16 November 2009

Keputusan batal ke Mekah, gagalkan usaha musuh

Ali Hashim

ALOR SETAR, 15 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membatalkan pemergian beliau ke tanah suci Mekah pada 18 November yang akan datang.

Beliau yakin keputusan yang telah dibuat oleh Nik Aziz telah berjaya mematahkan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan PAS dan mencemarkan imej Menteri Besar Kelantan itu sendiri.

"Isu yang cuba dipolitikkan ini membuktikan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan PAS.

"Keputusan yang telah diambil oleh Nik Aziz itu membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin yang mudah untuk menerima pemberian daripada seseorang," katanya

Namun ujarnya lagi, bukan semudah itu untuk menjatuhkan PAS yang sudah lama matang dengan sepak terajang politik tanah air.

Beliau juga yakin, beberapa isu yang sering ditimbulkan terhadap PAS, langsung tidak menjejaskan parti itu.

Apatah lagi, parti itu mempunyai mekanisma tersendiri menyelesaikan masalah yang ditimbulkan.

"Saya juga yakin dengan kepelbagaian isu yang timbul ini serta kejayaan PAS untuk menepis segala dakyah dan tuduhan membuktikan bahawa segala masalah yang melanda parti ini tidak akan menjejaskan PAS," katanya lagi.

Isu-isu yang bersifat serangan ini katanya kan lebih mematangkan lagi ahli-ahli PAS apabila satu persatu daripada serangan musuh dapat ditangkis dengan mudah.

"Dengan semangat perjuangan yang ada serta kematangan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS maka apa jua isu yang cuba dipoltikkan oleh pihak lawan sudah pasti akan dapat diatasi dengan mudah," katanya.Harakahdaily/-

3 ulasan:

Unknown berkata...

Sepatutnya TGNA tak batalkan hasrat itu. Bukankah itu satu pemberian, bukannya rasuah. Ini bukan kali pertama TGNA pergi ke Mekah melalui pemberian tajaan seumpama itu.

david ahmad muniandy berkata...

Jangan lupa dunia ini ada zahir dan batin tetapi bukannya guna secara sesuka hati atau salah guna zahir dan batin itu....

Mekah adalah salah satu destinasi yang amat jauh dan kita sebagai rakyat sudah tahu impian tuan guru hendak pergi menunai haji walaupun itu hanya zahir sahaja tetapi secara batinnya dalam hati tuan guru pun dah sampai dan tercapai impiannya.

kalau orang islam cukup hasrat dengki menyekat laluan seseorang menunai haji satu hari nanti dia teringin nak menunai haji dia pun kena minta ampun maaf dari seseorang yang dia menyakiti itu sebab perbuatan pengyekatan keatas impian seseorang yang disakiti selagi seseorang masih hidup...jangan tunggu sehingga orang itu dah meninggal, hati teringin hendak menunai haji minta ampun taubat dari Allah masa itu pun sudah terlambat, ingat pada masatu hendak sembahyang taubat ingat Allah boleh terima solat diri andakah.

walaupun Quran dan hadis tiada kata benda macamni tetapi saya cakap pasal kemanusiaan.

Tanpa Nama berkata...

apahal samer2 Islam nak dengki ker?
tuan guru nak gi haji wat pahala...
yg dengki tu sebab apa?
biasa nya syaitan yg menghalang umat Islam mendapatkan pahala....
SPRM... pikirkan la dosa yg patut korang tanggung...
duit gaji jadi darah daging anak bini...
kalo anak otak lembab, salahkan diri sendiri sebab duit yg tak berkat...
kiamat da makin dekat...
bawa2 la bertaubat...