16 Mac 2010

PAS tidak hairan orang keluar parti

29 Rabiulawal 1431H
Mutaligat

Bagi saya orang hendak keluar parti boleh keluar. Orang yang keluar parti memang insan yang tidak sepatutnya berada dalam parti kerana mereka sudah tidak bersedia untuk mendokong dan taat kepada parti. Apa guna mereka ada dalam parti tetapi berperanan bagaikan duri dalam daging.

Lebih baik lagi jika yang keluar parti itu adalah orang yang tidak maruah dan sanggup menggadai maruah diri dibeli dengan wang ringgit.

Jika benar mereka yang keluar parti kerana rasuah dan tawaran tertentu maka saya ucapkan silalah keluar kerana parti tidak memerlukan orang yang maruahnya lebih teruk dari binatang boleh dijual beli.

Orang seperti ini hanya layak duduk dalam Umno kerana Umno adalah parti rasuah dan parti busuk sampai ke usus seperti yang dinayatakan oleh Tun Mahathir.

PAS tidak sedikit pun goyah jika ada yang keluar parti. PAS pernah kehilangan Presiden dan Naib Presidennya kerana keluar parti. Namun PAS tetap utuh hingga ke hari ini.

Kita yakin perjuangan PAS yang berlandaskan akidah dan perjuangan Islam tetap dipelihara oleh Allah.

Bayangkan jika PAS tidak dipelihara Allah adakah ahli-ahli dan pimpinannya boleh tahan dengan ujian seperti dibunuh (Memali), ditangkap (ISA), dipukul (FRU), ditahan (biasa dah), didiskriminasi dan sebagainya.

Namun semua kita harungi sebagai mehnah dan tribulasi perjuangan sebagaimana Rasul dan Nabi-Nabi Allah yang sentiasa berhadapan dengan pemerintah yang zalim. Insya jika kita tidak menang di dunia kita akan menang di Akhirat.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sangat setuju...kalau penganut Islam boleh murtad atau jadi munafik atau pagi Islam petang kafir, petang Islam pagi kafir...mmemang tak perlu hairan kerana dgn Allah pun boleh keluar masuk, ini pulak parti politik...