23 November 2010

Zaid bukan lagi anggota PKR

16 Zulhijjah 1431H
Oleh : Aidila Razak

PKR menerima peletakkan jawatan Datuk Zaid Ibrahim dengan serta-merta walaupun bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu memberikan notis sehingga 16 Disember depan.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, ini kerana PKR merupakan parti politik dan bukannya syarikat swasta yang mempunyai kontrak bekerja.

Katanya, PKR memenuhi hasrat bekas menteri itu untuk meletakkan jawatan justeru lebih "memudahkan Zaid merancang langkah masa depannya".

"Kita (bila) menunaikan hasrat orang ini baik.

"Dapat pahala. Lagi cepat lagi afdal," katanya sinis.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, biro politik PKR membuat keputusan itu selepas bermesyuarat semalam.

"Mengikut perlembagaan, anggota boleh hilang taraf kalau dipecat atau tulis surat (mahu berhenti), (dan) Zaid telah tulis surat," kata Saifuddin dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Awanama berkata...

apalah si zaid ni, kalau dah nak keluar, keluar ajelah. ni beri tempoh pulak. apa dia ingat dia bagus sgt ke. atau tungguh habuan dari UMNO, kalau dah masuk baru keluar??? matang le kalau mahu berpolitik. jgn bawa budaya bodoh yang keterlaluan.