04 Mac 2010

Salehudin: RM9,000 sebulan jumlah yang sangat kecil

17 Rabiulawal 1431H

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehudin Hashim (Gambar) mengaku menerima gaji sebanyak RM9,000 sebulan sebagai Setiausaha Agung parti tetapi menyifatkan ianya 'jumlah yang sangat kecil'.

"RM9,000 adalah jumlah yang sangat kecil jika dibandingkan dengan masa yang telah saya curahkan dan gaji terakhir saya sebelum bersara, dan jika dibandingkan dengan jumlah besar yang telah dibayar kepada pelbagai individu dalam dan luar parti untuk menggembirakan dan mendiamkan mereka tanpa mereka perlu membuat apa-apa," kata Salehudin.

Salehudin berkata demikian dalam kenyataannya bagi menjawab kenyataan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali yang memaklumkan beliau (Salehudin) dibayar gaji sebanyak RM9,000 sebulan walaupun ramai yang menganggap Salehudin memberikan khidmat percuma untuk PKR.

Menurut Salehudin, beliau menerima tawaran Datuk Seri Anwar untuk menjadi Setiausaha Agung PKR selepas berkhidmat selama empat tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan Ketua Staf Anwar.

"Dengan berat hati, saya menerima tawaran tersebut dengan beberapa syarat, antaranya sebuah Ibu Pejabat Parti yang lengkap, gaji yang mencukupi untuk staf dan memandangkan saya telah berkhidmat sebagai Setiausaha Pengelola selama 4 tahun dengan menggunakan wang saya sendiri untuk perbelanjaan pejabat, saya meminta elaun RM100 sehari untuk perbelanjaan berkaitan seperti telefon, parkir, perjalanan, makan-minum dan sebagainya," kata Salehudin dalam kenyataannya.

Berkenaan dengan CEO Kumpulan Perangsang, Salehudin memberitahu, beliau diarahkan oleh Anwar untuk mengambilalih jawatan tersebut untuk kepentingan PKR.

"Datuk Seri Anwar sendiri mengarahkan saya untuk mengambil tugas dan tanggungjawab tersebut bagi memenuhi aspirasi Parti, walaupun saya agak keberatan. Saya menjawab saya hanya akan mengambil tugas tersebut jika saya dibayar RM1 sebulan," kata beliau dalam kenyataannya.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada Anwar.

"Saya tidak berhasrat untuk mendedahkan dokumen-dokumen sulit ini kepada umum. Memadailah untuk Dr. Syed Husin membuat kajiannya sendiri sebelum bercakap melalut. Semua ini direkodkan dalam komputer saya beserta bukti-bukti lain yang menunjukkan Datuk Seri telah menerima e-mel tersebut dan bertindak sewajarnya," katanya lagi.

Sebelum ini, Syed Husin mendakwa, bekas Setiausaha Agung parti itu bertindak menentang partinya selepas gagal mendapat jawatan sebagai CEO Syarikat Perangsang yang gajinya adalah RM50,000 sebulan.

LAPORAN BERKAITAN

Salehudin marah selepas ditolak jadi CEO dengan gaji RM50,000

Harakahdaily.net/-

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku nk dpt keje pun pyah skang...ko 9000 xckup lg ker?

Tanpa Nama berkata...

Individu yang makan tak kenyang kenyang sebab dia makan bersama syaitan, temboloknya seolah olah tiris. Itu sebab baca BIsmillah sebelum makan.

karawilak berkata...

nikmat syukur xde,dan kebendaan.ana keje despatch gaji tak sampai rm1500.tapi keberkatan.

aminuddin sepang berkata...

umur 50 gaji 9000 mmglah sikit..aku umur 34 gaji 7000...tp syukurlah...ramaijer sahabat2 yg umur 58 gaji 2ribujer

Tanpa Nama berkata...

inilah dia stail sebahagian orang UMNO. Dah masuk parti lawan dengan UMNO, tapi perangai kat UMNO masih nak dibawa-bawa dalam parti baru dia. Kerjanya semua kerana duit duit duit...... Dasar manusia tak reti berterima kasih.

Tanpa Nama berkata...

itulah namanya kufur nikmat krn xernah berasa cukup apa yg dia ada, orang yg tamak pasti akan rugi dan menyesal,

Nur Ikhsan berkata...

itulah dinamakan manusia yang hilang imannya dan berada jauh dari Tuhannya. Memang sifat manusia yang merasakan tidak cukup dengan apa yang melainkan dia berpegang dengan ajaran Rasulullah. Rasulullah dah sebut dah, manusia ini kalau diberi sebukit emas, maka dia akan mintak satu bukit lagi demi memenuhi kehendak nafsu mereka.

FutureLeader

Tanpa Nama berkata...

tu lah mike... sepatutnya kita berpolitik nie, dengan niat untuk menegakkan hukum2 Allah di muka bumi Malaysia yang kita cintai bukannya nak minta gaji berpuluh ribu... kalau nak duit berpuluh ribu aku rasa lebih baik buat DS(jualan lansung). Aku tengok leader2 MLM yang berjaya bukan setakat puluhan ribu malah ada yang ratusan ribu/bulan. Itu cadangan aku aje leeee.....

Tanpa Nama berkata...

http://basmi-mlm.blogspot.com/2009/11/gerakan-basmi-mlm.html

jgnlah buat MLM..harammmm