02 November 2009

35 anggota JAIS serbu ceramah Dr Asri

SUASANA sepi di sebuah rumah banglo di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay menjadi kecoh malam tadi apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

Seramai 35 anggota JAIS telah datang ke premis tersebut dengan tiga buah van pada jam 9.45 malam. Kedatangan mereka diiringi lebih 25 orang polis beruniform dalam kereta patrol.

Pada ketika itu, Mohd Asri sedang memberi ceramah kepada lebih 300 orang jemaah di dalam kawasan banglo milik Tuan Hj Yahya itu.

Ceramah agama yang bermula pada jam 8 malam itu terpaksa dihentikan setelah pegawai JAIS datang menyerbu.

Alasan yang diberikan oleh pihak JAIS ialah mereka menerima aduan dan terpaksa membuat penangkapan kerana Mohd Asri memberi ceramah tanpa tauliah.

Menurut anak tuan rumah, Norman Yahya, pegawai penguatkuasa JAIS telah memasuki banglo kira-kira jam 9.30 malam.

"Pada jam 9.30 ketika kuliah sedang berlangsung, pegawai JAIS memaklumkan kehadiran mereka adalah untuk menahan Dr Asri kerana memberikan ceramah tanpa tauliah," kata Norman.

Sementara itu, beberapa jemaah yang ditemui berkata, pihak JAIS telah menunggu selama setengah jam di luar banglo sebelum membuat serbuan.

Namun, seramai 50 orang jemaah bertindak menghalang penguatkuasa JAIS dan tidak membenarkan Dr Asri ditahan.

Untuk menenangkan keadaan, Mohd Asri telah ditempatkan di sebuah bilik di dalam banglo tersebut sementara proses perundingan dijalankan.

Senario menjadi sedikit tegang apabila penyokong Mohd Asri tidak mahu berganjak dan berkawal di hadapan bilik Dr Asri dan tidak membenarkan pihak JAIS mahupun polis memasuki bilik bekas mufti itu.

Sejurus selepas itu, kelihatan Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungip mengadakan perundingan bersama tiga orang peguam dan pihak JAIS dan polis.

Kesemua mereka bertanya kepada JAIS atas alasan apa Dr Asri hendak ditahan. Dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Sharom Maarof, Pegawai Penguatkuasa Agama, dengan nada yang keras, "Dia tidak ada tauliah untuk memberi ceramah..."

Sharom juga kelihatan begitu agresif untuk memasuki bilik Mohd Asri.

"Siapa yang halang kita buat tangkapan, kita akan tangkap juga," kata Sharom.


Pihak media menanti dengan setia di luar kawasan balai polis Ulu Kelang ketiak Dr Asri dibawa masuk untuk diambil keterangannya

Ketika ini, tiga orang peguam terpaksa menjadi orang tengah dan berbincang dengan pihak polis dan JAIS namun pihak JAIS enggan meninggalkan premis tersebut dan berkeras ingin membuat penangkapan juga.

Suasana berterusan menjadi tegang bila beberapa pegawai JAIS dan polis mengugut untuk menggunakan kekerasan seandainya penyokong-penyokong Dr Asri berkeras tidak mahu melepaskan Mohd Asri.

Pihak polis juga telah mengarahkan pihak media dan mereka yang tidak berkenaan untuk mengosongkan rumah.

Setelah keadaan berlarutan hingga 3 jam, Mohd Asri akhirnya dibawa keluar dari biliknya dengan diiringi oleh beberapa orang polis dan pegawai JAIS untuk dibawa ke balai Polis Hulu Klang untuk diambil keterangan.

Mohd Asri terus dibawa ke balai polis menaiki sebuah van tepat jam 12 tengah malam. Hanya peguam sahaja dibenarkan memasuki kawasan balai polis sementara pihak media dan penyokong Mohd Asri terpaksa menanti dengan setia di luar kawasan balai.

Setelah hampir 1 jam, Mohd Asri dibebaskan tanpa diambil apa-apa keterangan.

Namun kelibat pegawai JAIS dan van JAIS yang membawa Dr Asri ke balai polis langsung tidak kelihatan pada ketika itu. Dr Asri kemudiannya dibawa balik ke rumah Hj Yahya untuk sebuah sidang akhbar.

Mohd Asri telah diarahkan untuk menghadirkan diri di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada hari ini, jam 9 pagi untuk diambil keterangannya.Mstar/-

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya tidak faham..
kenapa orang yang hebat seperti Dr. Asri pon kena tangkap..
mujur dibebaskan..Alhamdulillah..

Ok berkata...

Memag le beliau dah lupus tauliah. Tetapi kita semua menyedari ilmu beliau, kenapa begitu sekali Jais ni.

nalapambu berkata...

Seorang bekas mofti yang berpendidikan tinggi tentang agama Islam pun tidak boleh berceramah tentang Islam.

Jikasekiranya beliau berceramah tentang Islam Hadhari pasti belliau tidak akan di tahan.

Tanpa Nama berkata...

UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG KEBENARAN MUTLAK HAK ALLAH JALANKAN UNDANG-UNDANG MENGIKUT KEBENARAN UNDANG-UNDANG ITU AKAN LEBIH BERKESAN DAN DIRIDAOI ALLAH

Tanpa Nama berkata...

padah bila pelawaan kerajaan untuk berkhidmat dengan mereka ditolak

Tanpa Nama berkata...

ajaran salafi wahabi diajar boleh mengeliru dan membawa perpecahan kepada umat islam. antara ustaz yg seangkatn ialah rasul dahri..antara ajaran doa qunuq, tahlil arwah bidaah..

