang yang ada dan tidak pernah terlucut jawatannya secara betul mengikut prosuder yang ada.

Saya tegaskan bahawa usul yang telah dikemukakan oleh BN bagi melucutkan jawatan V. Sivakumar adalah tidak sah kerana Sivakumar pada 6 Mei sehari sebelum sidang telah menolak usul tersebut sesuai dengan peruntukan yang diberikan kepadanya. Oleh itu semua yang berlaku rentetan dari itu semuanya tidak sah dan sia-sia belaka.

6.Dengan itu saya membantah kenyataan Ganesan yang disiarkan dalam Sinar Harian bahawa dia Speaker Perak yang sah.

7. Saya mempersoalkan kenapakah Ganesan sangat takut dengan kenyataan ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir sidang sehingga mengugut kami untuk diambil tindakan, yang jelas Ganesan faham bahawa panggilannya tidak sah dan ugutannya tidak berarti kerana dia bukannya Speaker Perak yang sah.

Inilah kenyataan media dalam isu di atas, terima kasih....

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak PR./
Ketua Penerangan PAS Perak/
ADUN Titi Serong.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Aidil Fitri,

Saya MENYOKONG sepenuhnya tidakan ADUN PR supaya memboikot Sidang Dun - sehinggalah kerusi Speaker diserahkan kembali kepada YB Sivakumar.

Wassalam,

Tanpa Nama berkata...

Selain katak-katak yang tiga ekor itu, yang akan hadir ke persidangan haram itu nanti adalah lanun-lanun belaka

Tanpa Nama berkata...

masalah rasuah katak 2 ekor apa cerita?????mahu tunggu mahkamah akhirat ke????2 ekor katak tu ada berani ke???????????????

Tanpa Nama berkata...

katak 2 ekoq tu ...settel...tutup kes...sebab sokong BN ,abis cita.....tu pon ada karat biru yang dok sokong BN ....memang buta dan tuli la....baguih BN hangpa kumpui la orang orang yang perasuah dan buruk akhlaknya....supaya BN cepat karam.....hahahaha

Tanpa Nama berkata...

ADUN PR tak perlu layan speaker haram sampai bila2

Tarmizi Mohd Jam berkata...

adakan demontrasi besar-besaran minta bubar dun perak segera dan sbg tanda memperingati perjuangan rakyat menentang rampasan kuasa kudeta BN. jangan matikan mood rakyat perak.
apa yang dilakukan penyokong bekas PM Thailand baru-baru ini melancarkan demontrasi memperingati rampasan kuasa junta tentera, agak menarik bagi mengekalkan mood rakyat.

Tarmizi Mohd Jam berkata...

demontrasi baju merah baru-baru ini di Thailand cukup menarik dan penuh simbolik. Penyokong bekas PM Thailand yang dibuang, terus mengadakan unjuk rasa besar-besaran sebagai tanda memperingati rampasan kuasa junta tentera tehadap pemerintahan TakSin.
Bagaimana di Perak? Agak efektif rasanya acara demikian diadakan sebagai membantah tindakan kudeta BN merampas kuasa secara biadap terhadap kerajaan PR Perak.
Adakan unjuk rasa sebagai mohon bubar Dun segera, sekaligus tanda memperingati penetangan rakyat terhadap rampasan kuasa tersebut.

zambry berkata...

Janganlah macam ni YB. Semua benda boleh bawak bincang. Bagi can lah kat saya ni nak tunjuk bakat kepimpinan yang ada.

Tanpa Nama berkata...

saya sokong kenyataan saudara tarmizi mat jam,jangan hilangkan mood rakyat perak masih hangat,

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah.. mamak hitam haram jadah ni bersuara pulak. bakat apa yang hang ada mamak oi. bakat jadi perompak ada la.

Tanpa Nama berkata...

(nak respon sama zambry)... apalah nak bincang lagi? DUN Perak jadi jahanam sebab hanglah...!! hang duduk dan mentedaghahlah duit haram hasil gaji dan elaun MB BN Perak yaang haram jadah tu.. begitu juga semua exco BN haram yang terus mentedaghah bagi kat anak-anak hangpa makan.. jawab, jangan tak jawab..

