21 Oktober 2010

Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno?


12 Zulkaidah 1431H.

Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya

Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok.

KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM.

"Kehadiran mereka ini juga berkaitan rapat dengan pernglibatan pentadbiran universiti dengan parti Umno," kata jurucakap KEMAS, Fathi Hisham (dua dari kiri) yang membaca satu kenyataan hari ini.

Katanya, KEMAS juga yakin penglibatan mahasiswa UKM dalam perhimpunan agung Umno kali ini melebihi dua orang.

Fathi yang juga pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata gambar tersebut menunjukkan mahasiswa terlibat memakai baju Melayu Putih, bersongkok dan bersampin yang mempunyai logo Umno.

Kejadian itu, katanya, adalah sama sepertimana kes mahasiswa yang telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) - Saudara Soh Sok Hua - yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu.

Sementara itu, setiausaha KEMAS Syamir Zulkefli (Foto atas: yang pegang mikrofon) - dalam kenyataannya - menggesa pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan supaya segera menyiasat perkara ini mengikut undang-undang dan prosedur seharusnya.

Beliau juga mendesak agar Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin supaya menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dan mahasiswa dalam perhimpunan agung Umno itu.

Sementara dalam sidang media selepas itu, Fathi berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara tersebut melalui sumber yang dipercayainya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah individu sebenar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

"Mungkin satu pasukan diarahkan (menyertai perhimpunan)....Saya tidak mahu menyatakan (jumlahnya) pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini telah cuba menghubungi ketua penolong pendaftar kanan hal ehwal pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman.

Bagaimanpun, Malaysiakini dimaklumkan oleh pejabatnya bahawa beliau sedang menghadiri bengkel di Sabah dan dijadualkan pulang esok.

Malaysiakini/-

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

diorang sokong kerajaan....ptptn pun kerajaan sape bagi?bn kan bai?pakai la otak....hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Buat laporan polis dan buat laporan pada IPT terbabit. Kalau pelajar sokong PR macam-macam dia orang buat. So... kita nak tengok apa depa nak buat... nak tanam hidup-hidup kot.

Mungkin tiada tindakan, tapi biar ada laporan, esok bila UMNO/BN bungkus... kita tanya status laporan yang dibuat. Kalau tiada tindakan, kita buat tindakan pada orang yang tak mau ambil tindakan. Tak dapat tanduk, kita pulas-pulas telinga dia sampai putus.

Tanpa Nama berkata...

ERMM... xyah nak bising...ramai lagi student yg terlibat dgn politik...baik PAS baik BN...ermmm dua2 samer jer...nak kuasa dan wang.....

tuan director berkata...

isuuu

Idham berkata...

kalau PR memerintah harap boleh hapuskan peraturan yg bengong ini. Percaturan UBN termakan tuan.

jeng berkata...

ala..budak master ukm kot tue...(kalu budak postgrad terikat dgn auku gak ke???huhu..)biasa la tue..umur dh 21 tahun kan,dh boleh mengundi,so mestila kena tahu politik,klu x..watpe daftar pengundi???

Tanpa Nama berkata...

salah ke???abes siapa yang kasi korang ptptn???

akulah berkata...

tanpa nama no.1 di atas, anda memang melambangkan rakyat yang tertipu oleh propaganda BN. Menurut undang-undang, PTPTN itu tertubuh dari duit cukai bayaran rakyat dan bukannya duit yang keluar dari harta benda peribadi parti BN. Kerajaan Malaysia dan parti BN adalah dua entiti berbeza. Jadi tidak ada istilah rakyat harus tunduk kepada kerajaan.

Memang menjadi hak rakyat untuk menyokong mana-mana parti politik. Namun, dalam hal ini, kerajaan pimpinan BN juga yang menegakkan sangat undang-undang bahawa penuntut universiti tempatan tidak boleh menyertai politik. Jadi, kenapa pula apabila penuntut IPTA menyertai aktiviti UMNO, maka dibolehkan? Sepatutnya undang2 ini dimansuhkan dan penuntut IPT perlu diberi hak untuk menyertai mana-mana parti politik yang dipilih.

Tanpa Nama berkata...

Orang Umno mana tau apa bai... Dah umno ajaq macam tu

Tanpa Nama berkata...

aku pelik la..knp juak umno ni dh mula buat kacau kt sini? strategy plhn ry kot...dh la buat kacau, kalo nmp-k cerdik xpe gak..nmpk makin bangang ade aa...woi tanpa nama yg atas tu..ptptn tu bkn duit umngok tau..duit rakyat yg byr cukai gak, DIBAGI PINJAM, bkn bg FREE..bingai punye org umno sekor ni