Tanpa Nama berkata...

apa nak dipelikkan, JAIS ni kan barua UMNO, JAIS bekerja utk umno, umno menggunakan sultan untuk menekan institusi agama.PENGARAH JAIS =UMNO, PENGARAH MAIS =UMNO. 4 ORG SAHAJA YG BOLEH BERCAKAP SOAL AGAMA ISLAM DI SELANGOR, 1.SULTAN 2.PENGARAH MAIS 3. PENGARAH JAIS 4.MUFTI

Tanpa Nama berkata...

erm.. tgu komen Dr Hassan Ali plak... - Neo

Tanpa Nama berkata...

BN-UMNO dah pandai guna JAIS tak guna polis nak tangkap penceramah yg beri ceramah kat rumah...takut polis kalah lagi macam kes pemimpin PAS baru2 ni

Tanpa Nama berkata...

semua komen d atas semua hentam UMNgOk...
salah beb!!!
disini kita x boleh nk hentam UMNgOk, hal mcm nie mmg layak n sy berbangga sbb kerajaan dpt melumpuhkan ajaran WAHABI di MALAYSIA!!!

"SELAMATKAN ISLAM, JGN CEMARI SUNNAH NABI"

kenal dulu ASRI AL-WAHABI ni baru komen!!!

HANCUR2HANCURRR WAHABI...
"ZAMAN KEBANGKITAN UMAT ISLAM"

Tanpa Nama berkata...

Ramai mesti melihat isu di sebelah mana baru nak komen ikut selera kita. Cuba biasakan diri kita menilai mengikut kebenaran. Kalau nak hentam Dr Asri wahabi pun tak kena jugak sebab beliau bukan wahabi berdasarkan kenyataan beliau yang mengatakan beliau jarang @ kurang membaca/mengkaji kitab abdul wahab.Kita pun kena kaji apa itu wahabi dan cari maklumat2 berkaitan.Abdul wahab sendiri mengaku yang beliau adalah pengikut mazhab Imam Ahmad Hambali. Biasalah berbeza pandangan itulah timbul adanya empat mazhab yang tersohor. Apa hikmahnya iaitu menrungkaikan kesulitan. Bacalah tulisan beliau dan nilai sendiri apakah dakwaan memorendum Majlis Peguam Syarie itu betul. Saya sendiri ada juga kurang selesa dengan tulisan beliau kadang2 tetapi nilailah ikut kebenaran. Kalau pandangan beliau kena selera kita, kita puji tapi kalau tak ikut selera kita, kita keji. Amc macm ni. Ni sampai bila yang kita nak hentam wahabi dan Kaum yang dilabelkan Wahabi pun sampai bila nak timbulkan permasalahan khilaf2 ni..... Kalau kena tangkap biasalah tu sebab dulu Arwah Ishak baharom, TG nik Abd Aziz, Dr harun Din dan ramai lagi yang berkelayakkan pun kena serbu. JAIS kerja macam mana pun tak paham la saya pun. Emmm... akibat jabatan agama dibawah politik kannnnn.... Fikirla sendiriiiii...

Tanpa Nama berkata...

heran gak...masa jadi mufti ada tauliah...bila nak tak jadi mufti,hilang tauliah.(tak de tauliah).mesti JAIS cakap buat kerja atas alasan arahan... tapi sayang,mereka ni dikirakan berpengetahuan agama gak...berani gak halang agama Allah disebarkan.HEBAT tu...Ya Allah..ampunilah kami.......

Tanpa Nama berkata...

semua orang berlahak pandai...sbb tu bila ditegur melenting.patutkah agama Allah dihalang untuk disebarkan?

Tanpa Nama berkata...

nie semua takde kena mengena dgn Umno dan BN. Setahu aku Dr MAZA tak memihak pada mana2 parti politik pun, masa dia jadi mufti perlis hari tu pun Shahidan kassim (UMNO) yg propose dia utk jadi mufti. Yg pasti JAIS memang lahanat sundal dengki sgt dgn org lain nak buat baik. Aku anti sgt dgn JAIS nie, kerja diaorang nak memalukan org je takde pun nak elak maaruf nahi mungkar.

Tanpa Nama berkata...

jangan tuduh sembarangan.ada bukti ke beliau wahabi , beliau tidak gentar untuk berbahas dan telah membuat cabaran tetapi tiada siapa yang berani menyahut cabarannya. sebab itu juga tiada siapa dari jais hadir ke mahkamah hari ini. dalam ceramahnya beliau sentiasa rujuk kepada kitab imam syafie

david ahmad muniandy berkata...

wahabi kah atau tidak wahabi kah siasat dulu baru buat sebarang tuduhan...kuliah ini mengajar tentang agama kebaikkan rohani dan fizikal bukan dari segi ajaran sesat...sehingga harini sudah berapa kali kita berkhidmat untuk Allah....
tetapi ada sesetengah orang berkhidmat untuk Allah semata-matanya melawan Allah salah guna kuasa undang2 Allah....seperti JAIS si sharom tu....

Tanpa Nama berkata...

SIASAT DULU AJARAN SESAT DI SELANGOR...........
TU PUN BELUM HABIS LAGI DI SIASAT LA.......
ADA MASUK KE JAIS.......??????

ATAU NAK GLAMOUR KE...??????

Geng Muda berkata...

minta pandangan Drs berkaitan fahaman WAHABi... betul2 wujud ke sekadar nak buat2 isu....