11 Disember 2009

Hebahan Sumbangan Program Hari Keluarga Orang Asli Dan Camp Back To School Untuk Anak-Anak Orang Asli

Sekretariat program Hari Komuniti dan Camp Back to School Orang Asli

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa kami merupakan sekretariat program Hari Komuniti dan Camp Back to School Orang Asli. Program ini adalah anjuran Darul Fitrah Service Centre bersama Pertubuhan Kebajikan Wanita Selangor (PEKAWANIS) dengan kerjasama kekuatan sukarela dari Protraining Resource & Consultancy (PROtraining). Program akan berlangsung pada:

Tarikh : 25- 27 Disember 2009

Tempat : Pusat Rekreasi Serendah, Rawang.

Sehubungan itu, kami memohon sumbangan yang akan disalurkan kepada orang asli ketika program tersebut. Sumbangan tersebut boleh dihulurkan dari segi perkhidmatan, wang tunai atau barangan keperluan harian(eg:beras,susu, pakaian,dsb) atau alatan persekolahan(eg:beg,alat tulis,buku,pakaian).

Justeru itu, bantuan boleh disalurkan melalui DARUL FITRAH SERVICES CENTRE Bank Islam Malaysia Berhad (No Akaun: 12038010067123) beralamat No 10B, Tingkat 2 Blok 4, Worldwide Bussiness Centre, Seksyen 13, 40675 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,MALAYSIA.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi Cik Nur’Atiqah Norhalim (013-9695874) atau Muhammad Zaim bin Rosli (013-9009332)

Sekian, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak tuan memberi perhatian terhadap permohonan ini.

HarakahDaily.Net/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ustaz yb,

Saya berpendapat inilah masanya elok kita gunakan wang zakat. Penggunaan Wang Zakat yang sewajarnya akan menarik lebih banyak hikmah dan rahmat yang masih tersembunyi dari arah yang tidak kita ketahui. Wassalam.

LebaiKampong