12 Mei 2010

PERASMIAN SERENTAK UMNO CAWANGAN PERAK: BUKTI UMNO PERAK LEMAH

26 Jamadil Awal 1431H.
Kenyataan Media (11 Mei 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat Badan Perhubungan Umno Negeri Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Pengerusinya jelas menunjukkan bahawa Umno Perak semangkin lemah dan tenat setelah usaha mengadakan perasmian serentak Umno Cawangan di seluruh Negeri Perak tidak mendapat sambutan sepertimana yang diharapkan.

DPPN Pk melihat jika seluruh 24 Umno Bahagian yang dikatakan mempunyai sebanyak 1,666 Umno Cawangan, bermakna jika setiap cawangan menghantar sekurang-kurangnya 4 orang ahli yang akan melibatkan seramai 6,664 orang ahli terdiri dari Ketua-Ketua Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri. Stadium Indera Mulia yang hanya mampu menampung seramai 3,500 orang sahaja dan sudah tentu akan melimpah serta tidak dapat menampung jumlah perwakilan semasa perasmian baru-baru ini.

DPPN Pk melihat Umno Perak yang di bawah kepimpinan Datuk Seri Zambry yang mungkin bila-bila masa sahaja akan ditukar kerana kegagalan dan kelemahannya menguruskan orang Melayu terutamanya. Ditambah dengan ketidak mampuan Pergerakkan Pemuda Umno Negeri Perak di bawah ketuanya, Maslin Sham Razman yang jelas tidak disenangi hampir 18 Pemuda Umno Bahagian. Dengan lemahnya Umno ini, DPPN Pk menyeru agar orang Melayu tidak lagi bergantung dengan Umno yang sudah tidak mampu membangunkan orang Melayu khasnya dan memimpin Negeri Perak ini amnya.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

benda dah usang....tunggu masa aje nak masuk muzium.tu pun,kat ujung2 sudut yang takde sapa sudi nak tengok pun..
moga perjuangan Islam terus mendapat keberkatan

Tanpa Nama berkata...

DAH TAK RELEVEN DENGAN GOLONGAN MUDA YG CELIK CYBER.RATA2 BIJAK PANDAI YG CELIK IT DAN YG GEMAR LAYARI BERITA CYBER AKAN FAHAM CARA POLITIK MASA KINI DAN CERITA SEBENAR.LIHAT SAJA PERJALANAN KES ANWAR DI MAHKAMAH... DI KANTIN TEMPAT KERJA ANA..PEKERJA YG MUDA2 KETAWA KAN SI SAIFUL DAN UMNO DI LIWAT...TAK RELA TAPI SIAP ADA MINYAK PELINCIR UNTUK DILIWAT..... ORG MUDA DAH TAK PERCAYA DGN UMNO/BN...LIHATLAH KUASA ALLAH...MEREKA NAK SANGAT KENAKAN DATO SERI ANWAR ...AKHIRNYA ORG MUDA DAH MUAK DGN UMNO/BN..IMEJ NAJIB UMNO AKAN LEBIH BURUK LAGI...TAHNIAH KARPAL SINGH ATAS USAHA GIGIH YG BONGKAR SEGALA KOMPLOT YG JAHAT..... KES INI BETUL2 MENYENANGKAN USAHA MENARIK GOLONGAN MUDA MENYERTAI PAKATAN RAKYAT DAN PAS.... MINTAK2 KES INI BERLARUTAN BERBULAN-BULAN HINGGA KE PRU KE 13..LAGI LAMA LAGI BAGUS....