07 Oktober 2009

Barah pangkal rahim

Email : mohd naim mohd zain

* Malaysia membelanjakan RM250 juta setahun untuk menguruskan barah pangkal rahim.
* Daripada jumlah itu hanya sembilan peratus digunakan untuk ujian pengesanan awal barah pangkal rahim - ujian lumuran pap.
* Daripada keseluruhan kes barah di Malaysia, barah pangkal rahim menduduki tempat kedua selepas barah payu dara.
* Di peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 500,000 wanita diserang barah pangkal rahim setiap tahun.

Mengenali barah pangkal rahim

* Disebabkan oleh jangkitan kuman human papillomavirus (HPV).
* Pangkal rahim secara saintifiknya bertindak sebagai laluan. Darah mengalir dari uterus melaluinya untuk ke faraj ketika haid.
* Pangkal rahim juga menghasilkan mukus yang membantu sperma bergerak ke dalam rahim. Ketika hamil, pangkal rahim tertutup rapat bagi melindung janin. Ketika proses kehamilan, pangkal rahim terbuka untuk membenarkan bayi lahir.
* Barah pangkal rahim bermula seperti kebanyakan barah di mana-mana bahagian tubuh, ia bermula di dalam sel.


* Selain HPV, faktor lain seperti merokok, sistem imun tubuh wanita, komplikasi pengambilan pil cegah hamil hanya sebahagian faktor lain yang dikaitkan dengan barah pangkal rahim.
* HPV adalah virus yang sangat biasa ditemui pada lelaki dan wanita dan ada lebih 100 jenis HPV.
* Lebih 50 peratus orang akan mengalami satu daripada jenis HPV itu sekali dalam hidupnya. Manakala jenis HPV yang lebih berisiko tinggi (misalnya jenis 16 dan 18) pula akan menjadi punca barah pangkal rahim.
* HPV amat mudah berjangkit. Malah, kebanyakan orang dijangkiti HPV pada tahun-tahun pertama mereka aktif dalam hubungan seksual. Justeru, ujian lumuran pap sangat disarankan.


Faktor dijangkiti HPV.

* Tidak melakukan rutin ujian lumuran pap
* Sistem tubuh yang lemah
* Usia (barah pangkal rahim lebih banyak terjadi pada wanita berusia 40 tahun ke atas).
* Ramai pasangan seks atau perempuan yang melakukan hubungan intim dengan lelaki yang banyak pasangan seks.
* Merokok
* Komplikasi penggunaan pil perancang dalam masa yang panjang

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum! Alhamdulillah Terima kasih kepada
drs khalil idham lim.Pendedahan sebegini patut digalakkan memalui media cetak,elektronik dan
seberan am.Kerana akhir-akhir ini nampaknya masalah tersebut agak dilupakan olih insan-insan
yang berisiko.Di peringkat umur 40 tahun selalunya
kita selalu sibuk dengan aktiviti dan masalah famili(pendidikan anak-anak,kerjaya,hobi dll)yang
membuatkan kita terlupa akan faktor jangkian dan dijangkiti penyakit,terutama barah tersebut.Olih itu saya menyeru agar useha pihak kementerian kesihatan berkaitan pemeriksaan 'pap smear'disambut secara serius,demi dapat mengesan diperingkat awal jika ada jangkitan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

mohon perlindungan allah

Tanpa Nama berkata...

kalau saudara-saudari tak suka kancer, amalkan petua menu makanan ini / jangan makan organ dalaman spt hati, limpa, paru,perut. jangan campurkan makanan air dengan darat , contoh ikan, udang, ketam tak boleh dimakan sekali dengan daging lembu, ayam dan sebagainya