07 Oktober 2009

Kenyataan Media : Isu Babi, Mahadhir hina Islam dan bukan Islam

Berikut ini adalah kenyataan Media saya merujuk kepada kenyataan Mahadhir yang disiarkan dalan mStar yang saya perturunkan dibawah sebagai rujukan bersama sebelum saya memberikan jawapan :-

DUNGUN: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan negara akan menjadi malap dan buruk sekiranya pentadbiran kerajaan berpindah daripada Barisan Nasional kepada pembangkang kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian semata-mata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat.

Katanya ada juga dalam kalangan mereka sanggup menghalalkan sesuatu yang dulunya mereka anggap haram semata-mata untuk memuaskan hati musuh yang kini menjadi rakan dalam pakatan pembangkang.

"Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).

"Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kenyataan saya ialah :

1. Saya sangat terkejut dan rasa terhina dengan kenyataan Mahadhir diatas kerana pada anggapan saya kenyataannya tersebut adalah kenyataan yang menambah banyakkan koleksi kenyataannya yang menghina Islam sebelum dari ini.

2. Kenyataannya tanpa merujuk kepada nama mana-mana pemimpin PAS adalah pembohonganya sendiri dan saya anggap khayalan beliau sendiri. Malah saya yakin mana ada pemimpin PAS yang membuat kenyataan sedemikian melainkan itu adalah sikap biadab dan pembohongan beliau yang saya anggap sudah terlalu"nyanyuk". Siapa yang tidak kenal dengan sikap Mahadhir yang sangap pandai berbohong dan memutar belit fakta. Antaranya dia suatu masa pernah mengatakan Anwar menumbuk dirinya sendiri sedangkan mahkamah ternyata membuktikan Anwar ditumbuk oleh Rahim Noor.

3. Mahadhir sekaligus menghina Islam dan Al Quran dengan keceluparan mulutnya mengatakan

"Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).

"Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali,"

4. Tidak pernah pemimpin atau pengikut PAS mengeluarkan kenyataan berkerjasama dengan orang bukan Islam menjadi kafir. Ini adalah kenyataan "hang" sendiri wahai Mahadhir. malah Islam mengajar semangat setiakawan dan toleransi agama yang tinggi sehingga Nabi Muhammad dibantu dengan kerjasama seorang Yahudi bukan Islam penunjuk jalan dalam peristiwa hijrah.

5. Kenyataan berkaitan makan babi dengan ternak babi oleh beliau sangat mengelirukan malah menghina ajaran Islam. Sesungguhnya Islam yang dijadikan landasan perjuangan oleh PAS tidak pernah menghalang orang non muslim untuk makan apa lagi menternak babi, itulah prinsip asas yang dipegang oleh umat Islam kecuali Mahadhir. Islam membenarkan ajaran agama lain diamalkan dengan bebas sebagaimana dalam surah Al Kaafirun Allah berfirman yang bermaksud "bagi kamu agama kamu , dan bagi kami agama kami" sangat jelas menjadi pegangan kita.

6. Islam tidak pernah mengajar penganutnya menternak babi TAPI membenarkan dan tidak ada hak sama sekali menghalang orang non muslim menternak babi walaupun sebanyak mana berdasarkan keperluan mereka. Ia adalah makanan dan hak mereka yang tidak boleh diganggu oleh PAS atau siapa saja. Prinsipnya jelas. namun kenapa Mahadhir sangat celupar, berbohong dan mengeluarkan kenyataan yang mempersendakan Islam dan ditakuti boleh merosakkan aqidahnya.

Menternak dan makan babi bukan isu yang sebenarnya, Isu yang menjadi heboh sebenarnya berkaitan pencemaran yang dikaitkan oleh binatang tersebut. Kita kenalah adil, apapun binatang yang diternaak kalau mendatangkan pencemaran ianya adalah salah disegi undang-undang yang sedia ada.

7. Kalau beginilah sikap Mahadhir saya yakin inilah masanya kita mesti menghukum Mahadhir dan BN di Bagan Pinang dan saya mencabar beliau turun berkempen disana dan mengulangi kenyataan diatas. Inilah sikap sebenar UMNO yang tidak habis-habis menghina Islam demi untuk meneruskan cengkaman kuasa yang dimilikinya. Demi kemenangan BN Mahadhir jelas sekali menghina Islam.

