08 September 2009

Siapa Speaker Perak yang haram dan derhaka kepada Sultan ?

Berkatalah si Ganesan bahawa dia adalah Speaker Perak yang sah @ halal dan Sivakumar adalah Speaker yang tidak sah @ haram.Banyak komentar dari pemimpin BN Perak dan Pusat memberikan pandangan masing-masing mengenai kedudukan Speaker Perak rentetan dari tindakan Sivakumar sekali lagi memanggil sidang pada 2 September lalu.

Yang jelas bagi saya peritiwa sidang 2 September menunjukkan lonjakan sokongan rakyat yang mahukan Pakatan Rakyat memerintah di Perak masih stabil malah dilihat sebagai satu lonjakan baru apabila tekanan dari pihak pasukan keselamatan untuk menggagal kan sidang itu ditahap yang melampau pada pandangan saya. Justeru itu keadaan ini amatlah membimbangkan BN.

Sekembalinya dari tanah suci, saya mendengar dan membaca komentar tersebut yang sangat menyakitkan telinga.

Hakikat sebenarnya Ganesanlah Speaker yang haram kerana perlantikannya berlaku sebelum sidang bermula.Sivakumar yang menjalankan tugas biasa sebelum sidang iaitu memeriksa kesiapan dewan sebelum Raja Muda Perak masuk ke Dewan untuk merasmikan sidang pada 7 Mei. Namun begitu arahan Speaker mengenai mereka yang digantung dan dianggap tidak boleh menghadiri sidang diabaikankan oleh Zambry dan rakan-rakannya.

Disitulah bermulanya kekecohan apabila arahan speaker tidak dipatuhi. Namun paling malang dalam kekalutan itu berlakunya perlantikan speaker baru serta lantikan 3 jawatankuasa dewan. Manakah rujukan undang-undang yang dipakai BN sehingga sebenarnya tindakan ini juga satu tindakan menderhaka kepada Raja kerana sebelum dirasmikan satu sidang haram telah dimulai bagi mencapai niat jahat BN.

Perangai lapuk BN yang tidak menghormati undang-undang di Negeri Perak sangat terang lagi bersuluh.

Lagaknya cakap pemimpin BN kamilah yang menderhaka kepada Raja, sebenarnya merekalah yang menjadi juara dalam penderhakaan kepada raja-raja melayu termasuklah di Perak.

Tindakan BN yang tidak mengikuti arahan speaker menyebabkan kekecohan yang berpanjangan pada 7 mei dan menyusahkan Raja Muda menunggu sehingga hampir 6 jam.

Kalaulah arahan speaker Sivakumar lebih awal dipatuhi tentunya tidak akan berlaku kekecohan didalam dewam. Namun persoalannya sangupkah BN menyaksikan agenda jahatnya tidak dapat ditunaikan.

Seperkara lagi kalau benarlah semua dakwaan BN mengapa dan kenapa desakan dibubarkan DUN tidak diendahkan. Malah beberapa hari lepas Muhyiddin berkata tidak akan membubarkan DUN Perak.

Kita tunggu dan lihat benarkah DUN Perak tidak akan dibubarkan ?

9 ulasan:

Awanama berkata...

sebagai permerhati, saya adalah warga negara yang berkecuali dalam hal ehwal politik. apa yang nak saya katakan disini baik gabungan umno/bn atau gabungan pakatan rakyat keduanya tak betul.

Awanama berkata...

UMNOk ni dia yang pukul sepak terajang belasah orang tapi tuduh orang yang dia sepak terajang yang salah... depa yang derhaka kata kita pulak...

Awanama berkata...

Anon 8.42 kalu tak tahu politik jangan la menyampuk.Nanti kalau PR ambil balik negeri awak tu tak payah lah sibuk.Anon 8.42 x cukup umur nk mengundi.Tak sedar hasil politik akan membawa kesan yang besar kepada rakyat,dunia,diri sendiri,bangsa,orang miskin,harta benda ,agama dan sebagainya.Perjuangan politik yang betul mensejahterakan kehidupan dan menjadi warisan generasi anak-anak kita atau selepas kita.

Awanama berkata...

Anu 8.42 orang yg seperti u ni lebih baik mati daripada hidup yang tidak ada hala tujuan.

Awanama berkata...

undang-undang BN semuanya halal....

Awanama berkata...

8.42 tak payah komen kalu tak tahu mu dok diam diam berkecuali ada paham.

Awanama berkata...

pada penulis 11.21 yang mengatakan saya tak cukup umur nak mengundi anda silap dan penulis 1.48 mengupas ikut nafsu tanpa mengunakan akal yang diberi allah.kalau anda nak tahun dalam umno/bn ada kroni dalam pakatan rakyat juga ada kroni, saya berkata berdasarkan bukti yang ada.pengalaman saya 25tahun sebagai sb dah cukup memdewasakan saya mengajar erti politik.

Awanama berkata...

Anon 8.42, kalu dua-dua xbetul, awak pon xbetul..huhu

Awanama berkata...

25 tahun dalam sb pemikiran macam tu apa kerja yang hang buat selama ni, ngabihkan borah kojaan yo