04 Oktober 2009

Syaitan Menggoda Keteguhan Iman

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahwa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas. Tranunugkite/-

3 ulasan:

Guru Tajwid berkata...

Assalamualaikum,

Di dalam al-Quran terlalu banyak ayat yang berbunyi:

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang bagi kamu"

Berulang-ulang kali telah ditegaskan oleh Allah tentang fakta ini.Iblis telah pun berjanji di hadapan Allah s.w.t bahawa dia tidak akan sekali-kali berhenti daripada terus menyesatkan umat manusia untuk bersam-sama dengannya di dalam neraka nanti.

Melihatkan kepada situasi masyarakat mutakhir ini nampaknya Iblis dan sekutu-sekutunya telah berjaya menyesatkan ramai manusia dikalangan kita.

Jadi,marilah kita berusaha dan berjihad bersungguh-sungguh dengan meningkatkan iman dan taqwa untuk berhadapan dengan Iblis laknatullah.Dan iman dan taqwa hanya dapat dicapai dengan cara kembali kepada kehidupan berlandaskan al-Quran dan sunnah.

Tanpa Nama berkata...

auzubillahhiminassyaitannirrajim

Tanpa Nama berkata...

mohon perlindungan dari syaitan yang di rejam