7. Saya meminta mufti dan jawatankuasa fatwa untuk memberikan reaksi segera kepada kenyataan Mahadhir yang sekali lagi mempersendakan Islam.

8. Untuk Mahadhir saya doakan semuga dia berikan hidayah oleh Allah dipenghujung usianya dan dipanggil oleh Allah sebagai seorang yang beriman.

Kenyataan Media/6 Okt 2009

DRS. KHALIL IDHAM LIM.
Ketua Penerangan PAS Perak/
ADUN Titi Serong.

35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila pakatan rakyat dapat memerintah negara pakatan rakyat mesti membonkarkan segala penyelewengan firaun ini lakukan humbankan dia kedalam penjara firaun ini dah banyak membuat susah pada rakyat

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan: "bagi kamu agama kamu dan bg kami agama kami" bukan surah Al-Ikhlas...Surah Al-Khafirun. Ustaz..tolong jgn mendoakan kebaikan utk org sperti Che Det, kita serah kepada Allah shj..

dol kakirempit berkata...

Salam YB

Sami'na wa A'ta'na... jgn Sami' na Wa A'asaina...

Ktahuila bahwa babi tu haram bagi org islam...drpd zat babi tu sndiri sngggakn kpada sgala elemn2 yg hasil drpdnya...

barang siapa yg makan dn mngushakn dn hasil drpd itu adalah haram. Ini bagi org islam Bagi org bukan Islam pun haram jugak dan berdosa. Jgn ingat org bukan Islam tak haram makan babi. Bila masa pulak org bukan Islam halal makan babi.

Org bukan Islam jugak ttap akan di hukum kerana perbuatan munkar. Itu sbb Allah akan campak org munkar ke dalam api neraka. Ini fakta.

Klau Islam mmbnarkan Non Muslim mmbela babi ( perbuatan haram) sama juga brpndapat mgatakn Non Muslim boleh merompak, menipu, myamun, mrogol dll prbutan mungkar. Krana ini agknya ada stegah pniaga Non Muslim akn mnipu dlm urusan perniagaan. Dharap sttment ni perlu dikaji smula.

Pjg la nk tlis.. ruangan terhad

Jgn diputrbelit fakta dr stment Tun M;

1. Mmg ada ftwa mgatakan klau brskongkol dgn kafir akan jd kafir
2.Kalau tak halang mknaya stuju.. Mcam nabi tak halang shabat makan dhab.Pas tk hlng pmbinaan kndg babi.. mknanya stuju.
3. Jgn smakan trnakan halal yg lain dgn babi..
4. Ftwa mufti ni apabila saliran dgn puak ni.. akan stuju. Kalau tak, mufti akan di maki. Ini fakta
5.
aMmg dulu ada fktwa mgatakan

Surah Luqman berkata...

Salam.. ayat "kamu dengan agama kamu, dan kami dengan agama kami" adalah petikan dlm surah Al-Kafirun dan bukan dlm surah Al-Ikhlas.

buyung berkata...

Iiiiya... Apek... arr... lu taktak paham atau buat tatak paham. Lu taktak paham ba ha sa me la yu ke....? Putor apek putor.... wang besar... wang besar.

Tanpa Nama berkata...

TERUSKAN PERJUANGAN SAMPAI MASA YANG DIJANJIKAN ALLAH PASTI AKAN MENJELMA..

Tanpa Nama berkata...

Masa pemerintahan Tun Mahadhir xada ke ternak babi?... Tun jga berkata klau pembangkang memerintah negara akan malap dan buruk....macam nujum pak belalang aje... blum lgi PR memrintah dah buat andaian,AJAIB TUUU ....lg hebat tafsiran nye drpd nujum pak belalang.ingatlah wahai manusia xada sesuatu pun yg kekal selama2nya ... hanya ALLAH YG MAHA MENGETAHUI.

Tanpa Nama berkata...

hoi buyung.. la nie org tak perlu hang dah..
hang dgn mahadir tu sama saja.. kaki putar, sama spt perangai yang nak tawan baitulmakdis tu.. tobat nasuha la..

dunia ni tak kemana.. akirat ini terbukalah hijab n masa tu nangis keluar darahpun dah tak guna

Unknown berkata...

mana nak cari buku, kenyataan menghina islam oleh pemimpin BN? dulu ada jumpa buku tu kat kedai. tp dah lama xjumpa. best baca buku tu sbb ramai org sesat dlm tu.

