14 Januari 2010

(INGATAN) Potong bajet 2010, sekolah di Malaysia gawat

27 Muharram 1431H
Email : Rozmal bin Malakan

Dibawah ini tiga artikel dari Utusan, Berita dan Sinar Harian yang menggambarkan suasana dasar pelajaran negara yang makin gawat.

Artikel 1 – Keluhan ibu bapa akibat bajet Kementerian Pelajaran yang dipotong tahun 2010 mengganggu banyak perjalanan sekolah. (Semalam sebuah sekolah elit di Seremban diarahkan hanya boleh buka kipas di bilik darjah selepas jam 9 pagi).

Artikel 2 – Siswazah lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris sukar mendapat pekerjaan sebagai guru. (Perkara ini boleh diatasi sekiranya lebih banyak sekolah dibina dan sekolah yang sedang dibina siap mengikut jadual)

Artikel 3 – Pelajar sekolah yang yang tinggal di asrama perlu balik rumah setiap minggu untuk mengelakkan bayaran tambahan.

Apakan daya, isu lain lebih menjadi tajuk utama akhbar-akhbar di Malaysia.

Lagi satu sikap kita. Tak apa , anak orang yang susah , bukan anak kita.

************ *********
Artikel 1
Bantuan sekolah dipotong?
Utusan Malaysia 11 Jan 2010

DI waktu perhimpunan sekolah di hari yang pertama, saya amat terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Guru Besar sekolah anak saya, iaitu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat sedikit pemotongan terhadap peruntukan tahunan ke sekolah-sekolah berbanding dengan bantuan yang diberikan pada tahun lepas.

Dalam pengumuman itu juga, pihak sekolah telah memaklumkan bahawa, beberapa aktiviti-aktiviti sampingan terpaksa dibatalkan atau dikurangkan demi menampung sejumlah kecil peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah.

Tuisyen-tuisyen tambahan terpaksa dikurangkan atau dibatalkan kerana elaun khas guru untuk mengadakan tuisyen tambahan juga telah ditarik balik. Ini akan membuatkan ibu bapa terpaksa mendapatkan pembelajaran tambahan melalui pihak swasta.

Oleh itu, bagi ibu bapa yang berkemampuan ia tidak menjadi masalah, bagaimana pula dengan ibu bapa yang pendapatannya hanya cukup untuk makan dan keperluan harian sahaja? Maka, tidak dapatlah pelajar-pelajar yang ibu bapanya kurang kemampuan mendapatkan ilmu tambahan.

Sudahlah baru-baru ini kerajaan telah membuat pengumuman mengenai kenaikan harga gula, sekarang pula telah mengurangkan bantuan tahunan ke seluruh sekolah-sekolah. Oleh kerana kurangnya bantuan tersebut, pihak sekolah juga telah memaklumkan mengenai kenaikan yuran PIBG yang perlu dibayar oleh para ibu bapa.

Bagaimana pula dengan murid-murid di sekolah-sekolah yang berada di perkampungan dan juga di luar bandar yang rata-rata dari ibu bapa mereka berada miskin dan kurang berkemampuan, adakah sekolah ini juga senasib dengan sekolah di bandar-bandar yang telah dipotong bantuan tahunan? Bagaimana dengan sekolah tersebut ingin mengadakan persekolahan tambahan atau tuisyen-tuisyen tambahan, dengan mempunyai kekurangan dana?

Saya yakin, kutipan PIBG dari pihak ibu bapa pelajar di luar-luar bandar amat sedikit dan tidak mencukupi untuk membantu sekolah.

Ramai juga ibu yang merungut terhadap kenaikan yuran PIBG seperti yang diumumkan oleh Guru Besar tadi. Rata-ratanya mula menyalahkan pihak kerajaan kerana tidak prihatin dan tidak bertanggungjawab terhadap keperluan dan kehendak persekolahan. Ramai yang mula menuding jari kepada kelemahan pihak kerajaan dalam menguruskan kewangan sehingga terpaksa memotong bantuan persekolahan. Apakah, kerajaan telah kekurangan duit atau mahu menumpukan projek-projek yang besar?

