20 Oktober 2009

Hukum Mengahwini Wanita Hamil

Email : Mr. President
Oleh : ImamKhalid


Sesungguhnya, isu menikahkan seseorang yang terlanjur (mengandung) ini amat berat dan selalu dipraktikkan dalam masyarakat kita pada hari ini. Perhatikan soalan 1 – 5.

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak akan hidup dalam zina sampai bila-bila… Nauzubillah!

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya ingin kongsi bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


Tolong jangan abaikan pesanan ini. Ini merupakan satu perkara yang serius jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Tambahan penulis: Isu ini telah dibincangkan bersama seorang ustaz dari pejabat agama daerah. Menurut beliau, jika mengikut mazhab syafie, hukumnya adalah harus, tidaklah haram sepertimana yang diamalkan dalam mazhab lain. Sejauh mana kebenarannya, wallahu a’lam…

9 ulasan:

Hamba berkata...

Sila rujuk kepada Al-Quran' dan Hadis, kitab-kitab feqah dan pandangan-pandangan ulamak... jangan rujuk kepada seorag ustaz je...

Unknown berkata...

Salam YB,

kalau boleh, bila mengeluarkan sesuatu hukum, perlu disandarkan kepada nas-nas. Ana musykil sikit sebab dengan tindakan seperti di atas, macam membuka aib orang.

Wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

Mazhab Hanbali dan Maliki tidak membenarkan pernikahan gadis hamil. Tetapi Mazhab Syafie membenarkan pernikahan antara penzina berdasarkan ayat 3 Surah An-Nur. Jika anak yang lahir selepas 6 bulan bernikah, boleh dinasabkan kepada suami ibunya.

Kekacang berkata...

Tidak dinafikan ada pendapat Mazhab yang mengharamkan pernikahan semasa perempuan hamil. Tetapi bagi Mazhab Shafie dibenarkan, namun hukum berbinkan anak luar nikah kepada bapanya tetap salah. Memang anak luar nikah tidak termasuk dalam harta faraid si bapa.
Mungkin ada pendapat lain kot, tak tahu la. Wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

Utk hukum bernikah dgn p'puan yg hamil disebabkan zina, sebenarnya tak sama dgn hukum kahwin dgn p'puan yg hamil dgn cara yg diiktiraf syarak. Seorg itu blh menikah dgn p'puan yg mngndung dgn sbb zina td, tetapi jika anak itu bukan drpd si lelaki itu mereka tidak blh bersama (bersetubuh) sehinggalah anak itu lahir krn hadis Nabi "jgn seseorg itu menyiram siraman org lain"..sila rujuk ahsanul kala Syeikh Atiah Saqar.

fikrah islamiah berkata...

Pendapat ini bahaya dan mengelirukan umat Islam yang jahil. Soalan dan jawapan lima yang pertama itu bercanggah dengan amalan kita di sini. Minta pandangan sebegini tidak disiarkan kecuali sebagai bahan ilmu perbandingan mazhab yang boleh didatangkan hujjah masing-masing. Tapi yang jelasnya ruangan blog ini adalah kurang sesuai.

Tanpa Nama berkata...

Ingatlah "Jangan hampiri zina"...masalah2 yg timbul adalah "bala" kpd pelaku zina.
Hrp maklumat ini disebarkan supaya remaja dan org yg blh terjerumus melakukan zina berfikir berjuta kali sblm mahu "menghampiri zina".
Tidak mudah mencuci dosa yg merosakkan keturunan.
Berzina adalah dosa besar dan tiada kompromi bg mrk yg melakukannya setelah dtg kpdnya peringatan.Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Oleh itu kita kena menjauhi perbuatan zina.kerana ia bukan sahaja merosakkan agama, bangsa, keturunan dan hubungan kekeluargaan malah ia boleh menjadi pemusnah generasi akan datang...

armouris berkata...

info tentang wanita mengandung kat sini - Elak Dehidrasi Ketika Mengandung.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.