07 Jun 2010

RM525 juta: Duit halal hasil judi?

24 Jamadil Akhir 1431H.
Angkasanuri

RM 525 juta, Banyak tu !!! Tan Sri Vincent Tan berjanji akan memberi' sedekah' sebagai membersihkan dosa lesen judi yang diberi kepada syarikatnya oleh kerajaan 1Malaysia.

Setelah menghalalkan lesen judi bola, saya tidak nampak kerajaan 1Malaysia melihat jumlah RM 525 juta yang ingin disedekahkan oleh Vincent Tan sebagai duit haram.

Lagipun Vincent Tan kata itu duit untuk kerja-kerja amal kebajikan. Bukan digunakan sebagai 'pelaburan' untuk membeli undi atau pun rasuah kepada mana-mana YB yang hendak menjadi wakil rakyat bebas.

Lagipun nilai RM 525 juta sangat banyak berbanding maruah wakil rakyat bebas yang dikatakan cuma bernilai RM 2 juta je. Saya merasakan tidak akan ada tawaran 'sedekah' dari Vincent Tan kalau beliau tidak mendapat nasihat daripada pihak tertentu.

Bagi pemimpin yang berfikiran sosialis dan kapitalis mereka tak dapat beza antara duit halal dan duit haram. Bagi mereka duit tu sama sahaja, semua peluang yang ada mereka sapu!

Tetapi bagi mereka yang berpegang kepada ajaran agama lebih-lebih lagi penyokong dan pendokong gerakan Islam, walaupun cuma 5 sen kalau sumber haram, ia tetap haram.

Tidak ada kaedah menghalalkan cara seperti program Loteri Kebajikan yang popular zaman pemerintahan Umno-Barisan Nasional satu ketika dahulu.

Tergamakkah pemimpin Umn0-BN yang menyokong judi menerima sedekah RM 525 juta dari Vincent tan untuk digunakan membina surau atau masjid?

Jika tidak pun didermakan melalui Majlis Agama Islam negeri-negeri untuk diagihkan kepada semua masjid dan surau sepanjang bulan Ramadhan nanti untuk digunakan untuk majlis berbuka puasa atau program mengimarahkan bulan Ramadhan?

Jika Umno-BN tetap berkeras ingin menghalalkan lesen judi, maka saya yakin mereka juga tak ragu-ragu untuk menerima duit sedekah dari hasil judi!Lebih-lebih lagi tokoh-tokoh agama dalam Umno pakat-pakat bisu dalam isu judi. Diam tanda setuju!

2 ulasan:

abdullahngah berkata...

wajib mencari yang halal, tetapi malangnya pihak kerajaan negara ini ajar rakyat mencari yang halal.

Mungkin ada ulamak lebralisme yang pakar dalam bidang ekomoni Islam yang dibuat sendiri ajak rakyat cari yang haram.

Lebih lebih lagi seorang pensyarah yang pakar dalam bidang ekonomi Islam yang dibuat sendiri berkata, jika 30 peratus wang dari sumber haram dan 70 peratus dari sumber halal boleh kita buat pelaburan.

Boleh memang boleh, tetapi segi hukum hakam bagaimana pula. Bolehkah yang haram jadi halal.

Kalau yang halal jelas boleh jadi haram,kerana praktinya, manakala yang haram tetap haram kecuali berdepan dengan darurat.

Apakah zaman sekarang ini zaman darurat yang memboleh kita mencari yang haram, sedangkan masih banyak lagi yang halal untuk sara hidup keluarga.

Lainlah jika kita tidak berbuat demikian ianya boleh mengancam nyawa kita macam mana pendangan banyak ulamak memboleh seorang yang nazak memmakan daging babi miskipun ianya haram.

Daging tidak jadi halal buat mereka nazak apabila pulih atau si nazak itu tidak wajib menyimpan daging babi, ia sekadar untuk menyelamatkan nyawa saja.

Tapi hari ini ada pakar ekonomi Islam buat sendiri menghalalkan pelaburan haram dan bertindak mengeluarkan fatwa bahawa pihak kerajaan tidak menghalalkan benda haram, cuma bertindak untuk memantau sahaja.

Kalau berjudi mereka ada tempat judi yang dikawal.

Tanpa Nama berkata...

Vincent Tan taukeh Cosway malaysia.