28 Januari 2010

APA YANG HANG MEREPEK NI MIDAH !

12 Safar 1431H
OLEH: JJ Anak Desa (http://www.joharapat.blogspot.com)


Sekoyong koyongnya berkatalah ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar Harian tempatan hari ini, spekulasi yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) berhubung pembubaran DUN setelah Mahkamah Persekutuan membuat kepada 9 Februari depan mengenai siapa Menteri Besar yang sah dilihat sebagai menghina institusi kesultanan di negeri ini

Midah bersuara lagi, kenyataan itu tidak sewajarnya dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat kerana umum mengetahui kuasa pembubaran DUN adalah hak mutlak Sultan Perak.

Apalah yang hang merepek ni Midah, siapa pulak yang nak hina institusi kesultanan di Perak ni. Hang dengo baik baik kenyataan Dato' Seri Nizar saperti dilaporkan akhar yang sama hari ini juga, Pakatn Rakyat akan meneruskan membubarkan DUN SEKIRANYA keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Febihak kepada beliau dan Pakatan Rakyat

Faham betul betul perkataan `SEKIRANYA'. SEKIRANYa keputusan itu memihak kepada Nizar, beliau akan menghadap Sultan Perak pada hari yang sama untuk memohon DUN dibubarkan.

Semua orang tahu kuasa membubarkan DUN adalah kuasa Sultan Perak. Nizar pun tahu. Cuma Nizar kata apabila keputusan mahkamah memihak kepadanya barulah dia menghadap Sultan Perak untuk mohon DUN dibubarkan.

Tidak timbul kenyataan Pakatan itu mengina Sultan Perak, tidak ada siapa yang hendak menghina Sultannya sendiri. Faham tak Puan Midah.

Berkata lagi Hamidah, kenyataan Pakatan Rakyat itu seakan akan memberi tekanan kepada sistem kehakiman di negara ini kerana ianya melangkaui batas kuasa yang ada seolah olah telah mengiktiraf kemenangan PR walaupun mahkamah belum membuat keputusan.

Puan Midah oi, siapa pulak yang memberi tekanan kepada hakim hakim atau badan kehakiman. Tak ke pemimpin pemimpin BN selalu kata badan kehakiman di negara ini bebas, macam mana pula hang kata kenyataaan PR itu boleh memberi tekanan kepada institusi kehakiman?

Yang boleh memberi tekanan ini adalah orang ada kuasa, PR tak ada kuasa. Lagipun hampa kata institusi kehakiman bebas, macam mana pula badan kehakiman negara ini boleh menerima tekanan daripada PR . Jangan merepeklah Midah.

Hang tahu tak, yang menerima tekanan perasaan ini Nizar dan pimpinan PR dan penyokong penyokong PR kerana sudah dua bulan keputusan belum diketahui. Baru sekaranglah reda sedikit tekanan apabila diberitakan keputusan akan diketahui pada 9 Februari .

Namun debarannya kianterasa dan kian kencang. Apa pimpinan Umno tak risau ke? Atau degup jantung semakin kuat resah gelisah menunggu hari penentuan.

Berkata lagi YB Hamidsah, PR tidak sewajarnya mengerluarkan kenyataan begitu. Spekulasi berkenaan juga bakal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan rakyat hingga boleh mengakibatkan wujudnya ketidakstabilan politik di negeri ini.

Mana lebih mencelarukan rakyat, spekulasai itu ke atau tindak tandak Umno/BN selama ini?. Negeri Perak telah mencatatkan sejarahnya tersendirinya apabila mandat rakyat telah dikepikan dan `diterajang ke longkong', berlakunya rampasan kuasa. Umno/BN Perak bukan mengambnil alih pemerintahan dari PR, yang sebenarnya BN rampas kuasa dari PR. Tidakkah rakyat jadi celaru haru biru memikirkannya?.

Apabila tragedi rampasan berlalu, wujudlah dua Menteri Besar, lepas itu dua Speaker Dewan Undangan Negeri, wujud dua ketua kampung. Siapaklah yang sebenarnya mencelarukan keadaan di negeri ini?.

Rakyat jadi celaru bila wujud dua ketua kampung di awal rampasan kuasa yang dilakukan BN dahulu, wujud dua Speaker. Yang lebih mencelarukan fikiran rakyat macam mana bajet Kerajaan BN Perak boleh lulus apabila Menteri Besar BN membentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu dalam masa tidak sampai setengah jam dan diluluskan tanpa dibahas.

