26 November 2010

PERPECAHAN: SIAPA PUNCANYA?

19 Zulhijjah 1431H
Oleh : safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat trend Barisan Nasional (BN) meletakkan punca perpecahan hanya kepada PAS / Pakatan Rakyat (PR) semata-mata tanpa melihat apa yang berlaku di dalam BN itu sendiri sebenarnya merupakan satu perpecahan yang nyata.

Bagi mengulas kenyataan Mustafar Rahadi Ketua Pergerakan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Negeri Perak yang meletakan punca perpecahan umat Islam adalah berpunca daripada PAS. Pertamanya, sudah tentu Mustafar adalah seorang yang beragama Islam dan juga berbangsa Melayu. Yang keduanya, kenapa pula Mustafar ini tidak memilih parti Umno dan memilih PPP sebagai ideologi politiknya?

DPPN Pk menyarankan agar Mustafar perlu menyertai Umno bagi membuktikan bahawa tiada perpecahan sendiri di dalam BN itu sebenarnya. Sudah tentu juga ahli di dalam Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) yang berbangsa Melayu juga perlu menyertai Umno bagi mengelakkan perpecahan. Sebagai sebuah parti Melayu di dalam BN, sudah tentu keahlian mana-mana parti di dalam BN perlu menjadikan Umno sebagai keutamaannya.

DPPN Pk juga mengambil peluang mengalu-alukan pertemuan dengan Pemuda PPP Perak dalam masa terdekat jika ingin mendapatkan penjelasan berkaitan Islam. DPPN Pk bersedia memberikan penjelasan agar segala kesalahfahaman dan kekaburan dapat di jernihkan semula. DPPN Pk amat berharap ianya akan menjadi kenyataan.

Tiada ulasan: