21 November 2010

Rosmah pengacau pemerintahan negara.

14 Zulhijjah 1431H
Drs. Khalil Idham Lim.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau akan memohon tempat di Asian University for Women, di Bangladesh untuk pelajar wanita negara ini yang kurang berkemampuan.

"InsyaAllah kalau ada peluang, saya akan cuba tempatkan empat ataupun lima wanita dari negara ini yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Asian University for Women. "Ini adalah mustahak bagi pelajar wanita negara ini bertukar-tukar fikiran serta mengenali amalan budaya kaum-kaum di negara lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Kelima Unisel di Kampus Bestari Jaya di sini, Sabtu.

Sekali baca berita di atas nampak macam biasa sahaja tetapi sebenarnya untuk sekian kalinya Rosmah melangkaui tugas Menteri Pelajaran dengan membuat kenyataan yang langssung tidak ada kaitan dan bukannya tugas isteri PM.

Kalaulah dia pandai dan sekolah tinggi sikit kenyataan apapun yang melibatkan apa saja kementerian boleh diKeluarkan walaupun masih nampak jangalnya dengan cuma berlapikkan akan usahakan melalui kementerian yang berkaitan, dalam soal penghantaran pelajar dia boleh berlapik dengan katanya akan berusaha melalui Kementerian Pelajaran.

Mana ada urusan hantar pelajar yang boleh diselesaikan tanpa ada campurtangan dari kerajaan dan dalam hal ini kementerian yang berkaitan ialah Kementerian Pelajaran.

Sebelum ini Rosmah dilihat beria-ia sangat dengan mendakwa dirinya wanita pertama negara sehinggalah dianjurkan persidangan wanita pertama dengan membelakangi Raja Permaisuri Agong sebagai wanita pertama yang sebenarnya.

Selain itu tanpa ada kementerian "Permata" Rosmah mendapat peruntukan khusus sebanyak RM 111 juta, satu jumlah yang besar walaupun hanya untuk pra sekolah yang belum nampak hala tujunya.

Eloklah Rosmah disenaraikan oleh Najib sebagai mengisi kekosongan kerusi Menteri penuh bagi melengkapkan rombakan yang akan diumumkan oleh Najib nanti. Kalau tidak Rosmah akan terus menjadi pengacau dalam pemerintahan negara yang ada sekarang.

Demikianlah Rosmah Mansor sebagai pemecah tradisi sebagai seorang isteri PM yang paling hebat dan berkuasa. Kerana itu tekad Pakatan Rakyat bukan sahaja menjatuhkan BN dan Najib tetapi memastikan Rosmah bukan lagi menjadi pengajau kepada pemerintahan negara yang kita sayangi ini.

5 ulasan:

Hadi Al Huda berkata...

Ahli UMNO dan BN perlu menilai semula peranan parti dan organisasi. Seorang yang tidak menjadi pilihan rakyat atau wakil mana-mana dewan kini lebih berkuasa dari menteri-menteri. Isteri PM lebih berkuasa menentu halatuju dasar negara.

Mahyudin dan Khalid Nordin perlu menyemak tugas masing-masing mungkin senarai tugas telah berubah ke Sri Perdana dan Mesyuarat Kabinet telah dibuat di Tempat tidur dan tidak lagi dibuat di bilik mesyuarat JPM. Di -sana segala-segala boleh dibuat dasar; PM selaku Menteri Kewangan manakala Menteri Pelajaran dan Pendidikan TInggi ialah 'Rosmah'.

Jika demikian senario pemerintahan malaysia sedang berlaku maka jelas UMNO dan BN telahpun terhakis dan tiada apa peranan lagi kepada mana-mana individu yang berperanan dalam Parti Gabongan. Kalau dibiarkan berterusan sampai naik lemak kemungkinan Majlis Raja-Raja juga boleh hilang peranan.

Hubaya-hubaya PR kena jelaskan ini kepada rakyat jelata dan pastikan PRU13 menjadi pilihan rakyat. Ahli gabongan BN hendaklah berundur dan carilah naungan parti dibawah PR. Seluruh rakyat jelata yang cintakan keadilan dan kewajaran demokrasi gunalah tangan ghaib (Undi Rahsia) sebaik-baiknya di PRU13 nanti.

Awanama berkata...

Saya sokong YB. UMNO semakin punah.Bermula dari Paklah sampai ke Najib demokrasi menjadi hancur kerana negara ditentukan oleh individu diluar kerajaan.PRU13 pastikan negara dipimpin oleh individu yang dipilih oleh rakyat.

Sokong pimpinan bersih berkata...

Saya sokong pendapat tuan, tapi kalau dia turn dan pakai tudung... susah pulak nak dijadikan isu...

KALU DULU PAKLAH & MENANTU KJ, SKRG NAJIB & ROSMAH berkata...

Negara-negara asing sangat prihatin akan penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran /campurtangan 3 Badan-badan berdasarkan teori Pengasingan kuasa, iaitu Badan Eksekutif, Badan Legislatif dan Badan Kehakiman...
maka apa yang berlaku ini, lebih teruk lagi, peranan Isteri PM, Rosmah Mansur yg campurtangan dalam kerajaan yg mana beliau sebenarnya tidak termasuk dalam mana-mana 3 badan di atas, hanya atas kapasiti sbg isteri PM tidak melayakkan beliau membuat apa-apa dasar dan mendapat peruntukan terus kerajaan Malaysia pimpinan suaminya...
Yang pastinya ini akan dilihat oleh negara2 asing sbg kelemahan kerajaan yg amat ketara di bawah pimpinan PM Najib sekarang.

Awanama berkata...

kepada "Sokong pimpinan bersih 11/21/2010 11:29 AM", tidak susah walaupun dia dah bertudung, selagi dia masih bernaung dibawah panji BN dan selagi BN memerintah.. BN harus ditumbangkan walaupun siapa yang menerajuinya. -epe-