21 Mac 2010

Agen Israel dalam sistem komunikasi PDRM

http://chegubard.blogspot.com

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

Harakahdaily.net/-

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..
ini akan menjadi salah satu kelebihan tentera israel akan memecah masuk sistem pertahanan negara kerana mereka yg mencipta sistem untuk negara kita,semestinya mereka ini lebih mengetahui rahsia2 menyelinap masuk secara senyap2 walaupun sekukuh mane pun sistem rahsia2 kerajaan dan tentera negara ini.inilah yang dikatakan orang mengantuk disorongkan bantal..kita hanya tunggu dan lihat sahajalah orang yang cerdik akan menindas orang yang bodoh.dah terang terang Allah melaknat orang yahudi dari dulu sampai kiamat.tetapi negara kita yg mengaku majoriti umat islam ini membuat rakan kongsi pulak...nauzubillah..

TANPA NAMA berkata...

JIKA INI ADA KEBENARAN BERMAKNA NEGARA KITA MELETAKKAN DIRI DIBAWAH KEKUASAAN YAHUDI DAN SI KAFIR LAKNATULLAH.MINTAK DIJAUHKAN.DAN INI TERBUKTI BAHAWA PEMIMPIN KITA SENANG DITIPU DAN DIBELI.MELAYU.... DILAKNAT KEPADA PEMIMPIN YANG MENGHANCURKAN NEGARA DAN MEROSAKKAN RAKYAT.

david ahmad muniandy berkata...

buat secara offline lagi bagus tetapi siapa nak buat? hendak kerja senang bergoyang kaki bergayut di parlimen dan hanfon hendak gaji lumayan...kerja teruk bagi orang bawahan pikul! begitukah cara nak mentadbirkan negara....

david ahmad muniandy berkata...

malaysia nak jadi seperti palestin lah....diantara politik kumpulan Fatah dan Hamas! mana satu anda nak pilih?

seperti dalam berita kata marilah kita buat sumbangan kepada palestin...kita tanya balik nak buat sumbangan boleh tetapi kita nak sumbang kepada puak Fatahkah atau Hamas?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kita memerlukan Yahudi untuk membina negara kita. Bukankah kita mengutuk Yahudi dengan apa yang berlaku di Palestin. Jika kita tidak mampu untuk menghalang mereka sekurang-kurangnya janganlah kita bersubahat dengan mereka apa lagi melantik mereka sebagai penasihat atau sebagai tempat rujukan. Hayatilah Al Quran dan cara hidup rasullullah. Semoga kita diberkatiNya.

Tanpa Nama berkata...

Perlukah Yahudi dijadikan sebagai penasihat atau tempat rujuk kita untuk membangunkan negara kita. Di mana cerdik pandai dan alim ulamak kita berada.

Tanpa Nama berkata...

nak selamat tumbangkan UMNO

Tanpa Nama berkata...

kenapa masih ada yang memepercayai UMNO setelah penindasan, penipuan dan penyelewengan mereka jelas kelihatan terhadap rakyat???