Sepatutnya kerajaan harus menolak atau membatalkan untuk memberikan subsidi kepada gula tetapi berikan subsidi itu kepada seluruh pelajar-pelajar sekolah baik sekolah rendah mahupun menengah. Wujudkan persekolahan percuma dengan seluruh bantuan diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah. Saya yakin, jumlah yang diperlukan tidak sampai pun jumlah yang sama kerajaan berikan untuk subsidi gula. Bukannya gula itu mendatangkan kebaikan, malah lebih banyak keburukan dan lebih bahayanya gula berbanding dengan kepentingan pelajaran. Tapi kenapa kerajaan lebih pentingkan gula dari pelajaran?

Saya amat yakin, hampir seluruh rakyat Malaysia akan setuju dengan pandangan saya untuk menghentikan subsidi gula jika subsidi tersebut dapat dialihkan kepada subsidi pelajaran atau pembelajaran percuma.

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2010&dt= 0111&pub= Utusan_Malaysia& sec=Forum& pg=fo_01. htm


************ *******
Artikel 2
Graduan pendidikan UPSI kecewa kementerian utamakan guru sandaran, DPLI
Berita Harian 12 Jan 2010

SEBAGAI graduan pendidikan saya ingin berkongsi isu penempatan guru dan lambakan graduan pendidikan yang sering digembar-gemburkan.

Melihat realiti di sekolah, jumlah Guru Sandaran Siswazah Tidak Terlatih (GSTT) terlalu ramai. Ketika saya menjalani praktikum di Kuala Lumpur, ada sekolah mempunyai lebih 15 GSTT.

Mereka ialah graduan yang tiada iktisas dalam bidang pendidikan iaitu tiada kemahiran dan kaedah pengajaran (pedagogi) khusus.

Mengapa mereka diberi tempat sedangkan graduan yang ada iktisas khas dalam bidang perguruan masih menunggu penempatan. Apa yang musykil, GSTT hanya diberi kontrak setahun, namun baru-baru ini (Januari 2010) ia diteruskan sehingga Disember.

Unjuran pengambilan graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) terlalu ramai. Saya ialah graduan sulung subjek Pendidikan Moral dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program Pendidikan Moral di UPSI mempunyai lebih 600 mahasiswa (tahun pertama sehingga keempat).

Tahun depan hampir 100 mahasiswa tamat pengajian. Persoalannya, pada pengambilan Julai lalu, 500 graduan DPLI program Pendidikan Moral diambil Kementerian Pelajaran.

Ia mewujudkan saingan bagi junior saya, sedangkan jumlah penempatan diunjurkan sedikit. Kementerian memaklumkan hanya subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris diberi keutamaan. Justeru, pengambilan DPLI harus diunjur pada kadar munasabah.

Bukan takutkan persaingan, namun jika kita memiliki graduan khusus yang memiliki pedagogi empat tahun dalam jurusan pendidikan, mengapa 500 DPLI diberi keutamaan.

Semua DPLI adalah tajaan biasiswa kementerian, sudah tentu penempatan mereka diutamakan. Inilah persaingan sengit menjadi ‘laba’ kepada jumlah ‘lambakan’.

Daripada dua isu yang saya berikan, kementerian harus mengkaji kaedah terbaik mengenai unjuran dan penempatan. Saya menyokongnya namun agak meragukan apabila jawapan menteri hanya: “semua graduan harus bersaing untuk dapat tempat dalam bidang perguruan.”

Ini bermakna graduan institusi pengajian tinggi yang memiliki ijazah khusus dalam jurusan pendidikan harus bersaing dengan anak susuan yang terlalu ramai seperti DPLI dan GSTT yang diberi keutamaan.

Bukan niat mengagungkan graduan pendidikan atau menidakkan potensi DPLI atau GSTT, namun saya terpanggil untuk meluahkan rasa tidak puasa hati graduan pendidikan yang memiliki ilmu pedagogi selama empat tahun.

Sudahlah gigih belajar, kini terpaksa pula bersaing dengan mereka yang hanya memiliki iktisas kurang setahun (DPLI) atau guru kontrak di sekolah (GSTT). Timbang taranya mudah, kurangkan DPLI dan GSTT bagi memberi laluan kepada graduan pendidikan.

