06 Mac 2010

Mokhsin: Sepatutnya letak jawatan bukannya keluar PKR

19 Rabiulawal 1431H
http://misabah.blogspot.com

Mokhsin seorang wakil rakyat yang jarang berkhidmat kepada rakyat di Parlimennya sendiri Bagan Serai. Beliau sering tidak hadir dalam progam-program yang sepatutnya hadir, walaupun beliau sendiri tidak berkemampuan untuk menganjurkan program, namun 2 wakil rakyat PAS di Parlimen Bagan Serai sering menganjurkan program yang beliau boleh tumpang hadir sebagai Ahli Parlimen, dan 2 wakil rakyat PAS serta PAS Kawasan tidak keberatan untuk Mokhsin turut hadir dalam program-program yang dianjurkan.

Beliau juga bukan pula wakil rakyat yang pemurah untuk membantu rakyat. Menurut YDP PAS Bagan Serai yang juga Adun Semanggol YB Hj Ramli Tusin, sepanjang tahun 2010 dari bulan Januari hingga sekarang, kelibat beliau juga tidak pernah kelihatan di Bagan Serai.

Wakil rakyat ini sebenarnya sejak menang tahun 2008 hanya kelihatan aktif sebagai wakil rakyat di awal-awal pemerintahan PR di Perak, beliau juga sangat kerap bertemu YB Dato' Seri Hj Nizar dan juga saya di pejabat Menteri Besar untuk beberapa tujuan yang tidak perlulah untuk saya sebutkan di sini, tetapi pertemuan itu pula bukan juga nak memberi pandangan dan cadangan bagi membantu kerajaan PR.

Beliau mulai jarang turun bertemu rakyat di kawasannya sendiri sejak kejatuhan PR terutama sejak akhir-akhir ini. Hubungan beliau dengan Parti Keadilan Cabang Bagan Serai juga tidak beberapa baik kerana sikap beliau sendiri yang tidak disenangi oleh pucuk pimpinan PKR cabang Bagan Serai. Di peringkat negeri sendiri, PKR tidak memberi peranan dan tugas kepada Mokhsin yang mereka juga tahu apa sebabnya Mokhsin tidak dilantik sebarang jawatan di peringkat negeri.

Beliau tidaklah rapat dengan saya dan juga pimpinan PAS negeri Perak yang lain sebelum ini, saya hanya mengenali beliau selepas PR menjadi kerajaan. Pimpinan PAS yang sangat rapat dengan beliu ialah Ust. Ahmad Awang, ketika itu beliau adalah Pesuruhjaya PAS Perak.

Betapa sukarnya Ust Ahmad Awang ketika pilihanraya 2008, kerana terpaksa mengenalkan Mokhsin kepada ahli-ahli PAS yang sukar untuk menerima calon yang tidak dikenali, Ust Ahmad Awanglah yang ke hulu ke hilir menyakinkan pengundi-pengundi bahawa Mokhsin adalah calon yang baik, mengundi Mokhsin samalah macam mengundi Ust Ahmad Awang, begitulah bersungguhnya Ust Ahmad Awang berkempen supaya rakyat terutamanya ahli dan penyokong PAS mengundinya. Menurut Ust Ahmad Awang, Mohkhsin sering mengaku yang beliau adalah ahli PAS, cuma tidak pasti berdaftar di kawasan mana.

Mokhsin mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas semalam, alasan yang diberi sangat tidak kukuh dan dangkal. Alasan kerana isu penggunaan kalimah Allah tidak boleh diterima, selama inipun beliau peka sangatkah terhadap isu-isu yang menimpa umat Islam, isu murtad terutamanya, penghinaan terhadap hukum Allah, penghinaan terhadap ulama dan isu-isu yang berkaitan dengan Islam, beliaukah antara orang yang ke hadapan sebagaimana Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salehuddin Ayob, Hanpa Maidin dan ramai lagi pemimpin PAS yang jauh ke hadapan dalam memperjuangkan Islam dari penghinaan musuh-musuh Islam.

Kelibat mukanya tidakpun pernah kelihatan dalam apa sahaja demontrasi membantah isu-isu yang berkaitan Islam dan umatnya, samalah macam Fairus yang memberi alasan yang sama mengapa mereka meninggalkan PKR.

Alasan kerana PR Perak tidak memberi tempat kepadanya juga tidak boleh diterima. Apa tempat yang Mokhsin mahu di Perak sedangkan keupayaan menjadi wakil rakyat yang baik di Bagan Serai pun tidak mampu ditunjukkan, apatah lagi memegang jawatan penting dalam PR. Pimpinan PR mungkin sangat tahu masalah peribadinya itu.

Langkah terbaik Mokhsin sebenarnya ialah letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, bagi mandat rakyat memilih semula wakil rakyat yang baru, saya sangat percaya dan yakin, Mokhsin dipilih oleh rakyat bukan kerana peribadi dan batang tubuhnya, tetapi kerana parti, rakyat mengundi parti bukan kerana peribadinya, rakyat Bagan Serai tidak mengenalipun peribadinya sebelum ini, lagipun rakyat Bagan Serai tidak nampak apa sumbangannya selama ini sebagai wakil rakyat, 2 Adun PASlah yang sebenarnya banyak membantu rakyat di Bagan Serai, 2 Adun PAS ini jugalah yang sering menjaga nama baiknya yang sering tidak ada di kawasan.

Rakyat di Bagan Serai juga sebenarnya sudah mula mempertikai Mokhsin, beliau sangat jarang bahkan tidak pernah langsung turun setiap minggu di masjid berjumaat bersama rakyat, sangat jarang menghadiri majlis-majlis khenduri, atau majlis-majlis ceramah, kelibatnya hanya kelihatan sekirana Datuk Seri Anwar Ibrahim turun di Perak.

