18 November 2010

PAS tidak perlu ceramah jika media adil

11 Zulhijjah 1431H.
Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 18 Nov: PAS tidak akan bergelut lagi mengatur ceramah menerangkan isu kepada rakyat sekiranya media di Malaysia bersikap adil, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Ketika ditemui selepas menyampaikan khutbah Aidiladha di Markaz Tarbiah PAS Negeri Pulau Pinang di Pongsu Seribu, semalam beliau menyokong penuh tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang tidak membenarkan media pro Umno BN membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah

Beliau menambah, isu banjir tidak sepatutnya dijadikan isu politik sebaliknya bekerjasama dengan kerajaan negeri membantu mangsa banjir.

"Jika media di Malaysia bersikap adil dengan memberi ruang untuk PAS dan parti dalam Pakatan Rakyat bersuara di mana-mana siaran sama ada cetak atau elektronik, saya yakin PAS tidak payah lagi berceramah di sana ke mari malahan boleh menumpukan pada gerakan kebajikan dan dakwah," jelasnya.

Ini tidak, katanya media bersikap seperti 'jakun' membantu kerajaan BN yang nyata zalim serta takut kepada erti kekalahan sebenar.

Justeru itu, ujarnya mereka sanggup menggadai prinsip dan etika kewartawanan semata-mata mahu mengikut telunjuk kepimpinan yang telah terbukti rasuah dan melakukan penyelewengan.

"Mereka tetap jakun dari dulu sehingga hari ini, tidak sebagaimana media di Indonesia, Thailand dan Vietnam bakal mengikut rentak negara berkenaan," tegasnya.

Sementara itu, semasa berkhutbah beliau berpesan kepada umat Islam supaya memperhambakan diri kepada Allah Taala dengan melaksanakan semua suruhan sama ada ianya masuk akal atau sebaliknya.

Menurutnya, Nabi Ibrahim a.s. yang mendapat mimpi untuk menyembelih anaknya Ismail a.s terus sahaja melaksanakan arahan tersebut biarpun ianya tidak lojik bagi manusia yang jahil.

"Anak yang sedang membesar mana boleh dikorbankan, mesti ada perasaan sayang dan kasih. Tetapi, kerana ianya suruhan Allah SWT kena dituruti," jelasnya dalam program Korban Perdana anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Lima ekor lembu dikorbankan dan dibahagikan kepada fakir miskin di cawangan-cawangan.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas juga tak perlu ceramah, buat kerja kerana allah kepada rakyat sudah, rakyat boleh menilai, media tak boleh tipu, rakyat sekarang bukan bodoh, kerja kuat kurangkan bercakap

Tanpa Nama berkata...

Pas Perak contoh terbaik, lebih banyak kerja keras dan menyeluruh, semoga allah tumbangkan pemerintahan BN di malaysia

Tanpa Nama berkata...

kalau setakat nak berlakon depan kamera, dah lama artis buat, tetapi watak lakonan saja baik, sebenarnya tipu belaka, macam pemimpin UMNO dan BN berlakon dalam TV beri sumbangan dan bantuan...untuk beberapa minit saja

Tanpa Nama berkata...

ceramah tetap kena ada sebagai sumber penerangan utk setiap isu..bkn semua org tau baca blog..bkn semua org xpcy kt brita tv..takkan yg tu pon tak nampak kot..

Tanpa Nama berkata...

jangan ikut UMNO, berceramah dengan pelbagai media massa UBN, berbagai slogan kosong tetapi perlaksanaan hampeh belaka, banyak cakap kosong tapi kerja menindas rakyat

Tanpa Nama berkata...

teruskan ceramah berterusan dan bertali arus, dimana ada rakyat disitu ada pemimpin pakatan rakyat, kerja kuat rakyat dan pemimpin selamat

Tanpa Nama berkata...

jumpa rakyat bagi pemimpin UMNO macam jumpa peminta sedekah, jangan sampai pemimpin pakatan rakyat ikut langkah yang sama

Tanpa Nama berkata...

us azizan kerja kuat sampai rumah kediaman sendiri banjir tak kisah pun walaupun tak masuk TV, tapi muhyidin pergi berlakon di Kedah bagai nak pecah media massa UMNO siarkan, UMNO ramai pelakon handalan yang hebat