18 Disember 2010

Ancak: Nizar cabar 'fatwa' Harussani

12 Muharram 1432.
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mencabar penjelasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini, yang tetap mempertahan tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam isu ancak sebagai tidak khurafat.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat negeri itu berkata, penjelasan yang dibuat Harussani itu tidak lebih dari menjaga kepentingan pihak tertentu.

"Yang saya bangkitkan dalam sidang Dun baru-baru ini ialah saya menuntut penjelasan mufti sama ada upacara yang dilakukan Zambry itu syarie atau tidak.

"Tak kisah la letak ancak ke (kiri), renjis tepung tawar ke, yang penting syarie atau tidak," katanya kepada Harakahdaily semasa dihubungi, hari ini.

Biarpun dipertikai banyak pihak, Harussani seperti dilapor sebuah akhbar hari ini, bertegas bahawa tindakan Menteri Besar BN Perak itu, termasuk merenjis dan menepung tawar dalam upacara memasang ancak tiang seri baru-baru ini adalah amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak.

Penjelasan terbaru itu dibuat Hasrussani selepas Nizar yang juga Adun Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.

"Semasa saya bangkitkan dalam sidang Dun itu, Zambry cuba alih isu kata saya tuduh dia pasang ancak, sedangkan kata dia, dia hanya tepung tawar.

"Saya nak tahu syarie ke tidak, dan kenapa lebih dua bulan baru mufti nak bersuara, dan mengatakan tidak khurafat?" soalnya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa amalan meletakkan ancak tersebut adalah khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akidah si pelakunya.

Isu tersebut juga telah panjangkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak kepada Sultan Perak, selaku ketua agama negeri.

Biarpun banyak pihak berpendirian sama, namun hanya Harussani setakat ini dilihat lantang mempertahan tindakan Zambry itu.

Nizar sebelum ini turut mempertikai tindakan Harussani yang dilihat cepat menghukumkan 'haram' kepadanya dan Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim kerana berada di majlis nyalaan lilin sebagai memprotes ketidakadilan dalam kes kematian pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Lebih malang kata Nizar, tindakan menghukum yang dibuat Harussani itu tanpa mendengar penjelasan dari mereka berdua dahulu.

Berbeza dalam kes Zambry, Harussani katanya dilihat seperti terdesak dalam mengeluarkan 'fatwa'nya sehingga memanggil dan mendengar penjelasan Menteri Besar Perak itu.

Namun menurutnya, hasilnya adalah seperti dijangkakan, iaitu perbuatan Zambry itu 'dihalalkan' oleh Harussani.

Tindakan Harussani itu, katanya lagi bukan sahaja boleh mengelirukan umat Islam di negara ini, malah turut mencalarkan kredibiliti ulamak termasuk mufti.

"Saya waktu isu nyala lilin itu, bukan menteri besar lagi pun.

"Tapi kes Zambry ini kesannya sangat besar sebab dia exco agama, menteri besar lagi, ada doktor falsafah yang didakwa dalam bidang agama dan juga ada penasihat agama.

"Lebih bahaya, perbuatan dia itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat," katanya.

Selain itu, Nizar juga mahu Harussani menyatakan pendirian berhubung isu Zambry membenarkan bomoh mengasapkan kemenyan di dalam dewan persidangan Dun yang pernah dibangkitkan oleh Khalil Idham.

Khalil Idham kini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan ekoran membangkitkan perkara itu.

Harakahdaily/-

6 ulasan:

Puteri berkata...

kan harus sana sini dah tuu

Tanpa Nama berkata...

lepas ni sapa2 yg nk berancak dan bertepung tawar kt mana2 tiang seri bleh lah minta tolong harussani jadi tekongnya...kan halal kata dia....?

huda alhadi berkata...

DS NiZar bukan tak tahu pemimpin UMNO tu kebal segala-galanya. Hukum syarak boleh diredah, Pelembagaan boleh dikebelakangkan kalau ada kepentingtan diri dan parti, penasihat agamanya termasuk mufti semuanya orang pekak dan bisu, bercakap setelah pemimpin bercakap takut kena buang kerja tu.

Jelas lah orang UMNO dan Pencacainya yang faham agama termasuk 40 orang ulamak muda tidak mampu menjaga agama; nasib malaysia masih ada kumpulan pemikir dan ilmuan agama yang tidak taksub dengan ketuanan melayu ala umno mampu menahan kemaraan khurafat dan
jahiliah. PAS juga sebagai benteng politik yang mampu menjadi tebatan benteng yang memertabatkan agama.

Tanpa Nama berkata...

amalan org melayu yg bertungkus lumus ulamak dan tok2 guru perbetulkan,tiba2 'mufti' kata x khurafat???duit dan jawatn lebih penting,nafsu jd pembimbing dia..bknnya ilmu...x heran le golongan mcm ni.Rasulullah dh lama sebut..tp masalhnya ia membawa kerosakan akidh,so..kita kena lawan diaaa!!!

Tanpa Nama berkata...

Begitulah sikap ulamak dunia...jika berlaku kesalahan oleh orgyg sealiran dgnnya...maka disembunyikan kebenaran....jika yg buat tu org yg berlawanan dgnnnya, maka cepatlah menghukum tanpa diselidiki terlebih dahulu....jenis apakah ulamak seperti ini??? Yang bersekongkol dgn orang2 yg zalim??

Tanpa Nama berkata...

Orang tua nyanyuk ni dah bertambah nyanyuk bersama umno .... cari jalan dan kaedah untuk mempertahankan dan menghalal perbuatan atau perlakuaan orang-orang umno. Apa cerita pula dengan zambry pergi haji dengan perbelanjaan RM 90,000.00 satu kepala. Duit siapa? Apa dia ingat duit kerajaan duit bapak dia? Exco-exco yang meluluskan tu semua berkepentingan, iaitu dapat pergi haji free!!!! Apa orang tua nyanyuk tu tak ikut sekali ke? Tak ambil peduli duit buat haji sumber dari mana? Apa punya muftilah si tua nyanyuk ni!!!!!!!!