06 Oktober 2009

Gempa bumi Sumatera: Angka kematian dijangka berganda

PADANG: Jumlah kematian akibat gempa bumi di sini dijangka meningkat dua kali ganda berikutan lebih daripada 600 penduduk kampung yang kebanyakannya menghadiri satu upacara perkahwinan dikhuatiri telah tertimbus selepas kejadian runtuhan lumpur di kawasan pergunungan.

Menurut pihak berkuasa dan seorang jurugambar media yang membuat liputan di tempat kejadian, tidak ada apa-apa yang tinggal di empat perkampungan yang terletak di lereng bukit Padang Pariman selepas gempa bumi yang melanda barat Sumatera, empat hari lepas.

Beratus-ratus doktor, jururawat, pasukan mencari dan menyelamat serta krew pembersihan dari seluruh dunia tiba di lapangan terbang yang berhampiran pada Sabtu.

Mereka turut membawa makanan, khemah, ubat-ubatan, air bersih, penjana kuasa dan pelbagai lagi peralatan yang diperlukan untuk merawat mangsa gempa.

Bagaimanapun, bekalan elektrik yang terputus, kekurangan bahan api dan telekommunikasi menyukarkan lagi keadaan.

Lebih 400 orang yang menghadiri upacara perkahwinan di Kampung Pulau Aiya pada Rabu lepas telah tertimbus akibat malapetaka itu. “Mangsa-mangsa kejadian tertimbus 30 meter ke dalam tanah. Sebuah masjid yang tingginya melebihi 20 meter juga hilang dalam kejadian itu,” kata ketua pusat krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam Pakaya.

Menurutnya, hanya 26 mayat berjaya ditarik keluar dari kawasan tanah runtuh berhampiran Lubuk Lawe dan Jumena.

Mayat 618 orang lagi masih tertimbus jauh di dalam tanah.

Kerajaan Indonesia terpaksa bekerjasama dengan pihak luar untuk membantu penduduk di kawasan itu kerana jalan yang menghala ke kawasan tersebut telah rosak teruk. AP

mStarOnline/-

1 ulasan:

masuksuku berkata...

Salam yb.
Takziah untuk rakyat indon di sana.
Cuma jika kita perhatikan dalam paper terbaru ..kisah satu warga indon datang daripada sana dengan membawa sejumlah wang yang agak banyak semasa rakyat yang lain menderita ..datang sini..kena tipu dengan awang hitam lagi..
lepas tu ,,coretan daripada wartawan dan penduduk..tempat orang miskin dah empat hari kejadian masih tiada bantuan sampai..
tak ke pelik perkara tersebut..masa susah pun kena pilih bulu ke..
Hanya saya minta..kita jangan lupa pada peristiwa buluh runcing disebabkan tarian pendet saja..
Nak derma boleh..itu adalah perkara yang baik di sisi agama..tapi lebih elok jika kita pandang pandang keliling dulu..belakang rumah ke..bawah rumah ke..sebab masih ramai lagi yang lebih menderita di sini..dah *bersih* kat sini barulah boleh jika nak bantu di sana nun..itu lebih elok..
tapi jika derma sebab nak pengecualian cukai atau masuk paper bolehle teruskan..
maaf jika ada yang tersinggung hanya pendapat peribadi saya...sebab saya melayu yang tak mudah lupa..