Rakyat semakin benci wakil rakyat seumpama ini, justeru itu, beliau sepatutnya letak jawatan sahaja sebagai Ahli Parlimen, kerana beliau tidak berfungsi sebagai Ahli Parlimen yang baik. Di Parlimen pun, suaranya tidak kedengaran dalam memperjuangkan nasib rakyat. Bagi mengelakkan supaya beliau tidak terus-terusan dilaknat oleh rakyat Bagan Serai, lebih baik letak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau kembali ke pangkuan PR dengan mengakui segala kelemahan dan kesilapan dan seterusnya berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat.

Ustaz Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB Ir Nizar.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.


Harakahdaily.net/-

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikom,

YB Hj Tampirai ni memalukan kulaan sebarataan. kalau dalam askar lama dah YB Tampirai ni kana temabak pembelot. Dalam perjuangan tak boleh belot. Kalau ada masaalah barunding tak selesai ja mengalah la cara elok.

Salam

Komando Banjar Tok Tok

Tanpa Nama berkata...

Saya salah seorang pengundi mohsin menyokong dan mengiakan segala pandangan yang diberikan oleh ustaz Misbah...Orang banjar kata bujur ha nyang ustaz nyambat to...Pada mohsin fikirkanlah menang haritu adalah sokonngan padu penyokong pas dan kaum cina /india.... jangan kerana krisis PKR atau dapat habuan....fulus....kamu lompat parti...hati kami terbakar sangatni. mohon patah balik atau letak sahaja jawatan ahli parlimen orang pas sedia memaafkan dan kiranya hutang banyak tak terbayar inysAllah mereka akan halalkan...asalakan buatlah keputusan yang baik...dan kau pun senang hati kada bamasalah..nyaman na guring walaupun kada baduit

Tanpa Nama berkata...

saya menyokong pas tapi tidak pkr,saya berharap pas jangan terikut2 dengan perangai pkr(ahli umno yang hampa).Janganlah terlalu percaya dan terikut2 dgn perangai ahli pkr yang akan memberi seribu alasan bila partinya bermasaalah, kembalilah kepada islam yang akan bermuhasabah diri sendiri bila musibah menimpa.

Tanpa Nama berkata...

Pelik tapi benar.

Pimpinan PKR wajar muhasabah diri selepas ini. Jika tiada calon yang berkelayakan dan berintegriti maka eloklah kerusi berkenaan dibagi pada DAP atau PAS. Bagan Serai- elok2 Ahmad Awang bertanding, dah diserahkan kepada Mohsin. Inilah jadinya.

Tanpa Nama berkata...

tak payah laga-lagakan pas dan PKR, pemimpin tak bermaruah keluar sekarang lebih baik dari masa Pakatan rakyat perintah malaysia nanti, insyaallah

Tanpa Nama berkata...

barua UMNO keluar sekarang lebih mudah hadapi PRU13 nanti, tak macam UG dalam pas

Tanpa Nama berkata...

nampaknya rasuah amalan utama kepimpinan najib

Tanpa Nama berkata...

UMNO najib dalang segala yang berlaku, rasuah...

faazawanz berkata...

saya sebenar dah lama nampak senario ahli pkr yg tak amanah dengan undi yg diberi rakyat..tak kira samaada disogok duit atau masalah peribadi..mereka nih langsung tiada kekuatan dalam diri..beginilah..pas,terlalu berlembut dengan pkr..bg kerusi pada pkr..apa kata pkr yg baru setahun jagung tu kita simpan dulu..bg pada pas..undian kami org pas rugi...

Tanpa Nama berkata...

Lembu dgn Unta bertumbuk, Sapi kena ketuk.

Unta dgn Lembu bersilat, depa kata Sapi yg pakat.

Lembu dgn Unta bernikah, Sapi kena qeqah.

Lembu tendang Unta, Sapi lari ikut Jalan Gula.

Unta kata Lembu tua, Sapi kata dua2 gila!!

Tanpa Nama berkata...

saya rasa us ahmad awang fikir balik, selaku pesuruhjaya PAS ketika itu kenapa memberi kerusi tradisi PAS kepada PKR..ini kesilapan us ahmad yang perlu direnung

Tanpa Nama berkata...

YB....... sebenarnya kelemahan Mohsin sendiri menunjukkan imej PKR sendiri tercalar... jarang hadir ke kawasan sendiri sedikit sebanyak mencalarkan imej PKR.

Diakui wakil PAS amat rajin.. di harap masa depan. Bagan Serai akan meletakkan calon PAS... kini keyakinan memberikan undi pada calon PKR berada di persimpangan..

saya rasa PKR akan medapat undi yg merosot pada masa PRU-13 nanti. PAS & DAP maybe yg banyak mengkaverkan jumlah tersebut.

Raziq Najab berkata...

INGATLAH! MB HARAM, WAKIL2 RAKYAT YANG LOMPAT PARTI TU SELAMA2NYA MAKAN ELAUN HARAM...
SETIAP DARAH DAGING YANG HARAM TU PASTI JADI BAHAN MAKANAN NERAKA!

PERSETAN DENGAN KEBANGSAAN!!
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO/BN!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya pengundi DUN Cht. Jering amat bersetuju kawasan ini diberi pada PAS pada pilihanraya akan datang. Kerana kita telah beri kawasan ini kepada PKR. Tapi kesudahan nya calon ini setelah menang khianat kepada PKR dan kepada Pakatan Rakyat itu sendiri. Begitu juga lah di Parlimen Bagan Serai pada masa akan datang hendaklah diberi pada Pas kerana pengundi di sini pasti kecewa dengan apa yang berlaku sekarang. Orang mukmin tak akan jatuh pada lubang yang sama sehingga dua kali.