28 Januari 2011

Kesihatan suami: Normala seru tanya doktor

23 Safar 1432H.
Harakahdaily

LABIS, 28 Jan: Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman mahu semua pihak merujuk kepada doktor yang mengeluarkan cuti sakit kepada suaminya, sebelum membuat sebarang spekulasi.

Menurutnya, jawapan dari doktor berkenaan adalah lebih wajar kerana hanya doktor tersebut sahaja mengetahui kenapa suaminya Maarof Abdul Mutalib wajar diberi cuti.

"Saya rasa lebih baik media bertemu doktor yang mengeluarkan surat, kerana doktor lebih profesional terhadap surat yang dikeluarkan kepada pesakitnya," katanya pada sidang media PAS di Tenang hari ini.

Beliau membuat gesaan demikian sebagai menjawab laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain akhbar, beberapa blog turut mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit yang panjang.

Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Laporan tersebut juga menjadikan persoalan sekitar status kesihatan suaminya itu menjadi fokus utama soalan wartawan, apatah lagi Maarof tiada bersama Normala pada kempen pagi tadi.

Bagaimanapun menurut Normala, suaminya terpaksa menyelesaikan satu tugas lain dan tidak dapat menemaninya pada kempen hari ini.

Tambah Normala, gambaran yang diberikan media berhubung status kesihatan suaminya juga adalah tidak tepat.

"Media lebih baik tanya doktor," ulangnya lagi setelah diaju bertubi-tubi wartawan.

"Setahu saya, suami saya jarang ambil cuti, seorang yang sangat berkomitmen. Sabtu Ahad pun sanggup hantar pelajar main hoki," katanya.

2 ulasan:

dlines berkata...

cuti sakit salah tapi tipu orang kampung boleh.. itu pegangan umnongok.

Awanama berkata...

Johor memerlukan seorang wanita seperti Normala Sudirman untuk menyuntik api perubahan kepada senario politik disana. Jangan pedulikan permainan jijik umno dan masalah orang melayu yang tidak bijak-bijak kerana terlalu lama berbudaya umno dan meletakkan Islam hanya sebagai budaya beragama. Kerana itulah segala kekotoran, keburukan, kwzaliman, penipuan, fitnah dan berbagai lagi hidup subur dalam umno tanpa sedikit pun rasa berdosa bukan sahaja kepada manusia tetapi juga pada Allah. Habis semua budaya dan cara fikir orang-orang kafir hidup subur dalam umno... amat jauh dari tuntutan Islam.

Siapa ahli-ahli umno yang berani menegur kemungkaran-kemungkaran didepan mata mereka ... seolah-olah tiap-tiap individu ahli umno tidak dipertanggungjawabkan diakhirat nanti... apa peranan mereka.

Buat Cikgu Normala Sudirman, jangan gentar menghadapi mereka-mereka ini kerana anda amat-amat diperlukan di Johor bagi merobah segala budaya kemungkaran dan salam faham melayu berbudaya umno yang hanya terselitkan agama Islam.........

InyaAllah, Cikgu Normala akan berjaya.