07 Januari 2010

Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Ditemui Mati Dalam Kereta

IPOH, 6 Jan :- Seorang ahli perniagaan berusia 75 tahun dan bergelar Datuk ditemui mati dalam keretanya yang tersadai Jalan C. M. Yusof di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata mayat Datuk Ting Liong ditemui pada 12.30 tengah hari oleh orang awam yang menghubungi polis.

Beliau berkata polis yang menyiasat kemudian turut menjumpai sepucuk pistol di sisi mayat yang tersandar pada kerusi pemandu itu.

Azisman berkata mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan punca kematian disahkan akibat serangan jantung.

Katanya ahli perniagaan berkenaan memiliki lesen senjata yang sah dan difahamkan beliau sentiasa membawa pistol ketika berada di luar rumah.

Mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya dari Taman Canning di sini.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: