16 November 2010

PAS 'terima' Zaid: Husam dakwa berita direka

09 Zulhijjah 1431H.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Husam Musa mendakwa Bernama membuat laporan "karut" berhubung kesediaan parti itu menerima bekas ahli parti lain, termasuk Datuk Zaid Ibrahim.

"Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka," katanya.

Sehubungan itu, menyatakan kekesalaannya, Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan mendesak berita itu ditarik balik.

Beliau juga mengkriti Bernama yang membuat laporan "rasmi" untuk kegunaan media lain, "seolah-olah laporannya adalah betul dan rasmi".

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pesan Nabi "hendaklah berwaspada menerima berita dari orang-orang fasik". Bagaimana pula berita dari golongan munafik? tentunya lebih berat lagi dari orang fasik. Oleh itu adalah dicadangkan agar seluruh ahli dan penyokong PR memulaukan akhbar golongan munafik ini secara menyeluruh dan berterusan, dan tumpukan kepada media baru sahaja (iaitu media internet yang mempunyai sumber yang soheh dan beretika))