11 Mei 2010

Malaysia bukan negara koboi!

25 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Herman Samsudeen

Sedikit terkejut dengan berita ini, kerana ia sedikit sebanyak akan menjadi bahan media dan rakyat untuk mempersoalkan kredibiliti Polis yang kini dilihat seperti KOBOI. Sebagai rakyat yang melihat hal ini dari pelbagai sudut, saya memikirkan bahawa Konstabel ini cuba melakukan tugasnya sebaik mungkin.

Kita juga kena akui bahawa tindakan remaja yang agak mencurigai mengundang kepada tragedi ini. Budak-budak zaman sekarang, walaupun baru usia belasan tahun sudah pandai bawa motor sendiri.

Malah ada yang terjun ke dunia rempit. Ibu bapa harus memerhatikan anak-anak mereka, khususnya bila mereka sering keluar malam. Kena pula anak-anak yang sudah diberikan motosikal, panjanglah kaki mereka.

Kita kena jaga bukan sebab apa, kita tak mahu anak-anak yang remaja ini bercampur dengan budak-budak nakal, atau jadi macam ini.

Saya juga ingatkan kepada pihak Polis agar melakukan tugas dengan bijaksana dan tidak tergopoh-gapah menembak rakyat hanya dengan mengunakan alasan bahawa mereka mencurigakan.

Dalam kes ini pun, Polis jelas terburu-buru kerana mangsa tidak memberikan apa-apa ancaman kepada mereka.

Kita semua kena ingat, Malaysia ini bukan negara koboi. Negara ada undang-undang, sama ada rakyat biasa atau polis, semua kena patuhi undang-undang.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

3 ulasan:

Edyes berkata...

Terima Kasih Kerana Tembak Anak Saya

Tanpa Nama berkata...

rakyat tidak berkongsi subahat jika POLIS segaja buat kerja kejam lagu tu...tindakan tegas dan hukuman mesti dikenakan ...memang kata mu betul.. ini malaysia bukan negara koboi atau semudah itu mengunakan senjata kepada rakyat jika tidak ikut prosuder!!

Tanpa Nama berkata...

masa aku berumur 10 th aku sudah boleh bawa kereta peroton wira kepunyaan bapa aku, bila umur aku 15 th, aku cuma dapat lesen motosikal sahaja sedangkan padamasa itu aku sudah pun boleh mengendalikan semua jenis kenderaan berat/ringan