06 Disember 2009

KELUHURAN PERLEMBAGAAN: PEGANGAN PIMPINAN MASA HADAPAN MESTI KUAT

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat menyokong penuh titah Raja Muda Perak, Dr Raja Nazrin Shah meminta masyarakat agar menolak politik kebencian dan sebaliknya menerima pakai amalan demokrasi bertamadun berasaskan kepada ciri hormat menghormati dan bertimbang rasa untuk menjadi Malaysia lebih makmur.

DPPN Pk bersenpendapat dengan titah Dr Raja Nazrin Shah tersebut dengan melihat ada usaha pihak-pihak tertentu membakar semangat kebencian antara kaum dan juga usaha mematikan demokrasi jelas berlaku kerana pelenggaran peranan dan tanggungjawab kepada yang telah diberikan amanah atas kepentingan tertentu.

DPPN Pk meminta pihak-pihak tertentu supaya agar tidak mengheret bersama Institusi Istana, Sistem Kehakiman, Badan Beruniform dan Pegawai-pegawai Awam terlibat sama dengan agenda mereka. Apabila dilihat penglibatan mereka inilah menyebabkan runtuhnya sistem bernegara yang jelas di langgari tanpa memikirkan akibatnya.

DPPN Pk yang pernah merafak sembah Dr Raja Nazrin Shah telah membincangkan perkara tersebut dan komitmen DPPN Pk untuk terus memperjuangankan agar semua Institusi yang menjadi asas Perlembagaan sesebuah negara tidak dicemari.

Bahkan DPPN Pk meminta generasi pelapis kepimpinan negara agar memastikan keluhuran Perlembagaan menjadi asas pegangan pembinaan negara kelak. DPPN Pk berharap golongan ini akan bangkit menegakkan kebenaran dan memperjuangankan keadilan.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: