15 Oktober 2009

'Pertemuan sulit': Liow enggan ulas

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini enggan mengesah atau menafikan dakwaan bahawa beliau mengadakan 'pertemuan sulit' dengan seorang lagi Naib Presiden Datuk Kong Cho Ha.

Sebaliknya, Liow menggesa ahli-ahli parti itu supaya mematuhi perlembagaan parti dalam mencari penyelesaian terhadap krisis kepimpinan MCA.

Beliau juga ditanya mengenai desakan bekas timbalan presiden, Datuk Seri Chua Soi Lek dan bekas naib presiden,Datuk Seri Fong Chan Onn supaya kesemua ahli jawatankuasa pusat meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.

"Jawatankuasa pusat akan bermesyuarat dan memutuskan perkara itu," katanya.

Liow juga menggesa ahli-ahli parti itu supaya bersabar dan berhenti membuat spekulasi mengenai keadaan dalam parti itu sekarang.

Ditanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada bercakap dengannya mengenai masalah dalam MCA, Liow menjawab: "Tidak, PM tidak bertanya mengenai situasi dalam MCA tetapi beliau mahu melihat parti yang kuat."

Beliau juga berkata Najib mempunyai keyakinan penuh terhadap kemampuan MCA untuk menyelesaikan sendiri konflik yang dihadapinya.

MalaysiaKini/-

1 ulasan:

aku dr amin berkata...

masanya untuk MCA ada presiden baru. gembira la PAK najib