26 Julai 2010

Presiden PAS akan tutup Himpunan Warga Felcra Kebangsaan

13 Syaaban 1431H.
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan ucapan kemuncak pada majlis penutup Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Changkat Lada, Pasir Salak, Perak 1 Ogos ini dijangka mampu menarik ribuan pendengar.

Program kemuncak itu juga menjadi lebih menarik dengan hadir sama tiga lagi pimpinan PAS Pusat, iaitu Haji Mohamad Sabu, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Saudara Mazlan Aliman.

Pengarah program, Haji Razman Zakaria (gambar), berkata program dua hari itu diharap dapat menghimpun ribuan warga Felcra dari seluruh negara, terutama Perak memandangkan Perak negeri terbesar kawasan Felcra serta terbanyak peserta.

Katanya, program itu sangat penting bagi semua warga Felcra mendapat pendedahan terhadap pelbagai penyelewengan pihak atasan.

"Sebab itulah kita bawa seorang peguam yang pernah menang kes saman Felda dan seorang peserta Felcra yang menang saman setelah beliau disingkir dari Felcra.

"Mereka akan bentang dua kertas kerja yang penting untuk semua warga Felcra," katanya.

Razman berkata, 2 kertas kerja yang akan dibentangkan akan mendedahkan kepada warga Felcra mengenai hak mereka sebagai peserta dan apa yang sewajarnya mereka dapat serta kemunasabahannya dari segi pembayaran dividen misalnya.

Katanya, selain itu pendedahan mengenai status mereka sebagai peserta serta perjanjian hak pemilikan semula tanah juga perlu didedahkan supaya jelas.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Peneroka Perhubungan PAS Perak, berkata program pada 31 Julai bermula jam 2 petang dan berakhir jam 12 malam, manakala pada 1Ogos bermula jam 8 pagi berakhir jam 12 malam.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1 lagi pembongkaran penindasan hak rakyat... Program ini sangat bagus & berkesan. Lihatlah apa yang terjadi kepada Felda? Jika tidak digemburkan oleh pembangkang pasti ia tidak diketahui rakyat. Jadi semua rakyat Perak khususnya peserta Felcra datanglah beramai- ramai, kita gegar ahli parlimen kawasan itu yang juga Pengerusi Felcra.

Tanpa Nama berkata...

allahu akhbar

ahmadnafiah berkata...

Apa kata dato Tajudin Ab Rahman 5 Doller men MP Pasir Salak
Beliau Pengurusi Felkra,