HAIRUL FAIEZI
LOKMAN,
Graduan Pendidikan Moral, UPSI 2005-2009.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Surat/20100112011353/Article/index_html

************ ********* ********
Artikel 3
Runding elak keliru yuran makanan
Sinar Harian 12 Jan 2010

PERTANG - Ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak-anak ke asrama harian, sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan, dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negara mempamerkan reaksi berbeza berhubung bayaran yuran makan asrama.

Penjaga yang ditemui, Roslilawati Baharom, 36, dari Taman Desaru, Seremban berkata, dia kurang faham mengenai isu tersebut dan memohon pihak sekolah dapat berunding dengan ibu bapa secepat mungkin bagi memastikan masalah itu tidak semakin teruk.

Menurutnya, bayaran yang dikenakan agak tinggi berbanding sebelumnya tetapi ia tidak menjejaskan pembelajaran anaknya kerana perkara yang paling penting ialah anak-anaknya berpeluang mendisiplinkan diri ketika melalui kehidupan di asrama.

“Bagaimanapun, saya berharap supaya masalah peningkatan bayaran makan asrama ini akan menjadi pemangkin kepada anak-anak untuk belajar lebih rajin kerana bukan mudah ibu bapa dapat mengumpul duit memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna,” katanya.

Dia berkata demikian ke:tika ditemui pada Majlis Penutup Minggu Silaturahim Asrama 2010 di Dewan Seri Purnama Sekolah Kebangsaan Petaseh (Berasrama).

Kamariah Jaffar, 40, dari Taman Sikamat Utama, Seremban, pula berkata, jika dilihat secara positif, bayaran yuran makan asrama yang dikenakan relevan kerana jika dihitung bayaran anak-anak yang tinggal di luar asrama lebih besar berbanding RM3 sehari yang dikenakan.

"Paling penting sejauh mana anak-anak mampu berdikari dalam menguruskan kehidupannya sendiri di asrama bersama-sama rakan lain untuk membentuk sahsiah diri unggul sebagai pelapis modal insan kepimpinan negara," katanya.

Sementara itu, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu, Anuar Esa berkata, beliau berharap ibu bapa atau penjaga dapat berunding segera dengan pihak sekolah berkaitan isu bayaran yuran makan asrama anak-anak dan tidak perlu membuat aduan di Pejabat Pelajaran Daerah kerana isu itu sudah diumumkan terlebih dahulu.

Beliau yakin ibu bapa boleh bertanggungjawab untuk menjemput anak masing-masing setiap minggu dan sekiranya mereka berkeinginan menempatkan anak-anak di sekolah asrama melebihi hari yang ditetapkan, bayaran bakal dikenakan kerana pihak sekolah tidak dapat menampung bayaran tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6350417.asp

25 ulasan:

Awanama berkata...

kasihan pada pelajar terutama luar bandar dimana tuisyen SBT(Skim Bantuan Tuisyen) telah pun dihapuskan menyebabkan sesetengah ibubapa terpaksa menghantar anak2 mereka ke pusat tuisyen berbayar.Malah pelajar yg menerima skim bantuan makanan juga telah dikurangkan.

Awanama berkata...

Pencapaian diuTAMAKan
Rakyat didaHULUkan
Tak habis-habis nak bebankan rakyat...

Awanama berkata...

Kalau tak gawat, masakan prog KGSK (Kumpulan Guruganti Simpanan Kebangsaan) ditutup. Dari sumber2 yang boleh dipercayai, punca utamanya adalah arahan dari atas, dan sebab yang disebut2 ialah kerana kementerian tidak ada wang. Maka kesannya ialah hampanya harapan murid dan ibubapa untuk mendapatkan pelajaran anak2 yang bakal menjadi generasi akan datang. Kalau 2 orang cuti bersalin 2 bulan, maka selama itulah terabai pelajaran muri2. Harap guru ganti, mau ke depa mengajar?

Awanama berkata...

kenapa kena buka kipas lepas 9 pagi?

sebab mulai tahun ini bil air dan elektrik sekolah sendri kena bayar

sebelum ni ada peruntukan tapi mulai skrg takde lagi

Awanama berkata...

Kesianlah nasib kami kat sekolah luar bandar ni...

