27 Julai 2010

SELANGOR - GENDANG DIPALU, AYUH PR SELANGOR !!

14 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

GENDANG telah dipalu oleh Umno Selangor. `Peperangan' antara Umno sekutu Apco dengan PR Selangor bakal bermula. Umno telah mula memasuki gelanggang dengan menampilkan raja sesumpah Senatak Ezam beserta Noh Omar. Khir Toyo tidak perlu ditampilkan kerana ini mungkin akan `memalukan' beliau nanti.

Soalnya, adakah PR Selangor akan melihat sahaja `Badut-Badut' upahan Najib ini? Umno kini tidak lagi percaya kepada media pencacai mereka untuk mempengaruhi rakyat Selangor.

Semenjak 2008 lagi, media tersebut telah dicop sebagai `lidah syaitan' oleh majoriti rakyat Selangor. Isu kandang babi sehingga kepada isu kepala babi, isu azan di masjid, isu YB Elizebeth Wong, isu air dan banyak lagi isu yang dipanaskan oleh media pencacai cuma menjadi tontonan penglipur lara sahaja. Terkini, isu pasir dan sekali lagi isu ini memakan tuan.

Justeru itu, Umno Selangor terpaksa bergerak sendiri memasuki seluruh ceruk kampung untuk mencari-cari jika ada lagi rakyat yang bodoh-bodoh untuk dipermainkan. Sehubungan itu, PR Selangor seharusnya memantau perkembangan ini kerana kita simpati jika ada walau seorang jua pun rakyat Selangor yang tertipu dengan gerombolan raja sesumpah.

Perancangan dan strategi harus dilakukan segera. Ini merupakan tugas terbesar mungkin buat Ketua Penerangan Selangor iaitu Us Badrul Amin. Kita penuh yakin, beliau mampu menggerakkan jentera kerajaan bagi menangkis serangan dari Umno Selangor itu. Kita hadapi mereka dengan hujah dan fakta, meskipun mereka hanya menggunakan modal air liur basi mereka beserta sumpah-sumpahnya.

2 ulasan:

AHLI2 POLITIK PR TERBUKTI MEMAHAMI DENYUT NADI RAKYAT berkata...

SALAM,

PD PENDAPAT SAYA, SELANGOR ADALAH NEGERI YG MAJU DAN RAKYATNYA RAMAI YG TERPELAJAR, JADI APA YG PENTING BAGI PR IALAH MENUNJUKKAN DAN MEMPRAKTIKKAN SUASANA DAN GAYA POLITIK BARU YG SEGAR SEPERTI DI NEGARA2 YG MAJU DR SEGI DEMOKRASINYA CONTOHNYA BRITAIN, AUSTRALIA DLL.

SEMEMANGNYA GAYA DAN SUASANA BERPOLITIK DI NEGERI SELANGOR SKRG TERARAH KPD MATLAMAT YG BETUL YG AKAN MENJADI PENANDA ARAS BERPOLITIK UNTUK MASA2 YG AKAN DATANG, SYABAS DI UCAPKAN KPD PIMPINAN PR DI SELANGOR SEDANGKAN UMNONGOK DAN MEDIA PENCACAINYA MASIH LAGI BERPOLITIK SEPERTI DI ZAMAN DARURAT/LEPAS PERANG DUNIA KE-2 ATAU SELEPAS 13 MEI 1969.(SEMEMANGNYA BE END DI TUBUHKAN HANYA UTK MENANGANI ISU PERPADUAN KAUM...SEBAGAI SENJATA UMNO)

SEMOGA RAKYAT SELANGOR JANGAN LAGI MEMPEDULIKAN HUJAH2 BOHONG DAN ISU2 BODOH, YG SENGAJA DI REKA2 OLEH UMNO SEBAGAI SENJATA UNTUK MEREKA KEMBALI BERKUASA DAN AKAN SEKALI LAGI MEMBAHAGIKAN KEKAYAAN SELANGOR DI KALANGAN PENCACAI MEREKA DAN APABILA BERLAKU MASALAH MAKA RAKYAT SELANGORLAH YG TERPAKSA MEMBAYARNYA...

Awanama berkata...

YB Khalid... saya bangga dengan YB. tak ramai pemimpin yang ada skill kepimpinan macam YB. Ikhlas, jujur, tidak tamak, amanah... Rahmat Allah perlu diutamakan bukan ganjaran duniawi yang sementara ini.

tak macam pemimpin BN, semua nak makan tepi... ape2 duit kopi dtg dulu. Dapat tak dapat projek belakang kira. Lobi mesti baik punya, kalau nak dapat projek.