16 November 2009

400 rumah dilanda banjir di Lenggong


LENGGONG, 14 Nov: Banjir yang melanda lebih 400 rumah termasuk masjid, surau, sekolah agama rakyat, dewan serbaguna, dewan Tabika Kemas, dewan orang ramai premis kedai dan lain-lain di taman dan beberapa kampung dekat sini mendapat perhatian PAS Perak.

Sebanyak 30 mangsa banjir di beberapa kampung di sini yang dianggap paling layak menerima bantuan, diberi sumbangan berupa beras dan barangan dapur ala kadar oleh Pesuruh Jaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain sehari selepas banjir besar baru-baru ini.

Ustaz Abu Bakar yang datang bersama Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ustaz Misbahul Munir Masduki turut membuat penyerahan sukarelawan daripada Unit Amal (UA) dan pemuda-pemuda PAS tempatan yang ditugaskan untuk membersih rumah-rumah mangsa banjir.

Kehadiran mereka berdua yang sampai jam 10.45 pagi disambut oleh Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria serta AJK PAS Kawasan. AJK Dewan Pemuda PAS Lenggong dan anggota-anggota UA di Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) Kota Tampan Air.

Sebelum itu YDP PAS Lenggong, Razman Zakaria seawal jam 3 pagi melawat rumah-rumah mangsa di Taman Kota Tampan (TKT) dekat sini.

Beliau yang bersimpati dengan nasib dialami 72 keluarga dari lapan blok rumah awam di TKT itu sanggup mengharungi air bersama mangsa untuk melihat lebih dekat derita penduduk.

Beliau sempat berbual dengan seorang ketua keluarga di TKT, Ghazali Abdullah, 62, yang tinggal di dalam rumahnya bersama isteri dan seorang cucu, di mana sejak 19 tahun tinggal di situ itu pertama kali dilanda banjir lumpur.

(Gambar: Razman melawat mangsa banjir)

Ghazali, ketika ditemui, berkata kerana tidak menyangka sama sekali banjir akan berlaku sebesar itu, dia dan isterinya tidak sempat berbuat apa-apa menyebabkan banyak barangan berharga di dalam rumah mengalami kerosakan.

"Peti ais, mesin basuh, sofa, karpet, tikar, almari, katil, tilam dan lain-lain rosak tidak sempat diselamatkan apabila air naik dengan deras hingga separas hampir semeter di dalam rumah," katanya.

Ghazali berkata, akibat pelbagai barangan di dalam rumahnya rosak, dia mengalami kerugian kira-kira RM5,000, manakala malam kedua berlaku lagi banjir barangan-barang sama tidak dapat diselamatkan juga,' katanya.

Selain rumah Ghazali, Razman sempat melawat mangsa-mangsa lain, termasuk masyarakat Cina dan India yang turut menjadi mangsa banjir lumpur malam partama itu.

Sementara itu, banjir lumpur dua malam berturut-turut itu adalah akibat limpahan air Sungai Kerok selepas hujan lebih enam jam pada malam pertama dan lima jam malam kedua.

Banjir yang berlaku mulai jam 12.30 malam hingga jam 8 pagi itu turut dialami lebih 30 keluarga di Kampung Banggol Batu, lebih 30 keluarga di Kampung Banggol Belimbing dan lebih 20 keluarga di Kampung Chain dan Batu Dinding.

Premis-Premis lain yang turut ditenggelami air berlumpur kuning ialah Masjid Banggol Batu, Dewan Tabika Kemas Banggol Batu dan Dewan Orang Ramai Banggol Batu.

Di TKT, dua bangunan Sekolah Agama Rakyat turut ditenggelami air menyebabkan berlaku kerosakan ke atas beratus-ratus buku teks selain al-Quran, kitab, malah set komputer turut rosak dimasuki air lumpur.

Turut di landa banjir di TKT ialah Dewan Serbaguna TKT, Surau TKT dan lima buah kedai, manakala berpuluh kereta dan motorsikal turut ditenggelami air. Harakahdaily/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kg mertua ana tu.skit je lagi nk kena.simpati pd jiran2.YB PARLIMEN LENGGONG,duk tmn tu jugak.apa yg di adh buat?keta 3 bijik dia ok?estima?harrier?perdana?selamat?hehe.baru 2 thn stgh jd yb.

Tanpa Nama berkata...

PA Haji Razman YDP Lenggong-YDP Kawasan pun ade Mercedes E 200 kompressor(Jermany Spec),Perdana,Lexus LX SUV,Harrier,Estima special edition...tak heran coz beliau Chairman RNB Total Logistik(Mantan Pengarah Kanan KASTAM Malaysia)..sok..sek..sok..sek..ade org duk mula canang YDP mewah mcm tu coz die dulu dlm jabatan duk amik rasuah..tak tau la sapa yg gatal mulut,so sebagai pa beliau saya cabar individu terbabit pamerkan dan dedahkan bukti tuduhan yg mula disebarkan kalo tak fitnah tsb memungkinkan mendapat ganjaran dr Allah dlm bentuk ganjaran dosa besar...nauzubillahiminzalik...sia2 jer duk beramal..em..MP BN Lenggong,memang tak reti n bengong,siap sogok ongkos lagi kpd wartawan sinar harian edisi hulu perak tuk pastikan mana2 artikel berkaitan PAS Lenggong lambat keluar,lari tajuk n tak keluar terus mcm jamuan hari raya ydp tempohari ape punya bengap punya wartawan g dok post tang org lama2 duk bakar lemang n duk create story tradisi org melayu menyambut raya..eh..ape dah..punya bodoh...view la gambar yg org tengah duk berpusu-pusu mai tu tongong..pas tu plak bila pegawai perhubungan media YDP cr Alternatif lain dlm mengusahakan gerak kerja di lenggong dlm pengatahuan khalayak yg memaksa pegawai media menghantar artikel ke sinar harian negeri,sekarang wartawan sinar harian hulu perak tu duk sama2 sibuk hantar kat kolum negeri plak..eh jaga ko punya kolum hulu perak tu sudah la..kita nak kasi tau rakyat saja ape yg pimpinan kita buat apesal ko wartawan sinar harian hulu perak gila mangkuk punya budak..ha postkan banyak2 giler.giler.gileeeeeeeeeeeeeer gambar MP BN Lenggong tu dlm page ko kan tercapai hajat MP yg tolol lg bahlul ye la org ngaji level STPM mana ade tanjak nak berfikir mc YDP yg double MASTER PUBLIC ADMINISTRATOR n Syariah tak silap...siap mantan pengarah kanan kastam malaysia lagik..die tu dulu balik lenggong ngajar bahasa melayu(duk crite live story mahadhir jer dlm kelas..selit..selit.."tak salahkan,saya mengingatkan anak murid tengtang betapa susahnya chedet masa sekolah terpaksa jual goreng pisang").agak2 dia ckp mcm ni la...akhir kata aku rasa nak ludah si budak mustakim sinar tu dulu dia ckp kat aku wartawan ni ade etika n tak boleh memihak apatah lagi berat sebelah,tuih....babi punya haram punya ckp...

Tanpa Nama berkata...

amboi..sedap mulutnya bercakap,,tidakkah enta terfikir yg beribu2 org akan membaaca apa yg enta tulis?ini akan menjejaskan imej kita imej PAS..pls think b4 u talk..

Tanpa Nama berkata...

ada jugak ke org pas mcm pa hj razman ni ye? Elok dok dalam umno lagi baik la..... Hj Razman cari la PA lain, rase2 tak sesuai kot,