Awanama berkata...

salam to all...

apa gunanya bagi peruntukan untuk bola sepak 10 juta sampai bantuan pelajaran banyak kena tarik.baru menang emas sukan sea pendidikan terus diabaikan...UNDILAH BN..TAHNIAH PEGUNDI BN..anda memang hebat

Awanama berkata...

tak dapat dinafikan, ada juga ibu bapa yang ramai anak duduk asrama, ini yang dikatakan tidak mampu bahkan juga gaji cukup makan je.tapi ada juga ibu bapa yang berkemampuan tapi masih merungut. saya pernah bertemu dan bergaul dengan ibu bapa yang kuat merokok. duit rokok pun dah berapa sebulan.mana nak cukup kalau ibu bapa merokok.kalau satu hari sekotak RM 6.00 x 30 kotak... jawab lah sendiri. untuk pelajaran anak2 berkira betul....
fikirlah sendiri....

akulajuki berkata...

1Malaysia .... bukti rakyat diutamakan ..... undilah lagi kerajaan yang tak gheti nak memerentah kan semua orang senang dan happy sekarang ni....

Anak saya belajar di sebuah sekolah teknik vokasional yang ada asrama untuk pelajar-pelajar yang jauh. Baru-baru ini dia balik cerita kat saya tentang keluhan beberapa rakannya yang dipaksa pulang kerumah setiap minggu kerana tiada peruntukan makan hujung minggu.

Salah seorang daripada rakannya itu mengatakan dia mungkin terpaksa bertukar sekolah kerana kos untuk balik setiap minggu kerumah agak besar dan belum tentu ibubapanya mampu menyediakan perbelanjaan tersebut. Duduk asrama itupun kerana nak jimat belanja tetapi sekarang dah jadi makin besar.

Pada petang Khamis lepas saya lalu depan sekolahnya dan dapat melihat pelajar-pelajar sekolah tersebut keluar untuk pulang kerumah, ada yang menunggu di hadapan pintu pagar untuk diambil oleh ibu bapa dan ada yang terpaksa berjalan kaki ke pekan berdekatan lebih kurang 1 - 2 KM untuk mendapatkan bas. Rasa sedih menyelinap ke dalam hati saya. Pelajar-pelajar tersebut datang dari keluarga susah tetapi kerajaan nak sediakan makan hujung minggu pun tak boleh, jadi mana kata slogan rakyat didahulukan/diutamakan. Slogan karut jer kut. Guna duit buat benda-benda karut boleh, nak bagi makan kat budak sekolah tak boleh.

Ada maklumat mengatakan peruntukan untuk sekolah bawah KPM dikurangkan kerana peruntukan digunakan untuk program "Permata Negara" dan sehari dua ni ada satu lagi program bodoh lagi mengarut "Permata Seni".

Awanama berkata...

SALAM UKHUWAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. APAKAH PEMOTONGAN PERUNTUKAN SEKOLAH DI MALAYSIA INI TERMASUK DALAM KPI MINISTRY OF EDUCATIONS UNTUK PENJIMATAN PERBELANJAAN KEMETERIAN? KALAULAH INI CARANYA, BAGAIMANAKAH PIHAK SEKOLAH HENDAK MENJALANKAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH UNTUK MELAHIRKAN DAN MENGELUARKAN ANAK2 MALAYSIA YANG BIJAK PANDAI? KENAPALAH HENDAK MENYUSAHKAN RAKYAT SAHAJA? KENAPA TIDAK DIPOTONG AJE PERBELANJAAN YANG TIDAK BERFAEDAH SEPERTI LAWATAN KELUAR NEGARA YANG TERLALU KERAP DILAKUKAN OLEH PARA PAK2 MENTERI DAN PM SENDIRI KERANA RAKYAT DAN PEMBAYAR CUKAI YANG AKAN MENANGGUNG SEGALA PERBELANJAAN MEREKA DAN KAUM KELUARGA YANG TURUT SERTA DALAM LAWATAN TERSEBUT. KENAPA JUTAAN RM PERLU DIBELANJAKAN UNTUK BENDA YANG TAK BERFAEDAH UNTUK SUKAN PERMOTORAN FI DAN PASUKAN F1 1 MALAYSIA YANG BARU DITUBUHKAN? KALAULAH MACAM INI, MEMANG PATUT DAN KENA PADA SLOGAN RAAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPIAN DIUTAMAKAN SEBAB SEGALA PERBELANJAAN UNTUK KEMUDAHAN RAAKYAT DITARIK DAHULU DAN PENCAPAIAN HASILNYA TAK DIAMBIL KISAH. KEPADA PEMIMPIN2 NEGARA, SEDARLAH KAMU BAHAWASANYA KAMU SEMUA NANTI AKAN DIHADAP KEPADA ALLAH S.W.T DAN KAMU SEMUA AKAN DITANYA APAKAH KAMU TELAH MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KAMU YAKNI AMANAH YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA KAMU ITU.

