19 Disember 2009

Selamat berkonvensyen, antara harapan dan realiti ..

Perhatian pada hari ini diarahkan kepada Konvensyen Pakatan Rakyat yang akan berlangsung di Shah Alam dan sekali gus menyaksikan seriuasnya pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat yang ingin menyaksikan PR akan terus menguat dan dipacu dengan lebih mantap dan bersepadu sesuai dengan kehendak rakyat Malaysia yang mahukan sebuah wadah parti politik baru untuk menerajui tampuk politik tanah air di masa akan datang.

Kerana itu saya merasakan perkara yang lebih penting dari Konvensyen ini ialah kerja-kerja pakatan di peringkat negeri dan kawasan di semua negeri di seluruh negara yang akan turut menguat selepas dari ini.

Segala arahan dan tindakan yang bermula dari keputusan di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi di peringkat kebangsaan diperturunkan ke negeri dan peringkat akar umbi.

Sekiranya itulah susuatu cetusan dan keputusan dari konvensyen yang belaku pada hari ini, itulah harapan dan realiti yang saya rasakan paling penting sehingga Pakatan Rakyat dilihat telah benar-benar kuat dan mengambil tempat BN yang semakin goyang dan tidak dipercayai oleh rakyat.

Kemenangan tipis BN dalam undi bajet beberapa hari lepas adalah isu yang terbaik untuk diguna pakai bagi membukti dan menyakinkan rakyat bahawa BN sebenarnya dalam keadaan sangat lemah pada masa ini.

Dari jauh dan dekat, semua yang hadir pada hari ini adalah pimpinan tertinggi semua Parti di peringkat Kebangsaan, Negeri dan Kawasan . Kerana itu sesuatu yang penting juga akan berlaku hasil kesefahaman yang berlaku dan akan diambil pada hari ini.

Amat diharapkan semuanya tidak akan balik dengan tangan kosong melainkan dengan satu tekad untuk menguatkan Pakatan Rakyat di tempat dan posisi masing-masing.

Melihat apa yang ada di Perak, sebenarnya saya tegaskan sepanjang Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan, Parti telahpun mengusai kerajaan dan kekuatanya berada dikemuncak dengan sekaligus Pakatan Rakyat juga mengusai Kerajaan melalui mesyuarat majlis Pimpinan Tertinggi ketiga-tiga parti yang diadakan pada setiap minggu sebelum mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak.

Kekuatan ini terus dijana sehingga sekarang bila Sekretariat Pemuda PR Perak yang ditubuhkan dan diikuti oleh Wanita beberapa hari yang lepas.

Selain itu dalam bulan ini semua kawasan parlimen telah menubuhkan Sekretariat peringkat parlimen dan telah bermesyuarat.

Bermakna sebelum berakhirnya tahun 2009, Perak telah cuba kedepan dalam mengurus apa yang dinamakan "Pakatan Rakyat".

Tiada ulasan: