27 Januari 2010

Nizar : 24 jam tempoh TV 3 dan TV 9 mohon maaf

DS, Nizar didampingi oleh Pimpinan PAS Perak dan Pimpinan pemuda PAS Perak bergambar dengan mempamerkan poster Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP),pada kesempatan itu pemuda menegaskan keyakinannya keputusan mahkamah akan menyebelahi MB Pakatan Rakyat dan bersedia dengan persiapan untuk menghimpunkan 10,000 orang pemuda PAS di Darul Taklim Ijok, Larut pada 31 januari ini.

11 Safar 1431

IPOH: Menteri Besar Rakyat Perak, DS. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin menegaskan dia memberi tempoh selama 24 jam kepada TV 3 dan TV 9 untuk memohon maaf dengan berita berunsur fitnah yang disiarkan mengenai kononnya Pegawai Khasnya di tahan oleh SPRM dan dikaitkan dengan rasuah. Demikian penegasan beliau dalam sidang media yang diadakan disini petang tadi.


Mendampingi beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perak ialah Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak, Dr. Khairuddin Abd. Malik, Setiausaha PAS Perak, Ust. Misbahulmunir Hj. Masduki, Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim, Pemangku Ketua Pemuda PAS Perak, Ust. Nuri, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Iskandar dan beberapa pemimpim pemuda yang lain.

DS> Nizar juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada rakyat Perak apabila mendoakan keselamatan setelah terlibat dengan kemalangan beberapa minggu lepas, "InsyaAllah kita akan meneruskan perjuangan dan meneruskan usa mengembalikan hak yang dirampas" tegasnya.

Menurutnya lagi Mahkamah Persekutuan mengesahkan kelmarin pada 9hb Feb akan diumumkan kes besar ini, sewajarnya diumumkan secepat mungkin, namun setelah 3 bulan ianya akan diumumkan.

"Kami akan terus mengembeling dan menambah program untuk menyatakan keputusan yang diumumkan sesuai dengan undang-undang sedia ada" tegasnya.

Beliau menaruh keyakinan semua hakim tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuklah oleh hakim-hakim yang lain, supaya hak rakyat dikembalikan, demokrasi dikembalikan.

Pada sidang media yang dihadiri sekitar 30 orang rakan media itu beliau terus mengulangi kenyataannya sebelum ini untuk secepat mungkin memohon dibubarkan dari Sultan Perak dan memberi laluan kepada rakyat Perak untuk memilih semula.

"Kita cuma bergantung dengan kuasa yang halal dan sah,Mari kita sama-sama berdoa semoga kemenangan menyebelahi Pakatan Rakyat." ucapnya

"Semalam berita TV3 dan TV9 telah mengeluarkan kenyataan berupa fitnah dimana saya menafikan sekeras-kerasnya dan saya telah berhubung dengan peguam untuk membawa kemuka pengadilan."dedahnya dengan nada kesal.

"Saya bagi tempoh 24 jam untuk mereka memohon maaf dan memberi jaminan sekiranya mereka memohon maaf dalam tempoh 24jam kita tidak akan bawa kemuka perundangan."tegasnya

Beliau merujuk tempoh 24jam adalah daripada sekarang kerana ini kenyataan rasmi.

Tiada ulasan: