06 Mac 2010

Ahmad Awang dakwa mufti Perak 'tokok tambah cerita'

20 Rabiul Awwal 1431H.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka. Malaysiakini/-

15 ulasan:

hamas_PAS berkata...

tujuan asal mufti dilanti ialah untuk memberi nasihat AGAMA kpd pemerintah.tetapi sesetengah mufti di zaman skrg ialah tolong membetulkan kebatilan yg dilakukan oleh pemerintah..inilah yg dikatakan 'menggadaikan agama dengan nilai yg sedikit(dunia/pangkat)..dan apabila Allah mengkehendaki sesorang itu terpesong dr landasan agama yang benar'..Ya Allah,tunjukkanlah kami jalan yg lurus..

Tanpa Nama berkata...

mufti perak barua UMNO dan anjing suruhan najib

Tanpa Nama berkata...

mufti RM RM RM

Tanpa Nama berkata...

penagih dadah kalau jadi mufti macam dia ni

Tanpa Nama berkata...

mufti pakai lebai tunjuk alim, tapi tiada otak, mempergunakan agama untuk diri

Tanpa Nama berkata...

nak politik masuk UMNO lepas tu buat rasuah

Tanpa Nama berkata...

mufti putar alam, penipu dan pembelit

Tanpa Nama berkata...

Mufti UMNO memang macam ni

Tanpa Nama berkata...

cakap tak serupa bikin, jadi mufti hanya pakai label saja, buat kerja macam orang tak beragama

Tanpa Nama berkata...

Kita mengharapkan orang mahir dalam ilmu agama membimbing mereka yang tersalah laluan. Kalau orang seperti mufti perak tu boleh lemas dengan pangkat dan kebendaan maka akan hancurlah umat Islam pada masa akan datang. Tidak ada gunanya takut kepada manusia untuk menegakkan kebenaran lebih takut daripada ALLAH. Muhasabah dirilah wahai mufti...

Pahlawan Hijau berkata...

ni la yg dikatakan manusia paling minafiq, sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan politik sempit, ni la yg dikataka akn munculnya manusia yg jahat dari golonga ilmuan dan alim ulama yg ingin mengaut kepentingan dunia semata2 hingga sanggup mengelirukan masyarakat dengat fakta yang menyelewing daripada Al-Quran dan hadis, wanauzubillah

Tanpa Nama berkata...

Nak buat apa lagi kalau dunia ni lebih penting dari akhirat.

Tanpa Nama berkata...

Astaqfirrullah'alazim, teruk dah hampa ni. Bawa2 la berubat....Mai jumpa aku atas G. Semanggoi. Jangan lupa bawak teloq dua bijik!

Tanpa Nama berkata...

tok mufti pencenlah rehat2 lah badan 70 dah umuk bagi lapeh baru pulak jadi mufti

Tanpa Nama berkata...

Mufti cam ni x guna pun, lebih baik balik kg saje jgn jadi barua umno.....