12 September 2010

Tidak ada Pertabalan cuma jemputan majlis hari raya di istana

3 Syawal 1431H.

Desas-desus Istana Kelantan akan memasyhurkan Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan Isnin ini ditamatkan dengan pengesahan pembesar negeri bahawa mereka hanya dijemput menghadiri majlis hari raya.

"Saya mengakui menerima surat untuk ke majlis jamuan, itu saja," kata anggota Exco kerajaan negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada pemberita di Kota Bharu hari kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri itu juga berkata surat tersebut menjemput beliau menghadiri jamuan Aidilfitri bersama Pemangku Raja di Istana Balai Besar pada Isnin ini.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada satu istiadat di Balai Rong Seri di Istana Balai Besar pada pukul 11.30 pagi Isnin ini, berasaskan jemputan meminta semua kenamaan dan pembesar negeri memakai pakaian rasmi hitam.

Ketika mengulas laporan itu dua hari lepas, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak menerima jemputan rasmi mengenai istiadat tersebut.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Aiseri Alias ketika ditemui di majlis rumah terbuka di kediamannya hari ini enggan menafi atau mengiyakan perkara tersebut.

"Tunggulah, kita akan beritahu. Kita tidak membiarkan media kerana mereka rakan rapat kita," katanya.

Sebelum ini, Pengelola Istana Kelantan Datuk Abdyul Halim Hamad juga mengambil sikap serupa.

2 ulasan:

KAPAKTAJAM berkata...

Apakah "Petandanya ini" ?

Cuba kita fikir2 kan kenapa akan berlaku sesuatu yg tak sepatutnya ada kekeruhan diantara Raja dan Rakyat. Ia perlu diperbaiki dan sebagai rakyat dan raja yang berjiwa rakyat serta juga Umat Islam perkara ini mesti diselesaikan segarademi keutuhan Umat Islam.

Awanama berkata...

Tengku Faris raja baru ambo..ambo suka tengok Tuanku dlm paper,bakpo?Kito akan tertanya2 betul ke ni raja sbb pemakaian baginda mcm rakyat jelata..pakai jubah+kopiah.Daulat Tuanku!!

Ambo rasa ore hok tak berkenan Tengku Faris jadi Raja Kelantan sbb baginda baik dgn para ulama & warak.Daulat Tuanku