Macam mana kestabilan politik hendak wujud jika Umno/BN ambil kuasa cara tidak betul, rampas kuasa, ambil kuasa pemerintah secara tidak bermoral. Ini menyebabkan ketidakstabilan politik.

Itu sebabnya cara terbaik bagi mengatasi semua masalah dan kecelaruan ini, serah balik kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan mana yang mereka mahu. Oleh kerana itu DUN perlu dibubarkan. Memang tepatlah pendirian Ir Nizar itu, jika keputusan Mahkamah Persekutuan mem!ihak kepadanya, Nizar bukan mahu rebut jawatan Menteri Besar tetapi mahu mengembalikan kuasa kepada rakyat. Biar rakyat tentukan. Ini baru betul.

Lain kali jangan merepek lagi Puan Midah oii

15 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

dungu midah ni....

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Orang berkepentingsn akan bercakap tidak menurut/atas dasar kebenaran.

KEPENTINGAN SENDIRI DIDAHULUKAN,
PROJEK, SAHAM DAN DUIT POKET DIUTAMAKAN.

APA NAK KISAH, AKU DAN PENYOKONG2 AKU YANG LEBIH PENTING, RAKYAT...YANG SOKONG AKU JE YANG AKAN DAPAT...

azka berkata...

salam
teringat kes 2 ketua kg ni lama dah kat kelantan. ingat lagi lawak macam gampan masa sekolah2 dulu klu nak cop apa2 kena cari tok penghulu bn, pas tak laku... haha

lawak betul, aku pon blur masa tu.

Tanpa Nama berkata...

Faham faham ajalah dengan sikap bangsa UMNO ni.. Dia orang ingat semua perkara hendak diputarbelitkan..setiap apa yang baik yang mahu dilakukan oleh PR semuanya mereka anggap tidak ikhlas dan hamya mahu mempertahankan kuasa politik PR saja..mereka sering membuat andaian yang sengaja untuk menunjukan keburukan PR..jd PR kena faham benar akan sikap speisis bangsa ini..

Tanpa Nama berkata...

bubar saja DUN kalau siapa menang, biar serah kepada rakyat

Tanpa Nama berkata...

kalau tak bubar DUN penakut namanya

Tanpa Nama berkata...

Serah pada rakyat yang bebas buat penilaian, mahkamah tak semestinya telus

Tanpa Nama berkata...

bodoh piang....macam boleh jadi yb..

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat YB Umno bodoh dan bangang...mcm penyokong nya dan seangkatan dengannya....

Tanpa Nama berkata...

Alahai Midah, buat statement dapat juga gambar masuk akhbar ya!!!

SEKIRANYA, YA SEKIRANYA Midah ni jantan dah tentu aku ajak dia bersilat. Tapi aku pasti Midah ni bukan jantan.

dak umn__ berkata...

hissh..jngan marah kat diaa...diaa kan perempuan...kesian la kt dia...kak Midah...kalau akak nk selamat jangan bising jngan bercakap.. itu la ini la ..duk diam diam je lgi baik...lagi bnyak akak ckap lgi org2 akak tahu akak cam ne...hisss..akak ni apa laaa...

Tanpa Nama berkata...

Sedar tak kita....bila puak UMNO buka mulut jer...akan timbullah kenyataan yang tiada asas,tidak akademik,tidak ikhlas,tidak relevan dan tidak,tidak,tidak lagi...jadi ambo nasihat jangan buka mulut la...ngaji dulu deh....Ambo nasihat jooo...

david ahmad muniandy berkata...

tak tak si midah bekas kekasih lama zambry kot, mengapa betul atau salah si midah tetap sokongkan zambry???

mungkin masuk alam akad nikah ibubapa zambry menolak mereka berdua akad nikah jadi pernikahan mereka berdua terputus begitu sahaja jadi kenangan masih ingat dalam hati mak cik midah tu.....alahai....

Tanpa Nama berkata...

ape la,, kak midah ni.. buang tabiat umno tu.. yg suka tipu org kampung. sekarang ni kak midah sedar x? org kampung skrang ni semuanya dah cerdik... org asli pun dah cerdik kak midah tau?...

Tanpa Nama berkata...

mak cik midah takut pada bayang-bayang.Apa nak takut midah kalau pilihan raya semula...rakyat sekarang kan dah memihak kepada UBN...pasti BN menang besar nanti...