Unknown berkata...

bubar dun abih cerita..biaq orang perak buat keputusan.kalau macam ni sampai pru 13 tak kan abih perak ni.apa pun kepada yb-pr jagalah amanah yang di berikan dengan sebaik mungkin...
selalu turun padang,tinjau masaalah rakyat...
rakyat cukup menderita dengan masaalah ekonomi dan politik malaysia ni.

Tanpa Nama berkata...

setakat bubar DUN nanti najib buat hal lagi, BUBAR PARLIMEN barulah berani....

Tanpa Nama berkata...

bubar DUN ni bagus,tapi bg kawasan yg ramai non muslim tu ok la,tapi kalu kawasan majoriti melayu,PR kalah teruk,contoh PRK Bkt gantang,kawasan melayu UMNO menang...kerja kuat yeop dan Yong...raya je lebih ni...

melor45 berkata...

UMNO BN telah melacurkan segala-galanya demi mendapat sedikit kuasa jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah yang maha agung UMNO BN berasa mereka mampu berbuat apa saja memperalatkan Raja dan Mahkamah.Raya baru ni aku balik kampung ada sebuah rumah JKK ditarkan sehingga keliling rumahnya gelap macam si Zambeerri .

Tanpa Nama berkata...

kalau ye pun sidang DUN di bawah pokok dan dihotel itu sah, kemana keputusan tersebut hendak dibawa. Sehingga ke hari ini tiada apa2 tindakan yang diambil dan bakal diambil. Oleh itu 3 sidang itu tidak sah kerana tiada keputusan diambil. Dlm PR ini banyak lawyer takkan tak tau kut. Sudah sudah lah tu. Kalau dah tak dapat perintah lagi itu mengaku sajalah. Kalau DUN perak dibubarkan pun YB Nizar tidak akan jadi MB kerana umum sudah tahu DAP akan meletakan ramai calon melayu dari DAP.

Tanpa Nama berkata...

KESIANNYA SI BUDAK HITAM PULAU SENANDUNG.... ada hati nak ajak bincang....

Tanpa Nama berkata...

tarmizi...

hang dtg le kuala dulu kalau nk demo. dtg kat masjid chandan. datang tgh hari, pastu baring, bukak baju. kalau tak cukup panas, lantai masjid tu pun ok gak.

kpala bapak hang. nak demo, ni sape yg ajo? mak hang?

Tanpa Nama berkata...

HIDUP2 HIDUP RAKYAT HANCUR2 HANCUR BN...KITA BUAT DEMO BESAR2AN PD HARI SIDANG DUN HARAM TSBT...KAMI ANAK PERAK DAH TAK BOLEH SABAQ LAGI NIH...STUJU TAK WAHAI PEJUANG SEMUA??

Tanpa Nama berkata...

sori. lari tajuk sikit.
tema tengah hot la ni, indek TI malaysia akibat salahguna kuasa/rasuah, dsb.. merudum angkara pimpinan umno/bn. ni la tema persidangan dun haram perak dan tema pejuang umno/bn di bagan pinang. tapi sedih melayu karat biru tak tau apa2, tetap sokong walaupun ke lubang biawak..
hidup Islam, hidup PR

Tanpa Nama berkata...

alo zamry...

roti canai sama teh tarik kaw punya satu

Tanpa Nama berkata...

Salam...Sebenarnye BN ni dah lama sangat perintah..lama sangat tu la yang jadi rasuah dan bermacam-macam lagi. masalahnye bile dah kalah dlam PRK di Perak dan di beberapa negeri lain BN ni tak nak mengaku. Biasalah bila dah kuasa dalam tangan jangan kan mahkamah, polis, waima tentera, kuasa raja pun didalam tangan BN ni. Tengok apa jadi bila kuasa raja ditarik sewaktu pemerintahan Che Det dulu. Takkan penyokong2 BN tak tau atau buat2 bodoh. Tolong lah ulas skit pasal nie, jangan sokong membabi buta jer. Tolong pakai otak yang Allah s.w.t bagi pada kamu. Harapan saya lah supaya semua raja turun padang(jgn takut) jumpa rakyat dengar masalah dan luahan mereka sebab selagi raja2 duduk selesa kat atas selagi tulah terdapat jurang diantara raja dan rakyat. Lagi satu jangan terima berita bulat2 dari penasihat anda tapi belajar2 la untuk turun mendekati rakyat, macam khalifah2 terkemuka dahulu buat. Kalu nak cerita lg panjang nih. Nanti la, kalu rajin sy sambung lg. wassalam