29 Mei 2010

Drs. Khalil : Kehidupan pelbagai bangsa lebih harmoni dibawah Pakatan Rakyat.

14 Jamadil Akhir 1431H.

ADUN Titi Serong menyampaikan sumbangan untuk membantu kegiatan Persatuan Amal Chin Boon Kok Parit Buntar.


PARIT BUNTAR, 28 Mei:- Kehidupan hidup pelbagai bangsa di Malaysia lebih harmoni di bawah Pakatan Rakyat, Namun sebelum ini ada sedikit kebimbangan antara mereka dengan andaian-andaian salah akibat penjelasan yang tidak betul yang sengaja diada-adakan. Sekarang benteng itu telah runtuh dan rakyat Malaysia hidup lebih harmoni. Demikian antara kandungan ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dalam jamuan makan malam Tahunan Persatuan Amal Chin Boon Kok Parit Buntar yang diadakan disini malam tadi. Ucapannya yang disampaikan dalam Bahasa Manderin mendapat tepukan gemuruh dan pujian dari hadirin yang hadir.

Sebahagian dari yang hadir sedang mendengar ucapan dari ADUN Titi Serong.

Drs. Khalil sedang menyampaikan ucapan.


Drs. Khalil dan isteri serta 10 orang rombongan dari pusat khidmatnya menjadi tamu istemewa dalam program yang dihadiri oleh lebih 1000 warga Tionghua tempatan itu.

Drs. Khalil juga menyifatkan kegiatan seumpama itu yang diadakan oleh persatuan Cina di dalam DUN Titi Serong mestilah diberi perhatian dan dibantu. "Sehubungan dengan itu pihak pejabat saya akan memberi bantuan sesuai dengan kewangan yang kami mampu untuk menghargai kegiatan yang dibuat, dan saya mengalu-alukan hubungan yang lebih baik antara pejabat saya dengan Persatuan Cina setempat pada masa kan datang".

Sebagai bukti kepada ucapannya Drs. Khalil mendedahkan, "Sebab apa orang Cina kena takut kepada orang Islam, sedangkan dinegeri China orang Islam lebih ramai berbanding dengan orang Islam di Malaysia, malah pengalaman saya berada di China selama 4 tahun membuktikan bahawa Islam juga milik bangsa China bukan sahaja untuk orang melayu seperti yang difahami sebelum ini" Jelas Khalil.

"Saya juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada Persatuan Amal Chin Boon Kok yang sudi menjemput saya untuk hadir pada malam ini dan berharap saya dijemput lagi dalam majlis seumpaama ini " Jelasnya mengakhiri ucapannya.

5 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Hanya jauhari mengenal manikam!!!

Yang tak faham tu sebab ramai kita yang tak
kenal diri sendiri.

Di ajak berniaga dengan Allah pun masih tak faham walaupun sudah berada dipenghujung usia.

Masih nak berdebat soal2 melayu, cina dan india.

Sampai hidayah Allah tak kira cina ke india ke lebih mulia dari orang melayu yang tak jemu2 menegakkan benang basah.

Dipanggil balik mengadap secara tiba2, sedang didunia tak puas mengumpul harta kekayaan, membina rumah berjuta2 sedang rakyat disekeliling hidup macam setinggan.

Persekitaran mengajar kita untuk buat perubahan.

abdul samad berkata...

Tahniah YB! kita sebnarnya jarang mendekati mereka. Mungkin juga juak2 sebelah tu yg bagi fahaman yang menyesatkan sb ia merugikan di dunia mereka.

lekiu berkata...

Semoga Allah merahmati kita semua dan memberkati apa yang YB lakukan bagi menjelaskan mengenai Islam kepada mereka yang belum mengetahuinya. Syabas dan tahniah.

Tanpa Nama berkata...

teruskan perjuangan

Tanpa Nama berkata...

Syabas YB! Perjelaskan tentang islam melalui dakwah bil hal dan bil lisan kepada semua bangsa kerana agama islam itu bukannya hak satu-satu bangsa tetapi untuk semua.Sesungguhya islam itu menyelamatkan semua umat manusia.

Mengapakah masih ada dari kalangan kita yang tidak menjalankan dakwah atau ada pula yang cuba menghalang usaha dakwah ini.