Guru Tajwid berkata...

Apa yang nak dibanggakan dengan mahathir ni? Telah terang dan nyata dia ni menghina Nabi,jadi kenapa ada sesetengah individu yang nak sangat bela orang tua ni.

Sepatutnya melawan dia ni kerana menghina nabi.

Tanpa Nama berkata...

CHE DET DAH KEHABISAN MODAL UTK BERCAKAP..HARAPNYA ULAMA2 UMNO DPT BG NASIHAT KAT CHE DET KITA NIE...KLU TAK BAGI NASIHAT HANG ULAMA2 UMNO TERPAKSA MENANGGUNG JUGA LIABITI DOSA PEMIMPIN JAHIL HANG...

Tanpa Nama berkata...

Che Det yg gila BA...

budak pencen berkata...

Dengan kabar bekas pm ni satelah bersara sudah
berjinak2 dgn Alquran dan berguru dgn bekas menteri yg sekarang ini menjadi duta dinegara
timur tengah.persoalannya adakah belajar membaca Quran saja? memahami dan menghayati ajaran Alquran adalah wajib.mempersenda ajaran
alquran hukumnya berdosa besar.tun seharusnya menafaatkan hari hari yang masih ada memohon
ampun terhadap dosa2 yg lalu,bukan menambah dosa.taubatlah dan minta ampun kpd orang2 yang
tun aniaya sabelum dipanggil Allah,kerna nak
mencari dan memohon ampun dari mereka dipadang
mahsyar belum tentu berhasil.

Tanpa Nama berkata...

KakiRempit nk bele CHE DET n nk ckap psal ISLAM... he.. he.. he... Nama doh mcm org yg ganggu ketenteraman mnsia sejagat di jln raya... ada ati nk bagi fakta psal islam....

Tanpa Nama berkata...

gamak nya buyung ni orang agama asli kut

Tanpa Nama berkata...

your site is so good I always visit it everyday, you

update so quick !
cheer !

and don't forget visit my site I just create my site too
if you could exchange link It would be great
and I will be happy to link your site.
Here is :
http://worldmiss-

worldmiss.blogspot.com/

david ahmad muniandy berkata...

kalini kali kedua che det menghina Islam termasuk nabi, mengapa aku kata begitu kalau menghina sesama saudara Islam ia juga menghina nabi kerana nabi salah seorang saudara kita...

Tanpa Nama berkata...

apa yang tanpa nama nak betulkan niiiii,memang dah betulpun surah al kafirun,sapa pulak dok pi kata surah al iklassss,,,, kes yang macam ni ler yang terbukti tak ikhlassss."bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami" betoi dah ler tuu,sapa pulak dok pi kata surah al ikhlass..nampak benorrr tak ikhlasnya nak katapun tanpa namaaaaa,jadi boleh laer hemtam sembronorrr..

Tanpa Nama berkata...

mahathir a.k.a mahazalim adalah ABU JAHAL alaf baru...

laknat ALlah menanti manusia cam tu...

pegi jahanam lah kau mahathir kuti...tokoh kejahilan dan pemimpin munafik...!!!

MIBU BULAN. berkata...

Tun Mahadzir sebaik sebaiknya berhentilah banyak bercakap.....Dalam keaadaan yang tua tuani eloklah banyakan berjemaah di Masid, membaca Quran,bertahjut,berzikir.Ingatlah ALLAH melanjutkan USIA kita kerana masih memberi peluang kita bertaubat.... Beratubatlah sebelum terlambat.....Ikhlas dari MIBU Bulan....

anak tampin berkata...

dol kaki rempit ni aku kenal
anak buah datok aziz rahim
itu hari ada nampak kat bagan pinang
bila dengar datok aziz kena tumbuk 9 kali
cepat2 dia start motor,blah!
patut selamatkan la ketua dulu
hampeh punya putera umno...

Booman berkata...

che det dah nyanyuk dah... biorla dia nak merapu before "padam"... bagi nasihat lebih2 menangis merajuk pulak orang tua tu... rumah kata pergi, kubur kata mari Tun oii

Tanpa Nama berkata...

mana fungsi majlis fatwa terhadap kenyataan mahathir ni???klu nik aziz bukan main cepat lagi..double standard..

