12 Januari 2010

Pegawai gereja terharu terima kunjungan Nik Aziz

25 Muharram 1431H
Ismail Hashim

PETALING JAYA, 10 Jan: Kesediaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat tiga gereja petang tadi menimbulkan rasa terharu pihak gereja.

Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dekat sini, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka.

Menurut Calvin, Datuk Nik Abdul Aziz telah meluahkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku ke atas gereja itu yang dibaling dengan bom buatan sendiri pada minggu lalu.

“Saya telah mempelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat namun kerana ketika itu pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, beliau menolak dengan baik.

“Jika cuaca tidak hujan saya bercadang untuk membawa beliau meninjau di sekeliling gereja, tetapi saya sempat maklumkan kepadanya tentang keadaan gereja yang tidak mengalami apa-apa kerosakan lantaran bom yang dilontar itu tidak meletup,” jelas Calvin lagi.

Sebelum itu, Tuan Guru telah mengunjungi Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing juga dekat sini untuk meninjau dan menyampaikan rasa simpatinya terhadap kejadian tidak bermoral pihak tertentu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Gambar: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berkata sesuatu kepada dua Penyambut Tetamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta, Petaling Jaya ketika lawatannya petang tadi. Calvin Jacob (dua dari kanan).

Terdahulu, sebelum ke Petaling Jaya, Nik Aziz telah ke Gereja Metro Tabernacle di Taman Melawati yang dibakar. Di situ, beliau telah memberikan sumbangan peribadi beliau kepada wakil gereja.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa mengunjungi gereja yang sama bagi melahirkan rasa simpati PAS kepada tindakan membakar gereja itu.

Sehingga kini sudah tujuh kes gereja cuba dibakar selepas Mahkamah Tinggi memutuskan akhbar Kristian The Herald boleh menggunakan perkataan Allah dalam laporannya.

PAS mengambil sikap, Kristian berhak menggunakan perkataan Allah itu kerana semua agama samawi sememangnya menggunakan Allah sebagai tuhan namun Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pro kepadanya membantah dan mula membuat kenyataan dan perhimpunan panas membantahnya.

Beberapa NGO pro Umno pula semacam mengambil sikap mengapi-apikan orang Islam dalam isu ini.

Harakahdaily.net/-



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pimpinan beginilah akan diterima dakwahnya oleh orang Bukan Islam... Inilah Modul yang dibawa oleh Rasullulah..

Blogger berkata...

Islam menggalakkan silaturahim...go alive with islam..

abdullahngah berkata...

Hairan juga dengan kristian yang mati matian mahu guna kalimah Allah dalam penerbitan majalah miliki agama mereka.

Apakah hak kristian mahu kalimah Allah digunapakai dalam penerbitan majalah.Pasti ada motif tertentu.

Sudah tentu ada motif dakyah kristian untuk menyesat dan memurtadkan orang Melayu Islam di negara ini.

Allah sendiri yang nyatakan kristian dan yahudi adalah musuhNya. Musuh Allah musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam.

Tujuan mengunapakai kalimah Allah pada penerbitan majalah tidak lain dan tidak bukan untuk memudahkan agama itu mengkristian orang melayu.

Hal ini pernah berlaku di Indonesia sehingga menyebabkan berduyung duyung orang melayu masuk kristian.

Dapat sebuah basikal untuk anak sudah mengaku beragama kristian.Lebih lebih ulamak di negara itu masih yakin bahawa agama kristian dan yahud adalah agama samawi.

Orang masih boleh berkahwin dengan orang kristian kerana mereka itu dianggap sebagai permpauan ahli kitab.

mana ada lagi ahli kitab, sedangkan kitab asal injil Taurat dan Zabur sudah dipinda kepada beberapa versi perjanjian baru dan lama.

Kalau ada pun kitab itu tidak dipakai lagi.

Usah kristian yang pakai kitab baru, malah orang islam sendiri pun sudah tidak pakai Quran dan hadis lagi hari ini.

Atas sebab itulah umat islam hari ini jadi macam buih dilautan dan sah tiada kualiti lagi.

Apalah ertinya dengan kuantiti.Apa guna Ramai jumlahnya sedangkan takut mati dan cintakan dunia.

Kesimpulannya, pengunaan kalimah Allah itu adalah semata mata untuk memurtadkan orang melayu, Oleh itu jangan harap dan pecaya dengan musuh Allah.

Apabila percaya dan yakin dengan musuh Allah hatta mereka seorang pakar sekalipun kita akan jadi kufur jali.

d.a.m berkata...

majoriti penduduk paling ramai sekali dalam malaysia adalah bangsa melayu yang berugama Islam tidak hairan kalau bangsa melayu terima yesus kristus(nabi Isa) sebagai juruselamatnya. Satu-satunya kes Lina Joy, fatimah tan dan lain-lain lagi. Jadi lama kelamaan orang-orang borneo akan masuk ke semenanjung secara beransuran dan juga indonesia pada masa itulah kahwin campur akan terjadi.

Ahli kitab people of the books ataupun kristian ortodox boleh kahwin dengan perempuan islam, lihat seperti indonesia isteri orang kristian suami berugama Islam dalam satu rumah ada patung mariam tepinya ayat suci Al-Quran. Tak hairan kalau malaysia berlaku bencana alam yang pernah berlaku di indonesia, salah satu akhir zaman.

faza berkata...

nice