Awanama berkata...

aku juga guru sama cerita di atas kursus kena belanja sendiri...semua tanggung sendiri...menatang BN....beruk UM-NO...JKK kaya,ketua bahagian kaya....rakyat biar mampus..aku ajar kat sek supaya tumbang BN..

Awanama berkata...

Salam,
Apabila pemerintah menganiayai rakyat dengan mengambil wang rakyat sewenang2nya tanpa kesian belas terutama Bank Negara yang suka mengambil tindakan undang2 untuk mendapatkan duit org ramai, org2 miskin, org2 yg tertipu, anak2 yatim yg melabur dalam sesuatu pelaburan yg asalnya halal tetapi disebabkan kedengkian sesetengah pihak, maka di sita dan dirampas duit tanpa diserahkan kepada pihak yg berhak...
maka tunggulah saat kehancuran dari DOA2 ORG2 YG TERANIAYA AMEEN...
KERANA DOA ORG2 YG TERANIAYA TIADA HIJAB DIANTARA MEREKA DAN ALLAH SWT YG MAHA MENDEBGAR RINTIHAN HAMBA2NYA...

Mereka yg mengambil duit org2 ramai itu boleh bergelak ketawa sampai pecah perut... dan boleh juga merasakan bahawa mereka BERHAK atas duit itu kerana mereka ada KUASA...
tapi INGAT, sekali lagi TAPI INGAT... duit org ramai tetap duit org ramai...

KAMU PASTI MENERIMA BALASAN YG PEDIH DAN PENGHINAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT... INSYA'ALLAH AMEEN

-DOA ORG2 YG TERANIAYA DI DEPAN KAABAH 2009

ah wing berkata...

ya, bajet sekolah tempat kerja saya begitu juga..
nak buat program semua tak boleh..tak cukup duit itu lah,ini lah..

dengar kata, bajet kementerian pelajaran tahun ni salur untuk F1 Malaysia..Malaysia boleh...boleh blahh..

menyampah berkata...

Rakyat Malaysia,
lepas ni kta pangkah BN lagi ya...lepas tu..semua anak-anak kita boleh panjat pokok kelapa nak bayar yuran sekolah

Awanama berkata...

salam...klau peruntukan dipotong xpa lagi...klau gaji guru pun kena potong lagi haru biru, takut alasan dberi guru terlalu ramai nk ingin memberi bantuan kepada pelajar susah...ingatkan timb PM jd menteri pelajaran lg senang tp sebaliknya pl

am apopo berkata...

padan muka ...sokong lagi ameno.

Awanama berkata...

Salam smua...
Alhamdulillah w/pun byk komen n pendapat dilontarkan kita masih lg bersyukur kerana diberi akal fikiran utk berfikir yang mana baik n buruk... dan utk itu juga tahniah buat kerajaan pemerintah sekarang kerana telah m'yukarkan dan menambah lagi beban kerja kami sbg guru n pentadbir sekolah.. Itu lah guru2 di m'sia ramai yg tertekan...
Tahniah buat krajaan umno krn telah memningkan kami
1. utk membayar bil2 ultility sekolah...(kena tggung sendiri tu...xder prutukan)..
2. pening guru yg nk bersalin 2 bulan cuti...(guru2 yg ada kena la relief....xder guru ganti tu)...
3. Ksian guru2 yg ada mesyuarat....kena cari mkn sendiri....(bajet minum pun xder)...
4. Kesian guru2 yg kena kursus...nk buat claim xtahu bile dpt...(xder peruntukan)..
hahhahahaaaha tahniah....

Awanama berkata...

sebuah sekolah di Johor. tidak dibenarkan membuka kipas sebelum waktu rehat(lagi parah drp negeri sembilan). Kipas hanya dibenarkan selepas rehat tetapi hanya 2 kipas shj.

Murid tidak selesa dan tidak boleh belajar dgn tenang..

Macamana nak martabatkan pendidikan kalau mcm nie??

//cikgu johor

Awanama berkata...

Idea klinik 1 Malaysia pun bodoh jugak, kesudahannya nanti akan jadi klinik pendatang asing, rakyat tengok saja.Inilah contoh pemimpin yang tak berfikiran panjang.

Awanama berkata...

Assalamualaikum

Saya juga terkejut apabila hari pendaftaran sekolah dan asrama ,baru diberitahu tiada peruntukan pada hari Sabtu dan Ahad...pening dan bengang dibuatnya.kalau tahu awal-awal lagi saya tak hantar anak kesitu.Bagi ibubapa yang tinggal jauh problem tu.Dah lah jauh tak berada lah pulak.Mintak PM Najib tengok tengoklah sikit masalah ni.Macamana nak dapat sokongan rakyat akar umbi kalau macam ni???

Awanama berkata...

lama dah... orang PR semua dah kata ... hampa semua nak sangat.... pru 13 nie pangkah lah bn lagi.. .
pangkahlah bn lagi... jangan serik3

Awanama berkata...

macam mana x potong peruntukan kementerian Rosmah nak buat sekolah permata pintar Najib nak ambik duit mana kalu bukan duit kementerian pelajaran

Awanama berkata...

Salam

Memang cakap x serupa bikin .rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.Ape ke bendanaya semua ni.Kalau dah pendidikan mula diabaikan,macamana nak melahirkan generasi yang bijakpandai.Biala generasi dah tak pandai macamana nak mencapai sesuatu yang gemilang.Beli kapalselam boleh,taja bolasepak boleh.Banyak benda mengarut yang tah apa-apa faedahnya mendapat tempat pada puak-puak tu.

Awanama berkata...

Yang pasti ...pemimpin kerajaan kita sekarang..langsung tak sudi nak dgr...komen-komen kita ni...apa kisah...janji perut mereka penuh...kita kebulur ..tak pe...

Awanama berkata...

ya Allah, sedihnya saya baca. Mengapakah Najib & Muhyiddin begitu takut dengan pandangan dan tekanan dari bukan melayu. Sampai sanggup dia melakukan semua ini? macamana nak dapat kejayaan cemerlang kalau asyik kena balik rumah setiap hujung minggu. Tujuan masuk asrama adalah supaya dapat belajar dengan sepenuhnya tanpa gangguan. Kalau dah penat berulang alik dari asrama/rumah, bila masa nak belajar. Ya Allah, kepada Najib dan Muhyiddin, janganlah kerana marahkan mereka yang menentang anda, maka anak-anak dan cucu cicit yang tidak berdosa menjadi mangsa. Gagasan 1Malaysia adalah hasil ciplak dari DAP punya idea. Saya tahu peruntukan sebenarnya ada, tetapi kerana mengikuti "arahan" timbalan menteri pelajaran dan pengajian tinggi yang bukan Islam, mereka terpaksa mengorbankan anak cucu bangsa Melayu. Apa nak jadi??? Sedih, saya tidak menyangka secepat ini (baru tahun 2010) Melayu sudah kehilangan segala-galanya. PM & TPM mesti ingat bahawa cucu cicit anda juga orang Melayu.

Hayam Wuruk berkata...

Apa yang kita tahu melalui rakan2 kita dikalangan pakar2 ekonomi,ekonomi kita tengah teruk skrg ni.Pelaburan asing menguncup teruk.Sebab tu lah Najib ke hulu,ke hilir sibuk cari pelabur.Duit dah tak de dah.Tulah masa tengah kaya tak ingat dunia.Tengok saja laporan Majalah The Forbes,katanya berbunyi berikut-By now it is not a surprise that the rich around the world are getting poorer. Malaysia is no exception: Its 40 wealthiest are worth $36 billion, down from $46 billion a year ago. That loss is largely in line with the 21% drop in the Kuala Lumpur Composite Index and not too bad considering the fact that the Malaysian ringgit has lost 10% against the U.S. dollar, the currency in which net worths are measured.Apa maknanya????renung-renungkanlah semua.