27 Januari 2011

PAS terus gali masa silam calon BN

22 Safar 1432H.
Oleh : Regina Lee.

Serangan PAS terhadap calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Tenang berterusan dengan "mendedahkan" lebih banyak "kesalahan" masa lalunya ketika menjadi penolong pegawai daerah (ADO).

Semalam PAS mendakwa Mohd Azahar Ibrahim berlaku cuai sehingga mengakibatkan sebidang tanah dilelong, dan hari ini, parti itu mendedahkan pula dokumen mahkamah untuk menunjukkan calon Umno itu juga disaman oleh pembeli tanah tersebut.

PAS mendakwa tanah milik seorang ahli perniagaan, Mansor Mohamad
dilelong pada 2003. Mansor membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Muar yang mengembalikan tanah itu kepadanya, bersama kos pada 2008.

Dan hari ini, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Norhana Mohd Ali yang membeli tanah seluas 3.24 hektar itu pada harga RM70,000 juga telah menyaman Mohd Azahar.

Dengan menamakan Mohd Azahar sebagai defendan pertama dalam saman sivil yang difailkan pada 2009, Norhana - yang telah membersihkan tanah tersebut sejak 2003 dan mengusahakan tanaman kelapa sawit - menuntut RM1.5 juta bagi kerosakan dan kerugian total.

Menurut Salahuddin, Norhana juga menamakan pegawai tanah
daerah Segamat, pejabat tanah daerah Segamat dan kerajaan Johor sebagai defenden.

Bagaimanapun, semalam, Mohd Azahar menyangkal tuduhan itu sebagai satu 'manipulasi' dan 'provokasi', serta menegaskan bahawa kes itu telah diselesaikan di mahkamah.

Dalam satu sidang akhbar di pusat operasi PAS di bandar Labis Tengah, Salahuddin - yang juga ahli parlimen Kubang Kerian - mengecam Mohd Azhar kerana mengatakan isu itu telah selesai.

Katanya, bagaimana Mohd Azhar boleh mengatakan ia telah selesai sedangkan mahkamah menetapkan kes tersebut didengar pada 7 Februari 2011.

Ini, katanya, jelas menunjukkan bahawa calon BN itu tidak telus - bukan sahaja kepada penduduk Tenang, tetapi juga kepada Umno dan BN.

Malaysiakini/-

2 ulasan:

Ahmad Pas berkata...

Pemimpin yang jahat akan dilantik dalam kalangan orang2 jahat. Parti pembohong akan mempunyai ketua yang paling bijak berbohong. Tolak BN pilih Pakatan...Kerana Pemimpin baik Cikgu Mala hanya untuk penduduk yang baik2 Dun Tenang. Takbir...

Tanpa Nama berkata...

baru jadi ADO dah lelong tanah org....kalau jd YB ADUN...mau habis satu Tenang...