16 November 2010

PAS tidak sesuai bersama BN - Nizar

IPOH, 9 Zulhijjah : Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar berkata, PAS tidak mungkin bersatu bersama Barisan Nasional (BN) berdasarkan sejarah lampau PAS dipecat BN. Dalam konteks sekarang, masyarakat bukan islam telah mula mengenali dan menghormati islam sebagai 'addeen' sejak PAS bergabung bersama PKR dan DAP.

Rata-rata rakyat menolak BN khususnya apabila UMNO merampas kerajaan Negeri Perak. PAS lebih selesa bersama PR dan tidak perlu untuk PAS bersama BN dalam agenda pembangunan rakyat serta negara. Petikan penuh  (sila besarkan imej berita ). Sumber : Sinar Harian/alb

1 ulasan:

sitopimerah@android:~$ berkata...

lagipun Umno ni assabiyyah kuat sangat, memang mereka mengaku pon Umno menguasai MCA dan MIC. MCA dan MIC dikuasai yang paling penting perut Umno kenyang perut MCA dan MIC pon kena kenyang itu yang paling penting. Orang Melayu, Cina dan India yang bijak akan terkongkong dek mainan retorik Umno yang lebih mengutamakan kepentingan kroni.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat, holistik dan berpandangan jauh. Perlembagaan dan Hak istimewa orang melayu dan raja-raja melayu tiada pertikaian, Islam agama rasmi tiada pertikaian. Sepakat untuk membangunkan negara bukan kuasa menguasai, yang berkuasa adalah rakyat.

Jadi sebagai langkah selamat, orang Melayu dan beragama Islam memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada PAS menggantikan terus Umno sebagai parti dominan orang Islam dan Melayu. Yang mana dok takut dah tak perlu takut selepas itu. PAS lebih banyak tokoh politik yang bijak pandai, tidak mementingkan kepentingan kroni, sanggup berkorban untuk rakyat, dan sekaligus yang boleh meneraju negara berbanding Umno.