03 Oktober 2010

Sandar perjuangan pada tarbiah, bukan semangat


23 Syawal 1431H.

MARANG, 2 Okt: Lebih 5,000 peserta Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS peringkat kebangsaan menerima suntikan semangat daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis perasmian malam tadi.

Abdul Hadi dalam ucapannya mengingatkan pemuda bahawa golongan mereka penting dalam perjuangan Islam.

"Islam meletakkan pemuda sebagai kumpulan yang penting dalam perjuangan sehingga Allah meletakkan satu surah yang khusus mengenai pemuda dalam al-Quran," kata Abdul Hadi

Namun jelasnya, perjuangan pemuda haruslah ditunjangi tarbiah dan bukannya semangat semata-mata.

"Terdapat kumpulan yang menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. Perjuangan ini mempunyai ciri-ciri sebagaimana yang dilakukan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.

"Oleh itu Allah meletakkan agenda tarbiah kepada perjuangan ini," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media selepas majlis itu mengulangi penegasan Abdul Hadi mengenai kepentingan tarbiyah di kalangan pemuda.

"Kita lihat bagaimana Presiden telah meletakkan asas-asas utama yang perlu difahami dalam proses tarbiyah.

"Bukan sahaja kita bergerak kerja atas dasar semangat tetapi dengan bimbingan, panduan daripada wahyu Allah dalam al-Quran dan hadis," kata Tuan Ibrahim.

Menurutnya juga, di samping ilmu dan kesungguhan,tarbiyah merupakan elemen penting dalam parti untuk menghadapi tekanan politik di negara ini.

"Dalam menghadapi tekanan politik di Malaysia, tarbiyah merupakan elemen penting dan kita harapkan agar kepimpinan yang lahir selepas ini dapat menilai sesuatu berdasarkan nas dan asas-asas yang bersumberkan sirah Rasulullah S.A.W.," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga menyifatkan ijtima' ini sebagai tepat pada waktunya memandangkan PAS memerlukan jentera bagi menghadapi pilihan kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas tidak lama lagi.

"Ijtima' ini diadakan sesuai pada waktunya walaupun sebenarnya ia dirancang awal, sebelum berlaku kematian lagi.

"Ini boleh dijadikan asas bagi menyusun gerak kerja untuk pilihan raya di Galas dan kita harap ia menjadi pemangkin semangat untuk pemuda menghantar jentera ke sana," katanya.

Harakahdaily/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gerakan PRU13 PAS kena kerja kuat, musuh utama ialah UMNO hingga ditumbangkan

Tanpa Nama berkata...

Tarbiah sani sini at the end of the day muncul pimpinan macam Hasan Ali,Stopa Ali,Nazaruddin,Azizan Razak What a corrup politician.Bila dah terlebih tarbiah Pecah belah kan PAS buat UG.Sedap lah dengar tarbiah bila dah menang dapat kuasa dapat habuan dapat jawatan,dapat pangkat ,kaut gaji elau besar tarbiah tinggl tarbiah nafsu juga mau ikut. Kemudian Rakyat dah tak kenal,jaga kroni,jaga kerusi supaya jangan jatuh tangan orang lain cakap orang bawah dah tak pakai ,cakap TGNA pun dah tak boleh Pakai.Tarbiah tarbiah tarbiah.Lim Guan Eng tak perlu tarbiah pun..tapi boleh buat lebih baik dari Kedah dalam jaga Kebajikan Rakyat.apa ni Pas dah jemu dengan lagu tarbiah...lebih baik suruh pimpinan tu tarbiah diri sendiri supaya ,tak gila kuasa,Kroni dan utamakan kehendak Rakyat dan masalah Rakyat.