Tanpa Nama berkata...

depa nie(BN) kalau kalah satu malaysia nanti mesti jadi pembangkang yang teruk. Jadi pemimpun pun dah teruk.

Tanpa Nama berkata...

salah satu punca pendapatan negara adalah hasil penternakan babi yang dieksport ke negara2 asia tenggara dan jgk china..sejak zaman mahathir lg hingga kerajaan BN skrg mereka kaut keuntungan hasil babi...adakah pendapatan hasil negara telah diasingkan antara sumber yg haram dan hahal dan yg akhirnya diagihkan jgk kpd org muslim..

Tanpa Nama berkata...

cont...
kalau nak tengok jelas haram halal tengok akhbar UTUSAN,BERITA HARIAN dll..ada judi TOTO,MAGNUM,DAMACAI (adakah pihak tersebut tidak menyumbang kpd pendapatan akhbar tersebut?) - tulisan mufti, ustaz dll yg menyertakan surah2 suci al-Quran dan hadis digaulkan sekali dgn keputusan judi tersebut..mereka membenarkan pencampuran bahan penulisan yg halal dan haram...

Tanpa Nama berkata...

cont...
mufti2 yg "CETEK AKAL DAN LEMAH DLM MEMPERJUANGKAN YG HAK" membisu seribu bahasa sejak berpuluh tahun malah mereka jgk turut menyumbang dlm soal tersebut (penulisan ayat2 al-Quran + keputtusan judi haram). Mufti2 perlu lihat balik sejarah imam MALIK, AHMAD HAMBAL, SYAFIE, ABU HANIFAH...

Tanpa Nama berkata...

imam MALIK, SYAFIE, AHMAD HAMBAL, ABU HANIFAH mereka asal adlh mufti2 kerajaan yg dipecat dan kemudian dimasukkan ke dalam penjara kerajaan (skrg ISA) yg mana diseksa, dipukul sehinnga menitik darah, dirantai dgn besi dan ada jgk diberi minum racun dll hanya kerana menyanggah pemimpin yg tidak betul..sbg contoh imam HANAFI di seksa dan akhirnya mati dlm penjara krjn.. harap mufti2 skrg berani menjalankan tugas sblm ditanya di pdg masyar nti..

Unknown berkata...

Salam YB,
Tolong bagi komen sikit pasal berita ni.
Adakah satu lagi fitnah dari Indonesia atau benar2 berlaku.
http://ijoks2009.blogspot.com/2009/10/aku-malu-jadi-rakyat-malaysia.html

Tanpa Nama berkata...

mahathir dah jadi macam selsema babi, banyak bawa penyakit dari kebaikan!!!

Tanpa Nama berkata...

nampaknya mahathir takut dan fobia, bila dengar pakatan rakyat berpeluang perintah Malaysia PRU13, ada apa-apa yang nak disembunyikan ke che det???

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya mahathir bimbang pakatan rakyat membongkarkan apa yang ditutup oleh mahathir dengan OSA dan ISA, sekiranya memerintah malaysia.

Tanpa Nama berkata...

mahathir dah takut bayang-bayang sendiri!!!

Tanpa Nama berkata...

majoriti tahanan ISA zaman mahathir orang islam, sejak bila mahathir nak bela islam???

masuksuku berkata...

Salam yb
Saya pernah terdengar cerita daripada satu orang bodygaurd bekas pm tu..routine dia dari balik jam 5 atau 6 ptg,lepas margrib dan isyak..non stop membaca dan belek fail..sembahyang sunat..mengaji ..berulang ulang sampai jam 4 atau lima pagi sebelum tidur sekejap dan bangun semula untuk solat subuh...dan pergi ke pejabat atau mana mana ikut appointment..sampai kata bodygaurd tersebut..cuma tengok dua tiga malam pun tak sanggup...
tapi bila dengar cerita tersebut ...saya sangsi betul ke apa yang saya dengar..
sebab ayat yang begitu..budak tadika PASTI pun naik takut dengar apa lagi kita yang tahu sedikit sedikit hukum halal dan haram...
ugama bangsa israel pun..haramkan babi..sampai nama h1n1 tu pun hilangkan ayat babi tu..sebut pun diaorang tak nak jika boleh..itu israel..
ini pula dpd kononnya orang berugama islam..kalau tak berapa tau elok jangan sebut..jangan cerita ..orang marah nanti..
kata bijak..pandai..tapi nampak macam tak berapa je..